Monday, 11 June 2012

Kesayangan si dia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye mentangla sudah menjadi hak milik kekal, sendiri punya. Tidak sampai 5 tahun ianya bertukar rupa lagi. Agak terkejut juga aku melihatkan gambarnya. Belum lagi tengok dengan mata sendiri. Masih belum berada di parking rumah.

Kali ni, pertukaran yang memang cuak untuk aku mencuba pandu, hahaaa. Tapi ianya sangat cantik, menarik, comel dan yang bersesuaian dengannya. Hrmmm, macam hendak masuk muzium pun ada juga ni, sayang hendak di tayang di jalan raya.

Memang geleng kepala makcik melihatnya, patutlah berat sangat hati tu hendak pergi bercuti, hendak balik kampung, hendak ke mana-mana. Rupanya ada hikayat seribu satu perihal tentang kelisa yang tidak ku ketahui. Pasrah.

Kelisa hakmilik kekal abi.

Daripada silver original, bertukar biru sporty bertukar lagi jadi mini cenggini. Huhuuu. Janji, bila aku hendak apa-apa dia mesti sediakan untuk aku. Kejam? mana ada kejam. Fair la kan. Aku biar sahaja, sebab kelisa ini memang kesayangan dia, hadiah daripada arwah emaknya untuk dia.

Mungkin ini cara dia menghargainya. Bertukar lagila geran nampaknya. Ngeeee... Memang takut aku hendak memandunya lepas ini. Isk-isk-isk. Boleh minta cloth-diapers untuk koleksi nampaknya :)

Nota hijau: Usah ditanya kosnya berapa, aku tidak tahu. Usah ditanya, gajinya berapa, juga aku tidak pernah tanya :) setia aku bersama Waja sahajalah.

12 comments:

Jue said...

minat punye pasal..sanggup berhabis apa saja..janji dia bahagia...akak pun tak pernah halang kalau hubby nak buat apa2..janji apa yang akak nak di penuhi..hahahaha tak zalim tapi fair ok....

Masya said...

merahhh warne berani... nampak lebih sporty okk... biarlah dia berhabih kat harta yg dia syg cha.. janji.. ape yg cha nak pun ditunaikan juga...

eima said...

wah...hahaha semua tatau ..cer bgtau pangkat die je hahaha

mmg cantek la warna ngan modified gitu

Rohani Hashim said...

kelisa mmg cantik kalau kena gaya modified nya.

@e_da said...

wahhhh dah jd keta mini tu cha...janji cun!!!

mamaarifakeemaisy said...

haih, magicnya,,dr kelisa jd mini gitu,,kiut betul..

lelaki kalau dah minat.....hehe~

comel apa kalau ch@ bawak tu..^_^

sal ya said...

pemberian arwah ibu rupanya. patut la. tapi husben akak ok je. masa terlanggar apa entah. rosak pintu side pemandu. dia ok je. selamba kodok kata takpe kita ganti baru je. muahaha... tak nampak. awal pagi pulak tu. gelap gulita. ingatkan betul dah parking. rupanay terlanggar kayu. jahanam pintu.

ch@ said...

kak jue, yana, hany:
abi ni dia tak tanya pun kita, dia suka buat kejutan. kejutan yg kadang2 kita pun nak pengsan bila dpt tahu.

eima:
ngeee... inspektor je la eima. dpt lak wifey yg tak reti satu apa pun ni.

kak @eda:
kan, mmg kita taktau langsung dia bikin ni.

kak ieyna:
hahaha, cantik sangat. dah ala-ala kereta mr bean gamaknya.

kak sal:
kita pernah tersangkut tiang, dua2 kereta. baik kelisa mahupun waja. dua2 tinggal bekas. ketara skali waja lah. kelisa dia dah jadi mcm di atas tu.

eija_sweetmama said...

Heheh..orang lelaki mmg sanggup berabis untuk kereta kesayangan mereka..xpela jnji tidak mengabaikan keluarga..

Hasilnye mmg cantik cha..mmg nmpk mcm mini cooper...

ch@ said...

eija:
betul tu eija. kalau tanya dia, dia kata takde duit, haaaa habisla dia kena hentam dgn bini dia ni.

♥SyilaSyira♥ said...

mcm mini cooper...klo hijau mesti cha yg sengeh²...hahahha

ch@ said...

syila:
kereta, kita suka warna kuning. hihiii. hijau kureng sikit. tapi lelain mmg hijau.