Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lupa pula snap gambar duriannya. Budak susah tidur.
Balik kampung minggu lepas dengan paksu. Budak ni memang langsung tidak reti duduk diam. Semua orang lelah melayan kerenah dia seorang. Hendak tidur meniarap satu seat belakang dengan dia seorang sahaja. Mana bolehnya kalau aku dengan tokmama dia ada di belakang sama.
Tengok kakak menginja di belakang, Adli yang bersama tokpapa di samping paksu yang memandu pun ikut teruja sama. Penuh. Fullseat bahagian belakang Passo paksu tu.
Mujurlah aku tidak lagi balik ke Felda Bukit Easter. Jenuh hendak menyampaikan rumah felda tu, perjalanannya boleh menduga iman dan kesabaran dengan keadaan dalam kereta yang sempit.
Cinta. Hati. Jiwa macam biasa :)
Adli, berhenti di RnR untuk makan. Dudukkan dia dalam seat baby. Habis semua orang yang lalu-lalu sebelahnya dia tegur. Siap angkat tangan ala-ala say hai. Muka dah la sweet-sweet. Bila orang agah, dia tunduk hendak sorokkan muka bawah kerusi. Aku jadi gelihati.
Bila sampai rumah tok, huaaaa dihidangkan dengan durian. Oh my! i like durian so much. Memang memulun aku makan. Pertama kali Auni makan durian, hahahaaa... beria-ia dia ajak tokpapa dia join sama.
"jomla tok, ada kawan. Tuuu kawan-kawan" katanya sambil tunjuk aku, mama dengan adik yang sedang mengadap durian di meja makan. Terburai ketawa. Anak bini tokpapa jadi kawan pula. Auni-Auni. Minah ni, kalau buat perangai memang aku malas hendak melayan. Bak kata paksu, manja terlebih.
Beli mainan dua, satu adik satu kakak, semua dia kaut. Kepala adik tu dicepuk-cepuknya. Kalau aku layan lagila dia mengada, masa ni memang aku bawa lari Adli sahajalah.
Adli kuat makan. Hahaha, bangun pagi duduk sarapan sama-sama. Apa ada atas meja semua masuk mulut dia. Habis sekeping roti. Dia minta mandi dan tidur. Belum lagi biskut, kek semua dia bedal. Macam manala tidak tough. Ngeee...
Nota hijau: Alhamdulillah semuanya sudah beransur sihat. Adli semakin melasak dan pun sama, manja. Haish! kali pertama balik Johor tanpa abi. Muahahahaaa... payah nak shopping banker tak ada.
10 comments:
wwahhhh auni nyombong ngan ayie ek ... klu tak kmain die syg2 adek die .mentang ramai kawan ....
syok tgk adli yg montel ni .. pandai dok atas kerusi dah heeee
Auni2...manje terlebih ni...
rambut auni tu lawa la...heee suke tgok...
wah bukan main lagi auni ye...
dicepuk2nye adik? cepuk dia balik wakakakakaka..
kan main lagi ye adli..semuaaa dia sebat eheheh aishah if roti mknla 5 cubit..pastu cam nak tercekik..ahahha
mcm2 dh adli mkn..
geram nengoknye!
nayli mggu dpn baru start mkn
teruja! :)
eh, auni kaut semua mainan ek?! isk3... hahaha... kuat makan mmg la tough. habis semua benda nak dibedalnya ye adli.
adli tunggu jer peluang dapat cepuk akak balik nnt hihihihihi....
tinggal kt umah suami xde, biasa..itu pun harus ada adik/emak.. g balik kampung tanpa suami mmg xpenah lg laa sejak beranak 2 ni.. huhh..pening nak handle tu
waah adli, dh mkn semua benda eh, sonang lah gitu, cepat kenyang..hehe..badan tmbh montel la nnti..^_^
kakakAuni yg bijak~ makin besar makin banyak lah keletahnya..
eima:
kena paksa duduk. ada penghadang ada penyandar. kalau sendiri2 dia tak reti.
lelamaisara:
susah kita nak handle rambut dia tu. mama suruh potong, paksu kata biar je. dpt kat emak auni yg mmg tak reti ni, belasah je. kalau lembabkan sikit mmg curly2.
kak jue:
tunjuk belang dia. berbelang-belang.
kak rose:
roti mmg buat tercekik walaupun ianya lembut. mahu makan tu, dah kira cemerlang la kak.
kak nad:
goodluck. mesti berselera mcm adli. sebab nayli breastfeeding.
kak sal:
auni mmg serabut. adli tolak benda2 yg mmg tak boleh makan je.
yana:
ikut hati mak dia mmg soh dia buat camtu. tapi tgk adli ni, dia mmg beralah. diam je.
lea imaan09:
hehehe, mmg tough. lagi2 bila part umi-umi-umi. waaaaa time tu umi rasa mcm hendak tidur tidak bgn2 lagi.
kak ieyna:
makinla omaknya pening kak.
Post a Comment