Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hihiii, so macam mana cuti? Hujung minggu kali ini adalah yang paling terbaik selama 28 tahun. Apa lagi yang hendak dimahukan Syasya? Kau sudah punya kehidupan yang dikategorikan baik. Walaupun hidup penuh dengan kesederhanaan.
Punya suami yang ambil berat walaupun tidak romantik, punya sepasang cahaya mata yang menghiburkan walaupun punya perangai yang menguji kesabaran. Punya kerjaya walaupun setiap hari kau mengeluh mengantuk apabila melangkah masuk ke dalamnya. Punya tempat perlindungan walaupun hanya pinjam dan penuh cabaran apabila lift rosak. Punya kenderaan walaupun ianya bukan milik sendiri.
Nah, Allah pinjamkan semuanya untuk kau, apa yang kau mahu lagi? Suami mu, abi itu. Walaupun dia kelihatan selamba kodok bagai tidak punya perasaan, sesungguhnya kau tidak tersalah pilih. Kau sendiri tahu kenapa kau memilihnya walaupun ramai yang beratur untuk dipilih.
Selama ini, apa yang kau simpan dalam hati. Apa yang kau nyatakan dalam hati, dia bagaikan punya instinct deria yang cekap untuk mengesannya. Kadang-kadang dia langsung tidak pedulikan kau, itu tidak bermakna dia melupakkan diri kau selamanya. Buktinya?
Samsung Galaxy S Advance, ini impianmu bukan? kau hanya mengadu Auni asyik bermain dengan Nokia E66 milik kamu sehinggakan butang kekunci sudah ada yang hilang. Engkau pulang ke rumah dengan menyatakan kau hanya mahu burger Otai, dan suamimu bukan hanya memberi Otai burger malahan beserta hadiahnya lagi.
Kau memang tamak Syasya, bulan sudah sahaja kau sudah mendapat barang kemas. Kali ini kau mendapat Iphone. Itu belum termasuk suami kau menghadiahkan kau sebuah rumah dua tingkat lagi. Kau sepatutnya bersyukur. Kau sepatutnya sentiasa muhasabah diri, layakkan kau bersama suami seandainya kau asyik merungut tentang kerenah anak-anak 24 dan 48 jam. Hihiii.
Apa yang kau mahukan lagi? Kau sudah punya dua orang cahaya mata , lengkap dengan jantina yang berlainan. Allah maha mengetahui niat kau. Kau mesti bersyukur dan jangan lupa daratan. InsyaALLAH.
Semalam sahaja, abi telah pun tunaikan segala kemahuan kau. Sudahlah diberi hadiah, mahukan kek lagi. Cerewet, mengada-ngada. Tehehehe. Mujurlah abi kau tu sporting demi anak-anak yang dah terbeliak mata melihatkan deretan kek yang menarik.
Nota hijau: Syukur Alhamdulillah, aku masih berpeluang menyambut hari ulangtahun pada 6hb Mei 2012 bersamaan 14 Jamadilakhir 1433 hijrah. Terima kasih abi. Terima kasih kawan-kawan. Terutama kak Eda, mamaMikhail sampaikan salam ulangtahun pada kawan akak juga ya.
15 comments:
Tuhan sangat adil... sgt unik memberikan kedua2 kawan baik sy yang share tarikh lahirnya.. kedua2nya sy sayang sgt2.. keduanya2 sentiasa ada ketika sy hendak mengadu... tq cha n nor... kamu kongsi tarikh lahir yg sama... dan kamu berduala BFF sy... hehehhe
hati kembang mekar dpt HP baru kan.. heheh sape tak syg laki kalau camni.. heheheh
so suprise... bersyukurkan dikurniakan suami yg macam ni.. biarlah tak romantik, tp cukup bertanggungjawab dan memahami serta menerima kite sebaiknya... semoga lps ni cha dapat kejutan percutian pulak ke CH
selamat hari jadi cha...entry ni nak gelak ada, nak nangis ada..yg pasti sgt membuatkan kita menilai diri sendiri..Yup..BERSYUKUR DGN APA YG ADA...terima kasih cha...entry ni buat kita sedar, kita perlu muhasabah diri...jgn asik mengeluh..tapi lebih byklah berSYUKUR..AMINNNNN...
Happy Birthday , semoga dipermudahkan segala urusan dalam hidup , tetap ceria macam selalu dan kekal awet muda .
hepi belated besday dear .. wahhh sgt syok kan ... dpt hadiah .. tak romantik tp dpt hadiah jugak ... tahniah ...dear... nasihat aku adalah pastikan pastikan kredit tak dlm enpon tu ... klu nk jugak ade kredit guna utk simkad broadband je tau ....
Alhamdullillah...dapat sambut bersama yg tersyg.
wah syiok nye dapat special gift..hp lagi tu...
moga terus dilimpahi rezeki & berbahagia disamping family tercinta.
selamat hari lahir walaupun dah terlambat wish. Rupanya bulan sama kita lahir kan.
biasala rutin polis lain cikit, siti sekarang keja dalam polis pun tahu rutin tugas diorang. jika suami selalu tiada di rumah, faham saja la.
moga selalu dirahmati dan bahagia selalu...
happy besday cha...walaupun terlambat...hehehehe..moga allah panjang umur cha dan dimurahkan rezeki hendaknya...aminnnnnnn
kena hargai apa yang kita miliki kan? okay... jeles tgk dpt samsung galaxy S.
besttttttnyeeeeeee.... jeles ni..hehe~
apapun..syukur dengan nikmat pinjamanNya..
kak @eda:
senang utk akak ingat walaupun tidak ada hadiah. terima kasih sudi berkawan dgn kita. terharu.
hehe. mestilah idaman kalbu.
yana:
insyaALLAH. CH terasa melambai-lambai.
syila:
terima kasih, kita perlu bersyukur sebenarnya walaupun dugaan dtg menimpa. tanda ALLAH sayangkan kita.
kak yanti:
terima kasih kak yan. awet muda mcm akak. sudah anak lima maintain.
eima:
ehehehe. guna line pun kena ada kredit ek. aku kurang access internet dgn hp ni. suka guna komputer besar lagi. terima kasih eima.
eija:
terima kasih doa eija.
kak siti:
eh? kakak ke? kita lupa ni. hahaaa. sama bulan? best-best. betulla tu, bertugas demi negara, cayok kak, kita tumpang bangga.
kak jue:
terima kasih kak. insyaALLAH. amin.
kak sal:
betul sekali, hargai apa yg akak ada. hp biasa pun still boleh call out call in dan msg kecuali rosak ;)
kak ieyna:
tehehe, syukur.
wah bestnya dapat encet tu, kita pun dah mula ngidam nak encet touch screen...Happy Belated Birthday semoga panjang umur & dimurahkan rezeki
Happy Birthday Cha.
Tak dpt nak wish awal2 kerana... berada di luar liputan internet. Teheeee... wifi asik tak boleh di access di sana. Tp takpe kan..
Apa pun, kita harus bersyukur dgn apa yg kita ada kerana Allah tahu apa yg terbaik utk kita.
By d way.. Iphone ke Galaxy S yg dpt tu??? ke dpt dedua.. wah... syok tuh... :D
Apa lg yg mahu kukatakan disini..
Happy belated birthday my dear sis..
Moga dirimu dirahmati dunia akhirat..
Amin!!!
anje:
terima kasih anje. rezeki lbh dan hadiah utk diri sendiri juga.
kekda:
terima kasih kekda. takpe nvr mind. bak cenderahati sebijik. hahaaa. betul kekda betul. perancangan ALLAH itu mmg terbaik. bkn iphone tapi android itu.
ibu aqil:
insyaALLAH dan terima kasih ibu, terima kasih masih menjadi kawan kita.
Post a Comment