Tuesday, 7 August 2012

Syahdu betul ni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... hendak dipadankan, badan sendiri muka sendiri. Terima ajalah seadanya. Pagi-pagi hari sudah buat senyum aku lebar walaupun hati gundah gulana-mikir apapun aku tidak tahu sebab terlalu banyak.

Malam tadi beria abi menyuruh aku mengejutnya untuk bangun sahur, lain yang dikejut lain pula yang bangun. Auni, bangun dengan terhuyung-hayang, tahu-tahu sahaja umi dah bangun untuk sedia hidangan sahur. Bangun cari ipad. Tidak lama kemudian, Adli pula terhuyung-hayang merangkak dengan mulut bising. Abi juga yang tidak bangun-bangun. 

Sama dengan gambar di FB. Nasiblah.
Rambut Auni tu... Haih!

Untuk memudahkan aku menguruskan kerja-kerja lain, nah... semangkuk biskut dengan susu masing-masing. Bersahurla kome berdua dengan tenang sambil layan kartun ye. Sama pula muncung masa aku ambil gambar ni. Haih. 

Aku tengah bergelumang dengan mak nenek report ni, pening sampai rasa nak tidur je. Hahaa, cuti belum apply, bos dah sampai Bangkok, acaner tu? Camno makcik nak raya ni. Bonus? memang takdelah nak merasanya. Mood raya entah ke mana.

Nota hijau: Mujurlah lagu Raya sudah kedengaran di corong radio. Walaupun syahdu tetap juga hendak gembira, 1st time beraya dengan Adli. InsyaALLAH esok aku postkan baki HC3rdGA. Masih belum sempat untuk berbuat demikian. Minta maaf.

12 comments:

Rasp said...

dah nama pun adik beradik kan...
sama jer muncung tu hehehehe..
chomei!

nad said...

comel rmbut si auni ;)

Gieyana said...

memeriahkan suasana sahur ko n keluarga..:-)

sweet jer dorang..:-)

Jue said...

rambut dan muncung ..cun habis...
hahahahaha...
jangan lupa email gambar PFM ye...
takut tak sempat nak pos pulak...

eima said...

wahh bagus tul dua bradek teman mak die .... dah si apaknye tak mo bgn ...hehe

Masya said...

gelak tgk mulut mereka selalu kebetulan ...

samelah ni tgh serabut buat laporan jugak, hadoilah .. mood raya hilang .. cuti pun xtau nak apply bape lame ..

cindyrina said...

wah! baiknyeeeee... layan persaan sendiri je anak you

eija_sweetmama said...

dh komen di FB nak komen disini jugak..

Comel sungguh mereka menikmati makanan..

Zaquan n Ziqry pun pernah sekali teiba terjaga, alhamdullillah setakat ni bila mereka terjaga pagi x buat hal..Zaquan bila terjaga pagi siap tolong eija masak utk sahur..hihi..

mamaarifakeemaisy said...

hikhik..mmg comel budak berdua ni muncung sesama ^_^

*bebudak kt umah ni pun samlah ch@, hari2 ikut bangun sama time sahur..reda jerlah, sampai rumah pengasuh dah menngantuk balik...bangun awai sangat~

Imaan09 said...

eh kamu... kad raya kamu sudah sampai.. aduiihh..santeknyaa menghiasi pintu peti ais ku..huuhu..tq cha..tq so much!

sal ya said...

memang bersahur ditemani anak2. berbuka pun sama la.

ch@ said...

rasp:
muncung abi dorang. auni paling sama.

kakNad, kakJue, kakIeyna:
aset mahal tu.

gieyana, eima:
biasa pun sahur seorang, ada dorang ni best sikitla ada kawan.

yana:
cuti raya stahun skali, bubuh je lama2. takde hal.

qen na cindyrina:
kadang2 mcm ni la, kadang2 dorg tido.

eija:
zaqwan boleh jadi chef. Auni pandai request je.

lea:
sama2.

kakSal:
betul skali.