Monday, 22 August 2011

Minggu berbuka di kedai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa masuk minggu terakhir berpuasa, biasala jemputan berbuka bersama kawan sekolah, kawan belajar, kawan sekerja, kawan suami/isteri. Semuanya memerlukan rancangan dan masa. Puas juga aku menggunakan jurusan geselan kucing untuk memujuk abi join bersama.

So kami berbuka di Garden Cafe, bertempat di Sg. Ramal Luar. Agak tersorok sikit kedainya, ngam-ngam hampir berbuka barula masing-masing mengambil tempat. Pilih tempat berbumbung bagi mengelakkan terkena embun jantan dan embun betina waktu berbuka nanti. Ah! reason, walhal takut hujan yang tiba-tiba turun. Kikiii.

So far tempat best, nama pun garden jadi konsep garden la, order set untuk 7-9orang punya, biar lebih jangan kurang, untuk mereka-mereka yang berperut stoking. Sebagaimana yang dijangka, kehadiran 4 orang daripada 1 kelas yang sama, seorang senior dan seorang bakal bapa. Riuh.

Walaupun tiga keluarga bila ada tukang karutnya, biarpun sikit orang suasananya meriah. Makan-makan-makan, ketawa-ketawa-ketawa, cerita-cerita-cerita, bila perut kenyang kita pun berangkat pulang la apabila si kecil sudah berlagu mahu tidur.

Banyak tempat boleh posing kat Garden Cafe ni, ada 3 biji Harley Davidson, dihiasi lanskap nursery bunga, ada buai, kolam. (tak ambil gambar sebab dah gelap). 

Oni? ahaaa, biasala dia kejar kucing. Tak hirau makan, tak hirau mak pak dia. Dari meja ke meja dia ngejar kucing. Sedar-sedar hujung gaun masuk lopak air dek membelek kucing. Betul-betul penyayang.

 Menu yang buat perut jadi bertambah keroncong.


Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Kalau ada rezeki kita berkumpul lagi. Makin lama, meja makin panjang. Baby seat pun makin bertambah. Hihiii. Daaa.
Hari ni aku berbuka bersama kawan satu opis pula. Hehehe! makan-makan-makan.

8 comments:

TS said...

tergugat iman tgk menu berbuka..hihi

@e_da said...

panjangnya menu.. heheh.. akak dah tepu membeli.. tak sabau nak memasak pulak.. huwaaa

Jue said...

sedapnya menu berbuka...melelah...

puanstoberi said...

akak jugak minggu ni adalah minggu makan di luar
tiada masak2 lagi. hihi :>

mamaarifakeemaisy said...

kalau selera makan besar, syok aa makan2 luar ni kan..dh plak beramai2..syok...hee~

Diyana said...

hehe.samala.brg dlm peti ais tinggal ayam 1/2 ekor je neh dgn telur..bleh 2 kali je masak.khamis dh nak balik kampung, so minggu ni byk jg akak gantung periuk.malas nak gi beli dah brg dapur..:D.klu boleh tu,nak cuci2 dah peti ais, kan nak tinggal seminggu ..tak sabor nak raya.haha

rasp said...

sib baik tgk pics tgh2 mlm...
hidangan yg yummeh....
sronots bila berbuka ramai2 kan sis...
meriah!

ch@ said...

IEYLA, CIK JUE:
hahaha, patut kena post waktu malam la kan? buat kecur liur je.

KAK EDA:
akak mmg chef dan suka masak, kita mls masak.

KEKDA:
betul, tapi kalau tak makan luar pun tetapla bazar.

KAK IEYNA:
makan punya fasal kak, takde hal. bedal selagi mampu.

KAK DIYANA:
hahaha peti kita langsung, kosong. apa pun tak ada. hahaha. pemalas betul.

RASP:
ha'a, suka sangat tgk gelagat org makan. paling best, dorang utamakan ibu mengandung.