Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Masuk opis dengan debaran yang memuncak. Lagi-lagi bila bersaing dengan Mazerah, hati, jantung bergetar hebat macam hendak hadir temuduga kali yang pertama. Tabahla jiwa, tenanglah hati semoga ada tuah solat Subuh tadi diberikan kemudahan untuk menjalani ibadah sepanjang hari ini.
Aku menaip entry ini dengan senyuman yang tidak putus, baru keluar daripada bilik menyuarat berjumpa dengan bos dan menyerahkan surat perletakkan jawatan. Alhamdulillah, perbincangan yang tidakla sehangat mana, apa yang penting objektifnya tercapai.
Terima kasih kepada tuan asben yang telah memberikan pelepasan untuk aku mendapatkan title surirumah sepenuh masa. Setelah aku bergelumang dengan bermacam jenis kerja, sepanjang 6 hingga 7 tahun aku melalui fasa seorang makan gaji, daripada berbayaran rendah sehinggalah mencapai apa yang aku target.
Daripada tiada meja sendiri, berpeluh turun naik tangga kenderaan awam sehinggalah aku mempunyai meja sendiri dan memandu kereta. Daripada aku bujang sehinggalah beranak dua dan bakal tiga - insyaALLAH. Akhirnya keputusan senekad ini aku ambil.
Bak kata kakNad-mamaZN kena fikir habis-habis. Ye, aku sudah lama terfikir untuk menjadi surirumah, cumanya hati tidak sekuat seperti hari ini. Hadirnya baby Rizqi buat aku buka mata untuk memikirkan keluarga. Hadirnya abang Adli membuat aku hendak menjadi peneman anak-anak di rumah, terasa masa begitu singkat bila hanya dapat tatap dan bermain dengannya pada waktu malam sebelum datangnya waktu tidur. Hadirnya kakak Auni membuat hidup berumah tangga dan berkeluarga adalah satu kehidupan yang lengkap.
Sudah tiba masanya aku menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. Cuma aku amat berharap, agar kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling aku masih sudi untuk berkawan dan menghantar khabar kepada daku di sini. Acceh! Setiap pertemuan pasti ada perpisahan cumanya jangan takut untuk jalinkan persahabatan pasti ada ganjarannya. Sekiannn.
Time ni Adli belum keluar, pipi pun kembang semacam.
Nota hijau: Bersiap siaga untuk ke medan akan datang :) Boleh atau tidak, kita redah je. Hahaaa... Terima kasih pnIzma, saya mengikut jejak langkah anda lagi. Kata sifukan...
22 comments:
Selamat datang ke dunia keibubapaan yang sebenar. Jadilah ummi yang penyabar hendaknya menghadap keletah anak yang bakal buat ko pening kepala. Keyword paling penting, biar tension dengan anak2, janji hati senang dan penuh bunga2 bila nak tido malam dan bangun pagi.
Akhirnya ....
harap dah jadi suri rumah jgn lah dibiarkan rumah hijau ni bersawang tau .. tak larat lalu lalang nengok hihihihihi ....
huhuuuu demi keluarga.. takpe... pengorbanan pasti ada ganjarannya.. akak nak ikut jejak langkahmu tp entah bila.. huhuhu
Berkerja atau surirumah kau ttp "RATU" dihati ku.. Umi!! ;D
Akak sokong tiap apa juga keputusan cha..
Sbb akak tau itu yg terbaik yg akan cha lakukan..
Yakin diri dik..
Hiasi peribadi..
Akak sentiasa disisi..
Walaupun jarak jauh merentasi..
;D
Cha, duk umah pun bloh still on kan?!
good luck cha..semoga dipermudahkan segalanya...
TAHNIAHHHH ...
syok ne jd suri rumahhh ... ala awk bkn x leh wat apa2 business kt umh , mana tau lg luas rzeki kan smbil2 tgk anak2 membeso depan mata
bestnya dpt jaga anak anak 24/7, jeles aii hehe. good luck cha! moga Allah permudahkan segalanya utk cha family :-)
cha,
bkl suri rumah. jelesnya. sy blm tau bila lg. tp mungkin satu hari nanti. msh dlm plannig. sbb msh byk yg blm tertunai.
moga dipermudahkan sgala urusan, blh pulun habs2 utk toilet training auni,.
alhamdulillah
kalau itu keputusan yang sehabis baik
:)
kak nad sokong je mana2 yg terbaik buat cha n famili
Cuma aku amat berharap, agar kawan-kawan dan orang-orang di sekeliling aku masih sudi untuk berkawan dan menghantar khabar kepada daku di sini
ayat ni mmg terkesan dgn kak nad
sejak jadik housewife, kawan makin kurang, nak2 kawan se-U.. harap cha tak alami mcm kak nad alami
moga cha dapat sesuaikan diri...
keputusan yg kita amik ni mmg besar pengorbanannya..
tp demi kasih sayang pd keluarga, moga diberi ganjaran di hari kemudian :)
cha! terkejutnya! tahniah!! adli dh nk dpt adik... sokong sgt cha jd FTHW... dok umh pn boleh bisnes skrg... online bisnes... apapun tahniah dan gembira sgt sbb famili cha dh makin bertambah lg... semoga dipermudahkan segalanya...
wah...lps ni akak kena antar surat menyurat terus ke rumah lah yer.
Tkpe.... sekiranya ini keputusan terbaik.. :)
tahniah and syukur alhamdulillah...
suka akak mendengarnya...
akak dah lama tingin tapi rasa cam tak akan tercapai utk melakukannya....
all the best sis!
gudluck dear.. tak semua orang berpeluang macam ni
tak kisahle..suri rumah atau berkerja...
kak jue tetap kawan dengan cha...
kalau kak jue tak kerja GOV ..
kak jue rasa kak jue pun ikut jejak langkah cha...
teringin sangat nak menjaga anak sendiri dirumah....
tapi mungkin tidak buat sementara waktu ini..
mungkin mencecah umur 45 kak jue pasti mengikut langkah cha...
apa2 pun the best....
alhamdulillah... mungkin itu keputusan yang terbaik utk anak2 jugak. selamat menjadi housewife ye cha.
Happy for you~
Insyaallah, itulah yg terbaik pastinya..
k.eina pun tunggu green light en suami jer, nak ambik tittle tu, tp buat masa ni, banyak kena saling tolong menolong. hrp2 masa yang sesuai akan tiba jugak..
Amin...
Kita sentiasa 'kawan'..lalala.. ^_^
akk pn penah juga terpikir nk jadi suri rumah...
bile dgr ayat2 cha bes je...terasa nk ikut jejak langkah cha je...
ape2 pn akak doakan yg terbaik budak cha & family..
Smoga dipermudah urusan didunia & di Akhirat..
Izma:
terima kasih sebab masih setia dan sudi kawan dgn aku walaupun byk kau terasa hati dgn aku. terima kasih sebab terima buruk baik perangai aku.
Yana:
insyaALLAH. ini shj medium yg ada utk sementara mendapatkan wang saku.
kak@Eda, sitiEbby, Rasp, kakIeyna:
akan ada satu masa nnt, akan ada satu hari nnt. kita org perempuan, pasti duduknya di rumah jua ;)
ibuAqil:
insyaALLAH still online.
kamu mmg selalu mengharukan kita kakak. terima kasih sudi menjadi kakak, kawan dan sahabat baik kita. sentiasa ingat sama kamu.
Azni, MrsK:
terima kasih. salam perkenalan.
AzuraFazilDin, kakSal, kakOrked:
insyaALLAH, buat sementara ni tumpukan pd keluarga dan rumah dulu.
kakNani, Mira:
terima kasih. semoga kita lebih bertabah :)
kakNad:
kamu kakak, sumber inspirasi kita. kita masih blm rasa pengorbanannya lagi cuma teruja hendak tukar title. tak sangka pula dpt sambutan yg mengharukan emosi drpd semua orang. ooohhh!
kekDa:
betul sekali, alamat Sg. Buloh pula. nnt update ek.
kakJue:
betul, kalau kita kerja goverment, blm tentu kita akan menjadi surirumah seawal ini. bertahan kak.
Bestnya dah nak jadi suri rumah... syok boleh tgk anak2 membesar depan mata dan tak perlu risau keadaan mereka lagi.. all the best cha... tahniah juga... adli bakal jadi abang.. semoga berbahgia selalu.. selamat hari raya..
Ketinggalan betul eija, bz lately ni..
Wah sudah jd Surirumah tangga sepenuh masa dah kwn kita ni skrg..
Tahniah Cha, mmg bkn senang nak buat keputusan ni, yg penting dpt sokongan suami ok sgt la tu, lgpun kita ni bekerja sbb nak meringankan beban suami, kalau suami mampu tanggung dgn kos sara hidup yg semakin tinggi ni, eija pun srnok dok rumah jd full housewife.
Srnok la lps ni dapat jaga anak sepenuhnya kan, w/pun x bekerja dh jimat sgt budget utk pengasuh anak kan..
kita tetap igin berkawan dgn cha..:)
wahh..ada indahnya kerja yang xterikat ni cha..kadang2 kepenatan kerja membuat ku terfikir..indahnya klu boleh letak jawatan bila2.. (bila2 memang boleh..tp kna bayar ratusan ribu..)
YatieMS:
insyaALLAH terima kasih atas sokongan itu, sgt diperlukan tika dan saat ini.
Eija:
habis bulan Sept. bertukarla title kpd surirumah. insyaALLAH kita cuba pikul segala yg terdaya.
Lea:
selagi ada daya, selagi rezekinya di situ, wajarkah diteruskan Lea, sbb hendak buat keputusan memerlukan smgt yg sgt2 jitu. apatah lagi hidup di tgh kota kaya bgnn ni.
Post a Comment