Monday, 7 March 2011

Tenaga semakin tipis.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Huaaa, seminggu tanpa mrABi, tidak la kelam kabut semuanya terkawal cuma part emosi ni, ades. Kalah teruk.

Lagi-lagi mengadap Oni yang makin besar, nakal, lasak, cerdik, cergas dan macam-macam. Sungguh aku memang tak berdaya nak handle sesorang. 

Mungkin sebab aku memang tak pernah berdikari sendiri dalam tempoh yang lama. Biasanya makan 2, 3 hari. Kalau seminggu pun mrABi akan balik hujung minggu, tapi kali ini. Tidak.

Sepatutnya aku pergi kenduri makcik mrABi semalam, rapat dengan aku tapi disebabkan kesihatan aku yang kejap on, kejap off aku tak berani nak memandu sendiri. Lagi-lagi memikirkan Oni yang tidak akan diam bila dengan mak dia ni.

Minta tolong orang, huih malas nak cerita. Dia tolak dia, dia tolak dia. Dah la emosi aku tak berapa nak go bertambahla emo-emo-emo. Nak nangis aja kerjanya gembeng betul. Sudahnya aku duduk rumah je. Memang aku tumbang, tak bangun-bangun. Oni dah tengok aku tidur, dia parking sebelah lelap juga.

Rumah, jangan dikatala. Sabtu aku kemas, semalam macam dilanggar garuda. Oni punya mainan semuanya. Lantak. Esok-esok je la kemas. Tenaga dah kurang akibat kurang makan. Aku tak lalu makan nasi. Ergh.

Ada lagi seminggu nak survive, susu, pampers Oni kena beli, adoiii cemana aku nak hangkut. Ades.

Kenapala pegawai yang ada anak isteri ni kena kursus lama-lama. Tak aci. Cian Oni asyik pandang pintu je.

16 comments:

:: Mrs.SyahNia :: said...

alolo cianyer die..
takpe kak skali skala hdp bdkari
oni pun nanti jd kuat..hehe

"oni takmo noty2 cian umi
tak sihat cpt tlg umi kmas uma!!"

kak tlg smpaikn psanan ni kat
oni tomey tu yea ;)

Imaan09 said...

adoiii..si lasak tu, kemain lagi menyekda umi nye..sabar ch@..skeettt je lagi!bertahan!!

Bee said...

haa cha sabar tau ! jangan banyak fikir pelan2 atur..itu sekejap jer bee nih 6 bulan hubby pergi kerja tak boleh call or apa-apa contact tau..kena survive sendiri dengan anak 3 lagi susah tapi pelahan2..kalau tak mampu nk buat semua tu buat sikit2..cam nak beli barang beli lah sikit2 sehari satu barang yg penting2 huhu

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

kesian cha ...betul dulu cik jue pun pernah kena gak...farisyah lasak,cik hubby kursus n cik jue pulak tak sihat ..cik jue menangis time tue...memang sedih gilalah time tue....
tapi betullah cha kena banyak sabar tau...makan ubat n makan nasi utk kasi tenaga...

eima said...

brape lama kena kursus ??
laki aku dulu 6 bulan ...
ssh gile time tuh .. tambah2 fahim kena warded sbb diarrhea ...mmg tak leh nk wat pe ... aku ngan tak mandi kat spital . yg pasti ssh sgt ...

sabo tau ... Ch@ awk bleh buat ...
tak sehat nape ??

sarah-najwan said...

xpe cha..sabar dan plan elok2..

ni jugak persediaan nati awk da tmbh anak tau..jika anak2 da skol lagilah kelam kalibut..macam akak ni..

xpa..blaja slow2 pglmn itu..
awk boleh!!!

Izan Ishak said...

mmg kalau takde en husband di sisi ni rasa senang je demam. k.izan pun selalu camtu. sudahnya...kena gagahkan jugak demi anak2 bujang ni~

sian oni dok pandang pintu je...

♥SyilaSyira♥ said...

huhu....ciannya, klo nak handle sengsorang mmg penat kan..hishhh, xdapat dibayangkan klo anak kita ada 3-4 org pastu hubby xdak..mau nangis ari2

Puteri Amna Balqies said...

pe sal tak call saya.saya kat umah jew sehari suntuk pengsan cam dugong kebosanan..leh gak saya tolong g beli barang awak..len kali call la beta roger2..aduyaii

Anonymous said...

rileks.....saya ditinggalkan KE...byk minggu dah...dia lama2 biasa la...

mamaarifakeemaisy said...

aduhai...sabar jerlah...senasib la kita..akak sikit lg nk tumbang, seb baik abahnye balik after 3 minggu..dan lg sedikit kuat sbb mak dtg temankan..kalau just berdua je, harusla memanjang je berendam air mata..hu~ =P

cikOni jgn nakal2 sngt ye, sian mak tau..hehe..

tak sihat ke ch@..take care ye..huuu...emo..emo...

@e_da said...

Alahai siannya adik akak ni... mmg tak sanggup kena tinggal lelama kan..paling tak tahan bab oni duk tgk pintuje..sedihnya... cian anak untie ni...

ch@ said...

ain:
sampaikan salam cekodok dlm kolam. adus. hahaaa. sampaikan kat dia, tercengang-cengang dia tengok muka mak dia ni kang.

imaan09:
ooo itu memang hobi dia menyakat mak dia.

bee:
sebab tak biasa, tu rasa macam susah gila, sedang menyuntik semangat untuk membiasakannya.

cikJue:
bau nasi pun tak berapa nak lalu cikJue, cuba bertahan. lagi beberapa hari sahaja. ngeee. rasa macam orang tak sayang kita kan cikJue. perasan-perasaan.

eima:
huiii kalau aku ditempat kau eima, aku rasa memang mengharap belas kasih orang lain tu, sesilap aku hangkut parent aku duduk ngan aku. nehi-nehi.

mamaSarah-najwan:
betul kata akak tu, sedang belajar la ni. semua slow and steady je. terfikir gak, baru satu. agaknya sebab emosi tak berapa nak stabil kot.

kakIzan:
kan kak kan? bila dia tak ada hulur tangan rasa tiba2 jatuh sakit. mengada betul.
ha'a dia pandang je pintu, bila ada orang tekan loceng cepat dia berlari. sedih pula kita tengok.

syila:
mencuba juga ni survive utk hari mendatang. mujur pandai drive sendiri. kot tak mmg nangisla.

zila:
dah hari tu kata tolong ibu berniaga, takde la saya call. ok pasni i rodger2.

pnCapa:
tu la tu, kena banyak sabar dan belajar lagi ni. emosi cepat ampuh.

kakIeyna:
memang berdua je dgn dia. pastu orang lain taktau kedudukan dan kesusahan cari utk luah perasaan yg emo-emo juga. lagiii la rasa, ergh, semua terpikul di bahu.

kakEida:
tu la tu, rasa nak pukul je orang yg tekan2 loceng rumah. kesian oni. kekadang kita bawak juga jejalan.

Shiqa Nawar said...

akak, sabar yea.. wat slow2 ngemas... lau x ajak oni ngemas sekali. ermm, mcm ni lah kot shiqa nnt kalau dah kwen, n dia g kursus lama2... owhhh pengalaman :)

♥SyilaSyira♥ said...

alhamdulilllah r...syila pandai drive bila anak dah kuar..klo x, sampai skang la dok panjat tangga bas..hihi

ch@ said...

shiQa:
kutip pengalaman, mujur baru ada seorang. esok2 kena tinggal ada dua orang pula, lagi 2 kali ganda tenaga perlu dikerah.

syila:
samala kita. berguna juga tawaran mrABi suruh belajar memandu.