Friday, 25 May 2012

Sambutan menggalakkan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan cerita daripada pemakaian Cloth-Diapers (CD) kepada Adli, memang setakat ni aku berdoa dia tidak yak lah, belum habis ilmu lagi aku tuntut. Hiii kejam punya emakkan sampai tak beri anak yak. 

Oklah, hari pertama aku pakaikan button daripada QQ Baby printed bamboo, Adli mengaruk kaw-kaw-kaw punya, sebab dia hendak tidur emaknya pula baru terhegeh-hegeh nak adjust butangla, nak betulkan insert la. Sudahnya aku pakaikan jenis velcro daripada GG Babies. Lekat je. Buat permulaan aku guna satu insert sahaja berikutan belah malam Adli kencing tak heavy sangat.

Melihatkan adik memakai pampes cantik, kakak pula beria-ia buka seluar hendakkan yang sama. Mujurlah emak ni memborong sehingga  5 helai tempoh hari. Auni, aku pakaikan jenis button daripada QQ Baby printed, gambar smuft. 

Lepas dipakaikan dia lari tak mahu berseluar, tayang pada abi pula. Hahaaa, sabar je la. Adli terus tidur dengan GG Babies. Comella.

Esok paginya, Adli bertahan, langsung tidak tembus, Auni aku tukarkan Drypers lebih awal, sebab macam dah tak stabil aku menengoknya. Asyik sungguh dia dengan butang-butang yang banyak terdapat di CDnya.

Keduanya aku basuh dengan air, lalukan air paip dan perah masuk dalam baldi bertutup. Disebabkan tiada baldi bertutup, aku guna je baldi biasa ditutup dengan besen yang muat-muat muka baldi. Hehe. Kena jadi kretif, walhal hendak letak CD kotor sahaja. Then, aku pergila kerja macam biasa.

Malam kedua, Auni nampak Adli pakai GG Babies velcro, dia pun mahu juga. Aku sarungkan QQ Baby printed bamboo yang Adli tidak jadi semalam. Hahaaa. Boleh juga macam tu kan. Dan hasilnya, kencing Auni tembus dan Adli still maintain sehingga pagi. Buat juga seperti semalam aku hanya lalukan air dan perah agak bersih, letak dalam baldi yang sama.

Malam ketiga, pecah rekod. Pasangkan Auni dua insert QQ Baby Minky jenis button, konon bertahan hingga pagilah gamaknya, malangnya dia yak dipertengahan. Pulak tu lepas aja aku basuh bersih CD-CD yang dalam baldi semalam selepas direndam dengan air sabun. Haish! Aku basuh tangan sahaja sebab mesin basuh aku ada di luar rumah.

Selesai aku cuci yak dia, setelkan CDnya pula. Yak aku buang dalam mangkuk tandas, keluarkan insert dan sembur dengan air yang kuat. Hilang bau dan warna serta bahan lain yang melekat. Hihiii, perah dan campak dalam baldi. Esok pagi sahajala aku cuci bersih. 

Seronok bila tengok Auni suka pakai CD, abi pun fully support. Siap tanya aku lagi hari tu aku beli berapa helai. Hehehe, 5 sahaja. Kena beli lagi satu batch untuk seri satu sama dengan Adli. Suka-suka. 

Bila cuti nanti, aku cuba lagi gunakan CD ni, sebelum fully tukar Drypers kepada CD untuk baby-sitter. Rasanya, baby-sitter still guna Drypers, sebab aku tidak mahu susahkan kak Ana. Gembiranya hatiku.



Nota hijau: Aku tidak pasti sama ada pengurusan CD kotor aku ini boleh diguna pakai atau tidak sebab aku pun masih merangkak belajar lagi. Minta nasihat dan pendapat daripada yang sudah pakar ya. Terima kasih ;)

11 comments:

Imaan09 said...

dear..saya 3-4hari baru cuci sebaldi! sekali harung masuk mesin.apa y lebih penting, sabun y digunakan utk basuh tu.. Kiddiewash beli kt cosway sangat bagos...!

sal ya said...

azfar pun mlm tak heavy kencingnya. tp adli mmg comel. tidur jenis apa tu adli?

nad said...

dah btul la tu..
akak pun camtu gak
tp akak cam lea ibu imaan
3-4hari baru basuh skali, hehe

tp takpe, akak faham..skrg baru 5pcs kan?
pasni lagi byk, lagi la bleh buat camtu gak

akak pakai pureen had..cha pakai sabun apa?

Anonymous said...

wahhh cute je montot dia tonggong gitu ..

safurara said...

rara pon nk pakai CD untuk baby nt.leh jimat.

mekchu said...

nnti cadangnya nak pakai CD ni jugak.. mekchu refer kat cha ok..

eima said...

yeay kagum tgh kumpul duit ni ..nk beli jg ... tp tatau jenama ape ok ... pening byk sgt jenam call kakak tu tak berjawab plak.... hehehe nanti sms je la kakak izan tu

ch@ said...

lea:
tahu juga, tapi CD kita belum ada banyak. kalau banyak, harusla mcm lea juga. hihiii.

kak sal:
dia mmg tidur gaya tu, suka cari bantal sendiri.

kak nad:
kita guna kuat harimau, nnt hendak cari pureen HAD tu juga sebab warna hijau. kuat harimau tu murah juga. lagipun guna sikit je.

fazilzura:
:)

cik puan rara:
bagus, sgt dialu-alukan.

mekchu:
insyaALLAH mekchu, kita cuba update enrty yg berinfo disamping pengalaman2 kita. sharing2 gitu.

eima:
semua brand ok eima, cumanya kena tengok saiz. mcm alisha dia boleh je size apapun, adli tak boleh yg newborn walaupun boleh adjust, sebab tough sgt. aku beli 2 jenis tu pun fixs sungguh kt dia.

eija_sweetmama said...

lepas ni makin bertambah la koleksi CD Auni & Adli..:)

Chaiyok2..ye..

Sgt chumell tgk mereka berCD

ch@ said...

eija:
insyaALLAH smg mak dorang struggle.

ch@ said...

athidean:
mari kita sama2 belajar. hiii. boleh sharing2.