Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semalam, hasil pelaburan sampai ke tangan. Penuh satu beg plastik Jusco dengan QQ Baby jenis Minky. Sudah, cukup-cukup sudah berhenti membeli dahulu sebab sudah pun ada 35 keping Cloth-Diapers untuk anak-anak aku tu. Janganla keluar corak yang menarik perhatian lagi, confirm akan TERRRbeli juga kang.
So comel-comel.
Asyik hendak kena pre-wash je, basuh 3 kali sebaik sahaja dibeli sebelum digunapakai untuk meningkatkan kadar penyerapan yang lebih baik, bila pula hendak buat Stripwashing semua CD yang sedia ada tu kan? Insert pun dah hampir hendak keras kejung. Adoiii.
Yang pasti kena buat batch-by-batch. Tidaklah habis semua CD kena Stripwashing. Bagi pengguna tegar CD, mesti kena tahu apa tujuan Stripwashing ni dan bagaimana hendak membuatnya, ikutkan hati memang malas hendak aku kerjakan. Tapi, sayang pula sebab beli dengan wang bukan dengan daun. Jika asyik membeli je, tiada jugalah istilah berjimatkan? Maka stripwashing harus juga aku lakukan. Bukan susah sangat pun.
Stripwashing ialah proses cuci yang dilakukan 2 bulan sekali atau bergantung kepada penggunaan pengulangan CD. Biasalah, kalau tengok baju kita pakai pun asyik ulang-ulang pakai lama-lama jadi keras, lama-lama jadi berbulu then bermacam bendasing ada di baju tu, apatah lagi cuci dengan soflan dan sabun yang mahal-mahal.
Macam tu juga CD, bila asyik kena guna, insertnya jadi keras. Macam aku, memang aku cuci CD gunakan sedikit sabun. Jadi insert tu akan kena sisa-sisa sabun yang ada dalam mesin basuh. Makin kerap dipakai makin banyaklah mendapan-mendapan halus yang terperangkap dalam CD nan tersebut yang boleh menghalang penyerapan tatkala digunakan.
Bila sudah tidak serap dengan baik, akan terjadilah ketembusan. Makanya, untuk mengembalikan seperti sedia asalnya, seperti bagaikan baru dibeli kenalah melakukan Stripwashing. Basuhan berkala je ni, tak perlu buat selalu. Kena usahakan.
Di sini aku sharekan link cara-cara untuk Stripwashing Cloth Diapers, jom kita baca sama-sama supaya langkah kita untuk berjimat nampak hasilnya.
Kredit untuk One Stop Nur Iman Enterprise : http://iluvsuperstore.com/page.html?id=42
Nota hijau: Semangat, datanglah kuseru auramu. Huhuuu.
11 comments:
rajin laa cha guna cloth diapers nih...shima tak sempat laaa(cehhh alasan org malas)
wahhhhhhhh ...
mcm2 colour berkenan habis...
jangan lupa ke blog akak..ada sesuatu untuk cha disana...
org rajin je boleh guna ... aku ni masih berpikir sbb rasa cam tak sanggup je ....
memang kena rajin ler kalo pakai CD nie ek sis...
ada jer proses2 dia...
selamat berstripwash!
boleh rambang mata kan dgn cd2 ni?
tapi mampu beli yang rm25 ke bawah jek, huhu
basuh guna campuran cuka ek?
Salam cha , anak bee yg kecik dah pakai cd sepenuhnya , tp malam je .. ala yang sebaya dengan oni tu .. bukan baby yee
shima:
ke kakak ye. takpe kak shima busy ngn bisnes kek dan resipi. i like.
kakJue:
sgt terharunya. jgn risau kak, blog akak tu stiap kali update mmg tak missed, kdg2 bc je tapi x komen :) ampun.
eima:
haih! hari tu ko paling bersemangat, apa kes? hihiii.
rasp:
kalau tekad utk berjimat, langkah2 yg ptt diambil perlu dilakukan kak utk menjamin jgka hayat CD tu. kalau mls, beli je la baru... tapi takdela istilah berjimat tu.
kakNad:
kita serupa. kakNad RM25. CD kita smuanya under RM20, lagiii ekonominya.
kakSal:
cuka+serbuk bikarbonat+sabun cuci pinggan tu. kita blm buat lagi, baru baca je. blm ada masa.
bee:
kira dia dh potty la ye bi. haih, auni blm potty lagi, bila tah nk stat. tu x xbr nk ddk rmh tu.
wah sudah ada 35 keping..
mmg ler sgt comel²...
waa sudah banyak...bestnyer tengok... kalau sekelip mata je boleh banyak tu kan best..hehe~
eija, kakIeyna:
struggle utk berjimat namanya ni.
Post a Comment