Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bangun sudah betul-betul awal, tapi masih lagi ada benda yang terlupa. Punyala dengan seribu daya aku mengangkut beg baju anak-anak, dukung Adli dan beg bekal. Penuh tangan sebab malas hendak bawa stroller.
Dengan konfiden dan bajet comel dengan tudung bawal tona ungu, aku jalan menuju lift. Jumpa pula dengan jiran yang memang biasa bertegur siapa. Badan tidak boleh hendak pusing sangat disebabkan membawa beban di tangan kanan, kiri juga belakang.
Ting, lift tiba di destinasi. Adli bergayut menjatuhkan kepala di bahu aku sambil menikmati panorama lot parking tingkat tiga sebelum aku memanjat anak tangga yang berkeadaan gelap, ok kelenguhan kurang si situ.
Sampai di rumah kak Ana, bibik menyambut di hadapan pintu. Selesai sesi transit itu budak aku angkat semula segala mak nenek benda untuk bawa ke opis. Aku kembali turun tangga yang sama sambil meraba-raba kocek handbag untuk mencari kunci kereta.
Aik??? Errrrr..... aku patah balik semula rumah kak Ana. Tapi...??? Aku serahkan beg baju dengan Adli je tadi. Ermmm...
Handbag aku berisi dengan semua benda penting ada di rumah aku sendiri. Bengong. Memang menyumpah diri sendiri. Berkali-kali aku istighfar. Guane la aku boleh tertinggal handbag. Mahu dan tidak, aku naik semulala ke rumah sendiri.
Bila sudah turun semula ke kereta, rupanya masih ada lagi barang yang aku ketinggalan. Sudahlah, lenguh kaki nak turun naik-turun naik. Terus sahajalah aku masuk opis.
Nota hijau: Ni la, bila dah lama sangat tidak bawa beg tangan dan perasan bajet comel. Kekekeke... minggu ini Adli makan ayam dengan sawi dan aku cuba beri timun bersama ikan bilis. Lantak, kombinasi haru-biru akibat bukan aku yang pergi bershopping barang dapur. Hihiii.
11 comments:
biase la tu. Golongan ibu ni ramai yang dah ade perangai pelupa @ tak ingat...
slalu dah belaku kat aku tu ...
ko dh bg timun ek ... tak sejuk ke dear ... kang selsema plak adli kang ....
hihihi.. samelah kt pun.. klu dah kelang kelibut.. masuk kereta baru perasan hs tertgl kat blk huhuhuhu....
itu pekara biasa bagi ibu2..
jadi ..umi banyak bersabar ok...senyum dan comel itu penting...
kak nad pun lupa sokmo je skrg ni
hehehe
hehe..biasala la tu cha,
eija pun selalu mengalaminya..
makin pelupa kan..
sbb tu org selalu ckp bila dah beranak pinak ni byk urat putus tu yg jd pelupa tu..
hehe..sesekali dia buat lupa..aduyaii bab panjat2 tangga lotih tu..huu~
pena rozie:
:)
eima:
kena cari memo pad paling tebal.
aku bagi je la sementara aku cari idea buat puri lain. ok je mamat tu.
yana, kak nad, eija:
stres rasa bila ada yg tertinggal. kita tak suka, tapi nak buat cemana kan?
kak jue:
hahaha komen akak ni pun comel.
kak ieyna:
tahu takpe kak. mujur lift ok, tapi bila nk kena patah blk smula, haih! bazir masa.
hohoho... husben akak pantang kalau tertinggal barang. sebab dia ada baca ayat quran. kalau tertinggal dan ambik semula barang tu silalah berhati-hati kalau tidak malang mungkin menimpa. selalu jugak la kena marah bila ada tertinggal barang. huhuhu...
oho..setakat nk nek balik, boleh gagah..jgn pintu tekunci kunci pulak xbawak.. itu mmg kena bomba bagai..
kak sal:
kalau sudah terlupa mmg tidak boleh buat apa kak. barang penting lagi, mmg kena ambil juga.
lea imaan09:
masa on the way naik tu, berfikir juga... kunci rmh. hahaa. kot tak mmg nangis halfday je. mls. terasa malang akan menimpa utk spjg hari.
Post a Comment