Thursday, 21 April 2011

Pemeriksaan Anternatal 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Oh dah tak sabar ye mahu mengetahui hari pertama pemeriksaan anternatal aku di PPUM. Separuh soalan sudah berjawab separuh lagi belum berjawab. Macam biasa aku bersiap ala-ala nak pergi kerja. Lepas hantar kakakOni aku beli sarapan.

Niat di hati nak sarapan dulu, tapi bila naik rumah semula mrABi dah pun bersiap, macam lipas kudung aku cari borang untuk pendaftaran yang telah siap diisi. Part ni, GL je yang penting lain2 aku tak kisah sangat sebab fail aku memang dah ada di PPUM.

Ye aku sangat haus tapi tak sempat minum air, bertambah malangnya bila botol air aku tertinggal atas meja masa aku ambil borang. Benci betul. Dah la lapar, haus, merempit pula. Ngeng betul.

Suasana dalam klinik dah pun sesak, macam-macam gaya pakaian mengandung dan saiz perut. Aku je macam orang tak pregnant, ala baru 14 minggu apa ada hal kan. Yang aku pelik staff kat situ sering bertanya 'staff sini ke?' dan soalan ini daripada tahun kakakOni dalam perut lagi. Kenapa? ada pelanduk dua serupakah? atau aku nampak talent untuk jadi staff PPUM. Nak perasan muda la ni. Heee.

Smooth, itu aku dapat simpulkan. Mungkin kerana aku dah ada pengalaman yang lepas makanya bila taktahu selamba kodok aku tanya staff nurse kat situ. Aku memang muka tak malu.

Air kencing - normal
Tekanan darah - 117/71 (bacaan orang normal 120/80 mmHg)
Berat - 45.5kg

Rutin dah setel, aku dengar tentang penyusuan susu ibu. PPUM ialah hospital rakan bayi, tiada botol susu atau susu formula selepas melahirkan ok, hanya susu ibu. Ye kali ni aku tanya apa yang sekian lama tidak ada jawapan.

'Bagaimana nak mudahkan pengasuh untuk memberi/menyimpan susu ibu kepada anak' 

1- Bagi sekurang2nya 5-6 botol 4 auns dan minta dia simpan dalam peti sejuk biasa. Bukan sejukbeku.
2- Beri pada anak, masa nak panaskan dengan air suam berkuantiti 2:1 maknanya air panas 2, air sejuk 1.
3- Jangan biar pengasuh cuci botol, biar kita sendiri bawa balik dan kendalikan.
4- Jika ada sebotol dua yang tidak digunakan simpan di ruang sejuk biasa.
5- Label nama, tarikh dan masa pada setiap botol.

Itu la yang selalu memusykilkan aku. Sekarang, dah terjawab. Doakan aku boleh menjadi ibu BF yang berjaya. Insya-Allah.

Keluar daripada dengar ceramah, nama aku dipanggil jururawat, pra-interview sebelum jumpa doktor. diterangkan pasal Pap-Smear, HIV dan ujian darah. Semua aku kena buat pada hari ini juga. Malas nak tangguh.
 
Macam biasala susah cari salur darah, mujurla tak kena dua-dua belah tangan. Kena sebelah je mencari darah B +ve, aku baru tau kumpulan darah aku. Kekeke. Tak kena minum air gula, sebab baby kecil lagi. Belum 4 bulan.

Menunggu giliran untuk berjumpa doktor, berborak-aku kan peramah. Semua orang aku interview. Muka masing2 tercengang tengok aku sebab anak yang kedua. Oiii, tak boleh ke?

Hari ni aku buat juga ujian pap-smear.  Sakit sikit je, ambil sedikit lendir di pangkal rahim. Aku harap semuanya okla. Sebab ianya akan dihantar ke makmal. Habis berurusan dengan doktor buat temujanji seterusnya. Ye, untuk mengelakkan banyak kali ulang-alik, ulang-alik buat orang pening. Aku tanya nurse apa yang aku kena buat seterusnya.

Ambil ubat dan buat temujanji untuk scan baby, leceh sikit PPUM macam ni la. Tidak seperti klinik biasa. See? dapat pula tarikh jumpa doktor 26.05.2011 tarikh untuk scan 16.06.2011 katanya baby dah besar sikit masa tarikh ni, inila susahnya. Nak kena pergi dua kali. Aku minta samakan tarikh, gelak je staff kat kaunter tu. 

'Datang je 26hb nanti kita bagi tarikh check-up semula 16hb tu'. Ok la kalau macam tu kan. Jadi, sesi pun habis. Perut aku lapar sungguh, terbayang-bayang nasi kerabu aku beli pagi tadi. Sedapnyaaa. Sementara tunggu mrABi aku jumpa biskut dalam beg.

Adus, tak reti aku nak posing ambil gambar penuh macam ni. Poyo.

Akan datang aku bersiap dengan bekalan dalam beg. Hahaha.
Aku tidak ditemani mrABi pun, tengok kiri kanan suami setia di sisi, siap ada boleh landing tidur atas bahu suami lagi. Ikut je ke mana isteri pergi. Hahaha. Jeles-jeles, tapi aku kan peramah. Kikiii. Jumpa je kawan.

12 comments:

@e_da said...

alahai x nampak pun perut... ok jekk.. takpe ummi independent nanti anak pun ikut.. akak kdg2 selalu gak g check up sorg2...

eima said...

14 minggu .. o0o baru lagi ek ..
lebih kurang aku ...
sbb aku pun last checkup last week 13 minggu ....huhu

due bila ?? 15 okt gak ke ??

Bond@ While@ said...

berat 45.5kg? ada harapan nk naik smpai 50kg ni.. hehehe..

Diyana said...

suami akak ikut 2 kali aje masa mula2 preknenkan damia.itu aje.hehe.ni sampai anak ke 3, langsung dah tak ikut. leceh lg pun klu bawa suami..dah le kitenye tinggal keje ..nak seret die skali ..tunggu 3-4 jam kat klinik desa tu kan.lainla klu pi private memalam.mmg en suami ikutla. memang leceh tau klu stp kali pegi klinik cmtu,bawa suami. mcm kat skolah akak tu..sampai sorang ustaz muda tu,kene tegur ngan gb..hmm.haa la.dah bini 2-3 kali sminggu kene gi check,dgn dia2 skali haa..tinggal kelas.hmm.tak ke menyusahkan orang lain semua..


tapi,kes ini berkecualila kot utk suami yg kerja sendiri.akak slaloo tgk,chinnese mmg rajin teman isteri..[derang mn keje gomen]hehe

shay said...

alamak dia dulu la... sedangkan kita dulu ada anak... jeles la pulak...

mamaarifakeemaisy said...

waaah dh siap berurusan psl kandungan eh..syoknye..hehe..tp tak suka sgt la PPUM..cam serabut sket kan..ngee...pernah 2,3 kali berurusan...hu~

oooh samlaah kita B+..hee~

tak care ye...jangkitkan la kat kak eina buyung tu..ngee..

Jue said...

perjalanan telah bermula...kak jue dulu hubby ade gak teman tapi banyak yang tak dari yang teman...tapi sekarang siap kali appoiment farisyah dengan doktor wajib teman.....sebab kak jue takut nak hadapi sorang2 kalau doktor bagi tahu pasal farisyah...

Kakmim said...

cik oni dh tukar status jd kak oni plak ye... tahniah cha.... alhamdulillah... bertambah lg umat Nabi Muhammad kt dunia ni... jaga baik² adik oni tu tau...

ch@ said...

kakEida:
ha'a betul tu kak, masa oni hari tu selalu je pergi sorang2, mrABi tolong hantar dan ambil je bila dah siap.

eima:
lebih kurang la tu, sebelah menyebelah. tapiii aku kena tengok scan lagi sekali sebab baby aku besar.

bondaWiya:
kali ni biarlah mencecah. tahun sudah tak sempat. nak juga merasa berat 50kg.

kakDonut:
betul kata akak tu, kita pun kesian tengok dia melangut menunggu, muka cemberut je. hahaaa. senang juga sesorang, ke hulu-ke hilir ringkas tak perlu ingat ke dia.

mamaShay:
kita kejar umur mama, memang nak sebelum 30thn dah ada dua, insya-Allah.

kakIeyna:
haaa lepas ni tak cukup darah, boleh cari kakIeynala kan. macam mana nak jangkitkan tu kak? hahaaa. kita tengok, tahun ni smooth sikitla berbanding tahun sudah.

cikJue:
betul tu cikJue, kalau membabitkan anak, memang mrABi kena heret sekali, sebab kita ni bukan mudah ingat apa yg doktor cakap.

mira:
terima kasih mira, insya-Allah kita jaga dia macam mana kakak dia. dua-dua pun akan dijaga dgn baik sebab nak dapat kannya bukan mudah.

♥SyilaSyira♥ said...

belum pernah lagi pergi cek ngandung tanpa suami...sbb ngandung dulu xda lesen, nak tak nak hubby kene hantar juga..ngeh..ngeh..klo no 2, rasanya nasib sama ngan cha, sbb skang syila dah leh drive sendiri.senasib la nanti..hihihi

eija_sweetmama said...

alhamdulillah..ok sumenya..lagi pun masih baru lagi..

ala..cha , eija pun utk 2nd pregnancy ni..x pernah pun asben temankan time check-up..dia antar jerk, dh selesai call dia suruh amik..huk3..

ch@ said...

syila:
masa dulu pun, dah ada lesen tapiii kita tak pandu sendiri, PPUM ni susah parking, lambat je penuh parking. mrABi hantar je, kita pergi sendiri. kadang-kadang naik teksi je senang.

eija:
orang lelaki kan eija, dia tengok bini dia ok, ok je la. mujurla kita ni berdikari kan?