Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Misi berjaya, semalam aku singgah di Pasaraya UO beli pampers. Kali ni tak panjat tingkat 11, terus ambil Oni sebaik paking kereta.
Amboi kemain dia, tengok TV baring atas seat baby Zara. Siap berenjut-enjut. Riang berlari bila nampak aku di pintu. Sarung kasut dia jalan. Aku turun tingkat satu semula, ayak silap percaturan, lalu taman permainan. Menangis dia nak singgah main, tapi semua permainan basah dek hujan.
Sedih, aku upah gula-gula. Masa nak ambil pampers tengok-tengok kasut dia tah cicir di mana, patah balik semula cari kasut. Jumpa kasut tunggu lift pula. Penat menunggu, orang baru sampai dapat naik dulu, kita yang menunggu daripada tadi, tak dapat naik.
Melayan pula Oni, senyap kejap upah gula-gula, tunggu lagi lift mendatang, penuh juga. Baik naik mahu pun turun. Benci. Aku tak suka bila lift tinggal satu macam ni. Harap je rumah pegawai, bayar maintenance bulan-bulan tak penah missed. Tapiii hampeh.
Terus aku ajak Oni naik tangga. Ye, terima kasih Oni kerana sudi jalan sendiri. Dua tingkat pertama aku pimpin, tiga tingkat seterusnya dia naik sendiri aku follow belakang, naik tingkat seterusnya aku dukung, sebab dia dah penat. Serius aku memang menyumpah, menyampah.
Penat. Memang aku tekad, kalau jadi apa-apa pada aku memang aku akan saman. Aci tak? sekarangkan main saman-saman, main kat court aja. Kenapa aku tak tunggu lift yang ada? huh, sampai bila kalau setiap kali sampai pun padat. Memang tak boleh masuk. Yang naik 4 tingkat pun naik lift, kejadah apa kan?
Dia tengah mimpi, lepas aku snap terus dia gelak tiba-tiba. Kaget jap mak dia.
Sampai rumah aku dengan Oni belasah minum air bergelas-gelas. Serius penat.
18 comments:
kesiannya.....lift tu dah report ke?bukan je kesian kat mak budak...org tua. OKU. takkan nak tunggu berjam2..naik tangga tak larat..ish3
akak, hati2.. jgn penat sangat ek.. kan ade adik oni tuu..
umah ko tgkt brape ??
oni tak bgtau ek kasut die tk de ... huhu
bila jarang masuk sini, tiba2 perasan cara penggunaan ayat agak berbeza dan menarik sangat.. hehehe..
baik2 naik tngga tu.. kalo jadi apa2, saman je.. masuk court, masuk paper... hahaha.. take care tau..
ok tak guna shtfrm yea ;)
ain nak jugak ngadu lif kat kuartes
yg dok skang..
asal ada 3..skang leh guna 1 je..
bygkan pnduduk 17 tngkat
tak ke semput lif tu..adehh
nak tutup pintu lif pun bukan main
lembap..kalo dtg sakitnya suma
tingkat die berhenti pdhal takde org pun yg tekan no.tngkat..
sabo je lah..kalo takde lif
tak sggup trun naik tgga dr ting.16
tabik spring kat akak kuat
lg dkung oni naik tngkat 11
jgn slalu kak cian kat adek oni pun
penat gak ;)
ppsstt// cm dah tumpang bt entry kat blog akak plak rasanya..mntk izin..hehe
adess..ciannya terpaksa naik tangga..
tgk la cikoni tido..mmg betul2 keletihan naik tangga tu..5 tingkat tangga naik sndiri..
kalau zaquan ni..dh masuk 3 tahun ni..pun asik minta dokong jerk..
perghhhh...penatnye naik tngga kene dukung baby lg..sampai ngigau2 tidur..huhu..
Cha..awk preggy ke skrg ni..?
alahai sian anakk aku sorg lg ni.. letih gigih panjat tangga.. sian betul... kena komplen itu lif tau...
kesian wajah yang betul2 penat selepas kena naik tangga....
umah tgkt brpa ni ch@ ..aduhai letih tu...hissh cikOni tu purak2 tido ye..leh plak kejutkan umi dia,,hee,,bijak2x..
alahai cian oni....penat naik tangga...
pnCapa & kakEida:
report dah banyak kali, lift dah tua agaknya. patut kena tukar semua yg baru. hiii. buatan manusia.
shiQa:
no choise, semua serba perlahan akak buat, memang taknak paksa diri dah.
eima:
tingkat 11, dia bagi tau tapi aku tak dengar agaknya.
mekchu:
ayat berbeza? apakah maksudmu itu mekchu, terima kasih kerana suka bloghijau ni. terharu.
kan? pastu glamour, blogger bloghijau kat court.
ain:
setuju dgn semua kata ain tu, puas dah komplen, taktau dah nak kata apa. ye, kekadang akak lupa akak pregnant. hiii.
eija & cikJue:
tu la, dia pun kesian tengok muka mak dia yg dah letih. bawak pampers dia, bawak beg dia. dukung dia lagi. adoiii.
ye sayang saya pregnant :p
dla:
letih benar agaknya, sampai mengigau.
kakIeyna:
tingkat 11 kak, hahaaa. kan? kita terkejut sungguh masa dia gelak tu. mata tutup.
honey:
mak dia lagi penat tau. ades.
wah syoknya..oni nak dapat adik..tahniah cha..:))
ahjumma...auni banyak gaya husband ko..
eija:
terima kasih eija, rasanya dah banyak kali eija wish ni. teruja juga eh.
hyunB:
anak abi kata. harusla.
alahai tdo pon kiut..mmg nmpk sgt penat tuh..tp ape agaknye die mpi sampai tergelak2..hehehe:) saba la kak..mslh lif tuh kena push bnyk kali br org ats pndg kan..
yus:
ahaaa tu la tu. lift tu dah tua. lepas ni akak tekad, mmg akak akan redah juga naik lift walaupun tinggal satu.
Post a Comment