Assalamualaikum dan selamat sejahtera 21022012.
Hujung minggu, pasti dinanti oleh para ibu yang bekerja. Mana tidaknya menjadi surirumah sepenuh masa biar pun hanya untuk dua hari. Misi aku minggu ini adalah, membuat stok susu untuk Aie dan menghabiskan menonton DVD Princess Presecutor.
Lain-lain, macam biasa masak, kemas rumah, cuci baju. Sambung lagi kalau abi tidak bekerja hendak keluar membeli kasut. Oh, permintaan terakhir tu tidak boleh diimpikan tinggi sangat, karang buat hati sedih aja.
Dan lagi, part paling menarik adalah sesi berguling, meniarap, menari, bercerita, bermain, beradu dengan anak-anak. Bagi emak yang berkerja, hujung minggu bersama keluarga adalah detik paling bahagia walaupun menjadi bibik tidak bergaji.
Merasakan masa dengan anak-anak adalah terhad, jadi gunakan sebaik yang mungkin. Walaupun, tangan macam lipas kudung bila dua-dua hendak melekat dengan emak. Bila dua-dua menjerit, meraung di tangan abi. Bila dua-dua mencari emak untuk menghayalkan diri mengambil feel untuk tidur.
Oni sangat sayang dengan Aie, Oni akan jaga Aie bila aku mandi dan buat susu untuk dia. Oni akan datang dengan mainan bila aku tidak sempat menjengah Aie. Oni sanggup berlari kiri kanan kiri kanan atau pusing-pusing Aie untuk menghiburkan Aie. Paling best bila dengar dia menyanyi untuk Aie. OMG, Oniii. I love you so much.
Aku pun pakaikan Aie warna pink kan... hahaaa.
Yes, Oni is the best kakak forever. Dan, bila datang sengal dia, habis dikerjakan Aie. Kesian Aie jadi mangsa. But Aie, you looks great with the kakak Oni's scarf. Hehehe.
Itu belum part, menarik selimut atau bantal yang Aie guna. Bila mengamuk, sudah ada perangai mencampak segala jenis mainan depan mata silap-silap kena Aie. Aie hanya pasrah, rela hati dibuat dek kakak. Dalam fikiran dia, kakak aku niii. Macam singa lapar bila mengamuk.
Bila Oni mahu tidur, dia akan cari aku untuk peluk tangan emak dia. Bila adik tidur, dia akan tidur sama untuk bersebelahan dengan aku. Apa yang seronok bila bangun daripada tidur, adik-beradik ini sangat jarang menangis sebaliknya, mereka akan menghadiahkan senyuman paling comel untuk emak dorang. It's cute sweet right.
Jiwa raga aku.
Macam manalah aku tidak rindu dendam bila di opis. Paling seronok ialah, pabila abi masuk campur tatkala aku dan Oni main kombat-kombat, panjat turun sofa, berlari keliling meja. Hahahaaa. Sila percaya kerana ini benar ok. Tidak lama lagi Aie akan menyertai aktiviti ini.
Seluar kakak, Aie sarung.
Nota hijau: Bila malas masak order je. Delivery senang.
12 comments:
hahah sian aie kena buli ngan umi n kakak ada ke kena pakai scarf.. heheh
besnyaaa..xsabar pulak nak ada adik, nk test sikit kakak imaan tu jenis yang mana?sama kah macam Oni y sanggup jaga adik..hehe
seronok..dapat bayangkan kemeriah rumah cha...
samala cha oit...rafiq jaga adik cam oni jaga aie tu la..tolong amekkan menan..kdg2 kasi tab dia suh adik tgk boboiboy.."ecah..ni..ecah..tgk ni..boboiiiiiii..."
terpingngga adik dengor abang nyanyi jerit2 huhuhu
memang seronok melayan keletah anak2 kan sis..
those are such precious moments...
tak leh repeat2 dah waktu2 tu...
seronok hari minggu bersama anak2 kan.. bersyukur la dah beranak dua kan..boleh menikmati saat2 bahagia ni..'walaupun'... hehe...riuh rendah rumah dibuatnya..belum lg anak kedua join sama bermain tu..tunggu jerlah nnti ye..
sweet cerita psl Oni n Aie.. good sisterlah~
-upss umah kak eina tk bleh la main lari2, nak ke mana sgt, sempit =P
bagusnya oni kakak yg bertanggungjawab.. mmg boleh diharap.. boleh menjadi menantu pilihan ni ops... kesitu pulak...
geramnyalah tgk aie yg tembam ni.. sapelah yg pakaikan scaft kat aie tu.. nsb baiklah dia x tarik elok jer terletak kat kepala...
muka aie dh mcm muka kakaknya oni..
bagusnya oni, mmg kakak yg baik & penyayang.
Zaquan pulak ikut mood, cara zaquan kasar sikit dia lebih suka nyakat adik dia, kadang2 suka paksa adik dia syg dia..huhu, tp kami tau dia mmg sygkan adik dia cuma cara dia kasar..
lg 1 yg eija perasan zaquan ni,ape yg dia makan kalau boleh dia nak suap kat adik dia, nnti alasan dia "sian adik, adik lapar ni, amik sikit abgnye mkanan.."
sudut bagusnya dia igt kat adik dia, tp yg kita risau takut dia main suap jerk x kira mkanan ape..
busha oren ada strawberry tu sama macam Kak Ngah punya. tp dah tak pakai lg sebab tak muat. huhuhu... mmg heaven ddk dgn anak2. tp time buat perangai tu la yg tak tahan tu.
baiknye kakak oni..bagus2..
psttttt!! akak dok bayangkan aksi kamu, abi & oni main kombat2.. cer tangkap pic tepek sini nak tgk.. eh!! sapa nk tlg tangkapkan erk.. ayarkkkkk!! hi3!!
kak eda:
oni punya kerja.
lea:
dia kakak, harus penyayang dgn adik.
kak jue, kak anis:
kalau bergurau senda meriah, kalau masing2 mengamuk yg mak skali pun jadi singa, lagiii la. bergegar.
kak rose:
konon abg dan kakak penyayangla tu kan? serupa je, mengajar adik mcm adik tu btl2 faham. mujur la adik tu mmg layankan aja.
rasp:
yups, sgt suka that's moment. bila time tu kan, nak buat kerja rmh pun mls.
kak ieyna:
walaupun...???
akak main kat bawah la, tmn kt rmh akak tu luas. dua kali dtg oni nak main kat situ hujan. takpe rmh kecik sng nmpk apa arif buat pd hakeem.
yana:
menantu pilihan? ramai dah tempah ni. hahahaaa. oni yg pakaikan scarf tu.
eija:
kita tak sabar nak aie makan, nak suap oni dgn aie bergilir-gilir.
noli:
thumbs up kat oni, bila tinggal dia dgn aie. jarang dia nak usik adik dia kalau kita mandi.
ibu aqil:
hahahaa, serius bu. kitorang main lari2 drpd bilik ruang tamu dapur, lari keliling meja. gelak-gelak. paling last selalu kena buli, aie.
Post a Comment