Wednesday, 23 February 2011

Masih lagi di sini.

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera semua pembaca hijaucantik? 

Ya, telah mengalami masalah teknikal. Minta maaf kepada yang merindu, acceh! Ngeee. Nak update semalam gambar belum ada, pakej dengan server down. Melopong aku. 5.30pm cabut.

Hrmmm, hrmmm, hrmmm, ok citer pasal pergi dinner la. Wow, macam biasa mrABi tolong hantar naik kelisa berenjin turbo, gayat aku macam nak terbang.

Dinner kali ini bertempat di Bangsar Seafood Garden Restaurant. Besar, cantik, banyak lampu, mudah dicari. Sila google :)

Bersempena Tahun Baru China, disebabkan aku tak bawa kamera, maka menumpang orang lagi. Malangnya gambar tak banyak sebab taktik memujuk rayu tak jadi. Apa yang ada je la kan.

 Lapar-lapar-lapar, posing dengan enRoslan Usape terlebih dahulu. Satu-satunya wanita dan lelaki Melayu pada malam tersebut.

Yi Sang, sedap-sedap. Berebut anggur dengan Roslan. Ngape kepala ku itu, amek feel lebih.

Menikmati cahaya lampu, bersama cikFenli dan enRoslan Usape.

 Semua aku punya, masih berisi. Bestnyaaa. Agak-agak ada RM berapa untuk 2011?

Makan malam ni, semua sedap. Sedap sangat-sangat. Aku dengan Roslan makan memang tak toleh kiri kanan, menikmati habis-habisan. Sebab tiada gambar makanya tak berapa nak terliurla kan, paling aku ingat ikan siakap masak asam pedas-perfact rasa dia. Ada set sayur-memang tak ambilla kan, ayam ala-ala kerabu mangga-mabeless, udang butter-1st time makan, aku teruja gila. Nasi goreng udang besar-besar. Lai Chi Kang-isi kelapa laut dengan laici. Dua mangkuk aku tibai. Hahaaa.

Bila dah rasa ala-ala jalan-jalan cari makan, baru ingat nak berehat dari makan kan. Ngeee. Ada juga la kuih berkulit oren berinti kacang merah. Sedap, tapi sebab dah kenyang aku makan setengah je. Hiii. Pokoknya, hidangan sungguh excellent.

Rugi gila tak bawa kamera, takla aku melaram sakan. Tak dapat nak tayang ikan siakap berenang dalam kuah dia. Pergh! Paling penting mujur la aku diberi set sudu garfu, kot tak melopong tengok orang makan dengan chopstick.

Balik rumah terus mandi dan tidur. Kepanasan tahap maksima. Oni pun mengamuk.

18 comments:

mamaarifakeemaisy said...

waah satu2 nya lelaki n pompuan melayu...hebat..hehe..

makan2 mmg best woo...^_^

mamaarifakeemaisy said...

oooh dpt angpau lagi, jeles..huu~ =P

Bee said...

best nye ch@ jeles haku dan merindu jugak kawan2 opis ku itu

eija_sweetmama said...

wah angpau 3 tahun berturut2..
masih lagi berisi tu..
bagus2..kaki saving ni..

:: Mrs.SyahNia :: said...

dear..tak rupa mak org lah..hehe
tabik spring angpau dr 09 smpai
lah ni tak kua g dr sarungnye..
dahhssyyaattt (tone nazmi RL5)
kehkehhh

alexayussida said...

nak angpow satu!

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

la ade rupanye....ingat hilang kemana...bestnye dapat dinner ngan buadak opis paling penting hanya seorg je wanita melayu terakhir..memang dahsyat...

Izan Ishak said...

sonoknya cha dpt angpow. nak jugak!

Anonymous said...

dengar cha sebut pasal makanan..air liur meleleh2

eima said...

wahhh besh tumpang mkn besar ....

ch@ said...

kakIeyna:
title utk malam makan2 ni aja. ada yg tak boleh nak sampai. angpau tu kena ada.

bee:
kena kerja, kalau tak kerja tak merasa aku nak pergi makan tempat2 macam ni. peluang selagi berkerja.

eija:
takla saving sgt pun, tapiii sayang nak guna. ye la, bos besar bagi kan? harus simpan buat kenangan.

ain:
dah simpan sekali, terasa nak menyimpan banyak kali, bagi ONG.

yus & kakIzan:
datang rumah, special akak bagi.

cikJue:
sebab ada yg lain tapi tak dapat nak datang, lagi sebab rumah kita dekat dgn tempat makan tu. hiii. kita ada, kita sayang bloghijau, kita sayang cikJue.

pnCapa & eima:
korang memang kan, pantang. sebut makan, masing meleleh-leleh air liur. tapiii ikan asam pedas dia mmg pergh, hohoho liou kata kawan kita.

@e_da said...

wooooooooo yisang gak dia ek.. wah dpt angpow.. brape? 100? 200? heheheh

ch@ said...

kakEida:
wah, kalau dapat rm100 kak, memang tak tukar tempat kerja lain dah. buang kosong yg paling belakang tu.

Rohani Hashim said...

waaa beshnye cha...nak jugak angpau;)

Mama Kembar Tiga said...

bestnya makan makan,...pastu dapat angpau lagik, jeles jeles hehe

Ann-Wardrobe said...

opss nsib x salah paham, ingatkan couple cha dh td. hehe

puanstoberi said...

wah. dpt angpau. bes. bes :)

ch@ said...

hany:
haaa, hany kena minta kat MZ.

kakNani:
makan ditaja, mestila best kak.

ann:
kawan tempat kerja, satu kompeni tapi lain department.

kakReen:
hehe. orang bagi, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.