Assalamualaikumdan selamat sejahtera.
Berat aku nak taip entry ni, tapiii untuk pengajaran semua dan juga ingatan kepada aku untuk hari mendatang, gagah aku habiskan.
Bila dah kena pada diri sendiri, aku sedar sudah membuat kesilapan yang pada aku kecil tetapi tidak pada orang lain. Kerana komen, hampir sahaja terputus tali persaudaraan. Bahana FB, hanya boleh menaip daripada hati tetapi ikhlas atau tidak, tidak boleh digambarkan, kita bergurau tapi di pihak lain, ianya di ambil serius, tanpa disedari kita telah menyakiti.
Betul, aku dapat balasan setimpal dengan apa dah aku buat. Bagi aku, komen di FB balas di FB, komen di blog balas di blog. Aku komen dengan hati gembira, dengan hati teruja, baru habis berpantang katakan, jakun jumpa FB dan blog. Malangnya, komen aku telah menyakiti hati mereka.
Tindakan pertama yang aku ambil, aku delete semua komen paling terkini di photo-pagenya. Tindakan kedua aku rendahkan ego, aku minta maaf pada kedua-dua pihak. Betulla, bila hati disakiti memaafkan orang memang sesuatu yang payah dan parah.
Tindakan terakhir, aku minta maaf dan mengaku kesilapan aku padanya sekali lagi, akan tetapi hati aku pula disakiti apabila dikritik tidak habis-habis hingga ke hari ini.
Aku sudah berhenti memberi sebarang maklum balas, aku malas. Tapiii semacamnya dia cuba memanjang-manjangkan pergaduhan. Aduhai hati, sabarlah-tabahlah. Aku beralah, bukan makna kalah. Ikhlas. FB, ada apa dengan ikhlas, bukan orang nampak pun kan? terpulang.
Aku sudah minta maaf, aku sudah mengaku memang aku yang buat, aku sudah sedar dan aku sudah buat apa yang patut aku buat, bagi aku itu sudah cukup baik. Belum ada orang yang mahu mengaku kesalahan sendiri terang-terangan. Biarlah aku dah redha.
Kesimpulan yang aku dapat selain daripada mengomen melulu ialah tidak semua orang adalah pemaaf yang terbaik disamping aku bersumpah tidak sesekali menyebut nama seseorang yang lidah melayu ini susah nak menyebutnya. Biarlah, aku elak daripada berjumpa dengannya bukan makna aku kalah, tapiii tidak mahu lidah ini lancar berbicara dan kini aku tau, sakit hati dibalas sakit hati juga.
Aku lupa aku sudah di cop laser. Cukuplah ini kali kedua, orang tidak boleh menerima diri aku seadanya. Bila orang tidak boleh terima aku, makanya undur diri, elak diri adalah yang terbaik. Ini menjadi kenangan dan pengajaran paling baik bagi aku walaupun perit untuk terima cara dia menegur.
Tak apalah, minta maaf makNgah Fiza dan pakNgah Aidil, lepas ni makLang panggil baby je. Insaf dan kecil hati. Maaf aku disenda-senda. Aku manusia tak punya apa-apa. Rumah, kereta semua orang punya. Aku pinjam aja.
15 comments:
betul cha manusai tak sama..cha dah buat yang terbaik..mintak maaf..tapi jika ia tidak dapat menerima haruslah kita redai sesungguhnya kita hanya manusai biasa..biar DIA yang menentukkannya...
ala simpatinya...tapi betul hati org lain-lain, cuba renung if diaorang di tempat kamu and kamu ditempat diaorang..hmm lain jugak cerita nya kan?..ehehehhe..janji hati dah ikhlas...tuhan jer yang tahu hati manusia masing2...:)
bak org2 tua kata
terlajak perahu bleh undur
terlajak kata @ perbuatan buruk padahnya
benda dah jadik..
kita dah sesali kesilapan sendrik
kita dah buat apa yg patut dibuat (mintak maaf)
terpulang pd pihak sana nak menilai dan memaafkan
moga apa yg berlaku jadi pengajaran di hari kemudian..
bukan utk cha jek, utk kami yg bace jugak...
takmo la pk lebih2..
nanti sakit kepala sendrik je..
org tu tak sakit kepala pun, huhu!
Cha! Manusia x lepas dr buat silap... Tp x semua manusia mampu mengakui kesilapan diri.. Cha dh lakukan yg trbaik minta maaf.. Trpulang samada pihak itu mahu memaafkn ataupun tidak.. Doa saja yg baik2.. Allah tahu hati kita.. Jgn emo sgt.. X elok dik.. ;)
Orang yg mulia hatinya adalah org yg memaafkan org lain.. yng penting kita dah minta maaf.. takkan nak sujud lak kan baru nak maafkan.. akhirat nanti dia juga kena cari org yg dia tak maafkan tu
jgn sedih2 cha.. yg penting cha dah minta maaf... terpulanglah pada dorg pulak. peringatan utk diri kak izan juga. mmg manusia ni tak lari dari buat kesilapan kan....
kesiannya dekat cha... manusia semua pun melakukan kesilapan yg penting cha dah sedar dan mintak maaf.. kalau org tu masih mempersendakan kemaafan kamu.. berdoalah semoga pintu hati mereka terbuka dan tidak mempersedakan permohonan maaf kamu yer... insyaallah kalau kt memohon pd Allah s.w.t.. pasti akan dimakbulkan.... amin
kak jue, kak net, ibu aqil, masya:
kita bertawakal dan doa sahaja ni. biarlah, usah dimarak api yg sedia terpasang kecil.
kak nad, kak izan:
itula kita nak taip tang terlajak perahu tu pun sampai dh terlupa. sama2 kita baiki diri kita yg serba kekurangan.
kak eda:
haaa, part sujud tu setuju kak. takkan nk mnta maaf kena bentang karpet merah, dia pun manusia biasa, silap dia org lain yg nmpk. teguran adalah sebaik-baik ingatan.
sabar la cha. ada hikmah utk setiap apa yang berlaku. kalau maaf tu org dok persenda biarkanlah. at least dah mtk maaf dan mengaku silap.
chaaaaaa waahh sonoknye dia dah byk update..akak jugak yg slow update skit2 je..
susah jugak eh if ramai org yg sukar nak jd pemaaf..sabar ye cha..ade hikmahnye tu..
anisalya:
itu la, kita cuba juga jadi penyabar.
kak rose:
hahaaa, akak kena perang dgn rafiq and hubby nk guna lappy dan curi masa.
kita cuba jadi org yg kurang bercakap dan sabar kak.
sabar la cha..yg penting cha dh buat yg terbaik..dh minta maaf..
eija:
so far kita ok je eija.depend on niatkan? kalau tak boleh terima jgn la letak apa2 kat FB tu.
kadang tu ape kite tulis atau ckp kan org lain slh anggap kadang tu kite tak maksudkan cam tu pun...
anyway tu yg terbaik .....
eima:
betul kata kau tu. sejak ada dua anak ni, aku nk jadi tabah dan kuat.
Post a Comment