Thursday, 23 February 2012

Kau pergi jua.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Esok dah Jumaat, pakai uniform balik semula. Masa-masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Hampir seminggu juga dia meninggalkan aku dengan Haliza. 

Ma'oi kalau part posing, kemain.

Selamat tinggal bos sporting, selamat tinggal bos details, selamat tinggal bos yang tidak terlalu bossy, selamat tinggal bos kacak, selamat tinggal bos suka berbahasa melayu, selamat tinggal bos suka ketawa, selamat tinggal bos kuat makan, selamat tinggal bos gosip, selamat tinggal bos suka bercerita, selamat tinggal bos skema, selamat tinggal perasa makanan, selamat tinggal leader team tapao dan selamat tinggal kawan.

Minggu terakhir bersamanya, penuh dengan hilai tawa. Hari terakhir bersamanya, aku bagaikan berat hati nak melepaskannya. Sedikit bergenang air mata aku dibuatnya. Jasanya, walaupun tidak lama dia menjadi bos aku, tapi ianya cukup memberikan impak dan pengajaran yang banyak.

Dalam pada sibuk bergurau, bergelak ketawa bercerita dia suka menyelitkan unsur nasihat, tips yang boleh diguna pakai. Dia seorang bos yang sangat tidak lokek dengan ilmu. Dia berkerja dengan stail dan gaya tersendiri. Setiap kerjanya walaupun nampak leceh, namum ia tetap memberikan faedah untuk masa akan datang.

Wuuu... camera HTC Raymond, cantik betul image dia. Smooth.

Terima kasih mr RAYMOND MAH. Walaupun, kita hanya berkenalan tidak sampai 3 tahun seusia tahun kita sama-sama melangkah ke kompeni ini, ia tetap memberi banyak pengajaran yang sangat berguna untuk I dengan Haliza. Kami seronok mendapat bos seperti anda. 

Hopefully, impian kita untuk membuka kedai Ca Koi akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti. Eh! kita nak buka kedai kraft juga kan? Hrm, macam mana dengan kedai pengangkutan perpindahan? Andai, satu hari nanti kita dipertemukan, kita lihat siapa yang lebih berjaya. 

Wishing you all the best bos.

Mujur tempatnya diganti dengan Mazerah, walaupun memegang jawatan berlainan tapi hari-hari lebih terisi. Sekurang-kurangnya, Maz menambah lagi bilangan Melayu dalam department aku.

Nota hijau: Yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Kerja harus diteruskan walau siapapun ketua kita untuk masa akan datang. Tak dapat buat qulling card untuk Raymond. Sob-sob-sob.

8 comments:

TS said...

yang rapat ngan kite akan tetap dikenang kan sis..

Salina@IbuAqil said...

Tiba2 akak lak rasa sebak..
Macam akak lak yg nak berpisah ngn boss cha..
Ssgghnya manusia pergi meninggalkn nama..
Kan dik.. ;)

eima said...

sedihkan klu kehilangan sesorg yg sentiasa buat kite ceria utk bekerja

eija_sweetmama said...

lepas ni kena sesuaikan diri dgn bos baru pulak..

mmg x leh nak elak kan silih ganti bos/kawan2 akan bertukar tempat kerja

kami keje gomen pun camtu jugak, genap 5 tahun selalunye bersediala utk ditukarkan..hehehe

Masya said...

lumrah bekerjakan.. dapat boss baru oklah tu... ingatkan cha yg dapat jawatan tu hihihihihi....

semoga baik² aja.. so ni gambar baru lah yer.. so sweet hot mama... boleh kene ngurat lagi ni klu orang xtau dah ade anak hihihihi......

:: Mrs.SyahNia :: said...

dah jd lumrah kak
dlm suasana bkerja akn sntiasa
bgilih ganti bos or peg..

slamat dpt bos baru plak ;))

sal ya said...

patah tumbuh hilang berganti... huhuhu... walaupun takkan sama tapi tetap berganti.

ch@ said...

ieyla, eima, kak anis:
setuju.

ibu aqil:
bos kita baca, dia pun kata sedih.

eija, ain:
balik semula kpd bos lama sebelum raymond. itu la kan, eh? tiba2 teringat abi, dah lima tahun ke dia ek?

yana:
jawatan tu? hahaaa, tak rela u. i tak suka masuk meeting. yups, my latest picture. hahaha, anak dua kan.