Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dari petang semalam hujan turun macam mahu tak mahu je. Petang semalam sempat aku bawa Oni turun pergi kedai, pergi taman, pergi tengok kucing setelah melihat dia asyikla melepek kat tingkap rumah.
Suka memangla suka, tapi yang tak syoknya bila aku balik rumah dia nak melekat dengan aku je. Ada tokMama, ada mrABi dia tak hairan langsung. Mama aku pun kata, dia dah mula terasa la tu. Yang aku pulak asal sampai rumah je mulala badan aku rasa tak sihat. Aduh gimana sih.
Pagi tadi aku keluar rumah macam biasa, masuk federal. huuu. Hujan mencurah-curah. Dikejauhan apa pun tak nampak. Sungguh aku bersyukur aku memandu kereta, tidak basah tidak juga terlalu sejuk.
Di lorong tepi, di bawah flyover bersusun duduknya penunggang-penunggang motosikal. Di tengah highway, bersusun kenderaan bergerak perlahan. Aku on lampu kereta, aku slowkan radio. Aku suka menikmati hujan turun yang takde guruh la, kalau ada guruh mulut aku tak berhenti beristighfar.
Terus masuk jalan universiti, masuk sprint dan sampai ke opis. Hujan sama rata, tak reda-reda. Mujur tidak terlalu jammed mungkin budak sekolah bercuti. Alhamdulillah sampai juga aku di opis. Walaupun masa mula-mula hujan tadi aku dah berfikir nak patah balik rumah. kekeke.
Selamat sudah aku dalam opis.
Aku tengah fikir ni, aku matikan lampu kereta ke tak ye. Pergi cek kejapla, ada yang menolak balik nanti karang. Tapi rasanya macam tutup.
17 comments:
akak pun sama.. termerah punch kad.. sebab hujan lebat sgt tak berani bawak laju...
ha pi tengok lampu tu kang menyorong balik umah.. hehehe
ujan skang xmenentukan...
ni la akhir zaman...ngeee...
best sgt klo leh termenung sambil tgk ujan..klo umah ada beranda lagi best..asyik jek, tp klo kilat, syila r yg pertama dok diam dlm umah..hihihi
syila jenis xconfident klo bab kete, klo nek opis mesti tertanya2 "dah lock kete ker???dah ttp lampu ker???terpaksa la plk turun g jenguk balik..mmg selalu mcm tu ^_^
tu lah..sama lah kiter, menikmati hujan dipagi hari. Dengan kereta tak ber aircond! hahahaha..berkuap! menganggu pemandangan. Selamat juga sampai ke opis. heh..
tak tutup lampu..nnt bateri habis.baik pegi check
centek nye template baru die ..huhuhu
'umah' dah renovate..cantik!
akak cuti so kalo hujan mmg leh tarik selimut le hehehe...
cuaca tak menentu, kesihatan pun tak menentu. take care :)
cuaca skrg kan klu siang panas, mlm ujan..klu mlm panas pagi ujan lebat..mmg x menentu..
boleh tolak ke..kalau keta auto?
erm..itu la cuaca skrg x menentu..
kalau pagi2 dh ujan..
selalunya jalan msti jammed..
btol tu bila cuti sekolah..lega la sikit..jalan clear..hehehe..
KL hujan pagi tadi ye...kat sini mendung je...oni tahu dia nak dapat adik tu dia manja dgn umi dia
cam ain je..slalu was2
eh dah kunci alarm kete ke lum yea
p balik kat kete cek..hihi
slalunya bdak2 msti cam tersa die nk dpt adik..meragam je..ada je tak kene
dgr pnglaman akak2 ofis ni lah ;)
adoi mcm mana nih jgn lah hujan minggu depan heee
berhati2 memandu ketika hujan. huhu
ch@ tak terbyg kak eina ke kalau nmpk motosikal ..hehe..
kak eina seb baik sempat smpai pd masanya..sedang elok sampai hujan turun...alhamdulillah selamat..hu~
penantian en suami yg belum balik2 lg..lg seminggu!huh..
kakEida:
hiii, kita pun lambat 5 minit. tapi opis ni paling lambat 9.30am baru betul2 merah.
eT, alyyani & Qellissa:
setuju.
syila:
ha'a kita suka tengok titik2 hujan tu turun, lagi kalau ada angin bertiup. tapi, kalau dalam kereta, sesorang memang takutla.
kan dah kena buat kerja dua kali tu.
bondaWiya:
kalau kita tu memang menangis la, hari tu hujan sikit tak buka ekon, dah pelik kenapa berkuap, rupanya kena guna ekon.
pnCapa:
lenguh kaki turun tangga pergi tengok kereta, semua ok dan macam biasa.
eima:
terima kasih :)
rasp:
hiii, sentuhan designer biasa. kita nak cuti cemana kak, kalau masa dari dalam rumah dah hujan, harusla memang tak pergi kerja. ahaha.
pakLan:
kenapa kena menolak pula pakLan?
eija:
tapi bila jalan dah clear hujan pula turun, jammed juga. dia suruh bersabar.
cikJue:
hujan cikJue.
ahaaa tu la tu, manja tersangat over.
ain:
better pergi cek semula kalau dah rasa was2 tu.
memang itu juga selalu akak dengar. tapi dah mengalaminya sendiri.
bee:
itu kuasa tuhan bee, kita hanya berharap.
kasawari:
terima kasih, nasihatmu kuterima =)
kakIeyna:
bukan takat akak je, ramai yg kita terbayang kak, kita pun pernah juga mengalaminya. sebab tu bersyukur sungguh2.
Post a Comment