Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bila cuti hujung minggu, tidak ke mana-mana dan tiba-tiba ada sesuatu yang dihajatinya dan dia hanya mahu berehat di rumah sahaja.
Ingat senang nak duduk rumah goyang kaki saje, no-no-no. Kalau tak mahu halilintar membelah dinding atau pun sepatah haram suara aku tidak keluar, silalah berbuat sedemikian ye. Memang muncung aku boleh dibuat sangkut penyangkut baju.
Aku pun berkerja, aku pun ingin berehat juga. Jadi, mari aku berikan tugas khas kepada abi. Ekekeke.
Aku suka bangun awal sedikit di hari cuti, cuci baju, masak, kemas rumah. Tadaaa, anak dara aku pun bangun. Buat derk je kat dia, bagi susu, bagi makan, layan dia main sehinggalah abi bangun. Kikiii.
Bila dia bangun, lali-lali-lali. 'Jom Oni kita mandi' hahaaa, yesss ayat paling aku suka dengar. Aku memang suka part abi mandikan Oni. Nanti aku sediakan baju siap-siap atas katil.
Tadaaa. Siap ikat rambut lagi, siap solek-solek lagi. Kalau tak ikat rambut pun, jambul mesti ada. Lepas mandi potong kuku. Aku potong kuku Oni time dia tidur je. Kalau tak asyikla main kejar-mengejar sampai aku stress. Tidak bagi anak abi sorang ni, abi buatla apa pun asyik ikut montot je. Rela hati, serah diri.
Lepas mandi, potong kuku, makan. Pun dengan abi. Aku naik hairan, bila dengan abi perangai dia elok je. Bila dengan aku, huaaa akan ada la adegan kejar mengejar, melalak menjerit, ye la hilang kesabaran.
Sebab itula aku berasa lega bila abi ada di rumah. Terima kasih abi ;)
15 comments:
anak bapak heheee
samala sara pun anak ayahnyer jugak.......
sama lah kita..dengan bapanya ikut cakap selalu..pastu asyik nak bermanja2 jer...
oklah tu, ada jugak salah sorang yg kakakOni baik tingkahnya..
ewaah comei pulak anak dara ni bila dh bersiap bagai gitu..hee~
dak arif pun sama, susah no nak potongkan kuku dia..hu~
anak bapak.. baik je aklau dgn abi.hehe
oni dah besar makin lawa lah.. *HUgs.
dah pandai melaram ehhhh...
susah nak jaga maintenance oni dah besar nnti nih.. hehehe... tak pe, serahkan pada abi..
anak perempuan memang gitu kot..farisyah kalau dengan ayah ok je..kalau dgn ibu boleh jadi tarzaan..
samela cha..akak pon camtu..suka if hubby offer itu ini buat utk anak..ringan skit beban..
betul la..if ngan abah dia elokkk je..hairan bin ajaib!
Aqil pun samalah cha.. Kalau dengan ayah dia sekali ckp je.. Tak banyak soal terus buat.. Kalau ibu, uishhhhh selagi x bersilat dengan dia, blom tentu dia buat apa disuruh.. Anak bapak.. ;) Cik oni comel sggh bibir mu itu.. ;)
rambut oni dah panjang dah ... comey la ...
mungkin anak pompuan ngan ayah tu rapat kot....
tp klu fahim dua2 mmg menjerit....
KAK RETNA:
nak like byk kali ;)
YA ALYA:
anak perempuan ialah anak ayah ;) kita sendiri pun anak papa.
HANIM:
dgn bapa manja ada masa, dgn mak manja setiap masa sampai nak buat apa pun tak boleh.
KAK IEYNA:
mula2 hulur jari, lepas tu sendiri nak pegang ketip kuku tu. mcm mana nak potong?
masa mula2 dia keluar drpd bilik siap dgn senyuman meleret.
SHIQA:
dah nampak keperempuanan. tapiii pangai, mak datuk. menguji iman.
MEKCHU:
blm dia berdiri depan almari solek, pegang dan belek segala mcm alat solek mak dia.
CIK JUE:
ahaaa betulla tu. sama la kita.
KAK ROSE:
mmg patut suami menjadi ketua keluarga kan kak? kita juga yg legaaa.
IBU AQIL:
hahaha bibir tu ikut abi dia la.
ha'a sbb tu kita lega bila abi ada kat rumah.
EIMA:
fahim yg jerit ke, mama papa fahim yg menjerit tu? sabar je la.
lawalah oni ikat rambut!
MAMA GEE:
baru nmpk ge'girl' tapiii lasaknyaaa, aduhhh!
sangat seronok bila hubby tolong buat kerja rumah...yelah kita sama2 keje kan..so, sama2 letih..kena la sama2 amik alih, bantu membantu..oni sgt comel bila siap berdandan begitu, nampak kematangan dia
SYILA:
lagi seronok bila smua dia yg buat. kita duduk goyang kaki, hahaaa. kitakan dah tolong bawa anak dia. boleh mcm tu?
Post a Comment