Assalamualaikum/ Selamat sejahtera pembaca sekalian.
Apa khabar anda semua? Hiii, aku busy sikit, tapi takpe. Cuba juga mengadap hijaucantik setelah dua hari masalah kesihatan melanda. Aku ok hiii.
Aku selalu menjadi bahu sokongan untuk orang tersayang meluah perasaan. Tak kira, kawan-kawan, saudara-mara, suami, aku sendiri tak tahu kenapa orang sering mencari aku. Tapiii walaupun aku tak mampu menbantu, sekadar mendengar sahaja, dorang sudah cukup suka.
Aku memang takkan puas hati sekiranya mendengar sebelah pihak sahaja, menghentam pihak lain bertubi-tubi, seolah-olah pihak yang dituduh tu bersalah benar kelihatannya. Bagi aku, setiap orang buat salah. Takde manusia perfact dalam dunia ni. Tapi takpe, dengar aja.
Kadang-kadang terhasut juga dengan apa yang dikata, ye la yang menuduh, aku sayang, yang kena tuduh pun aku sayang juga. Dan apabila yang kena tuduh pun buat pengakuan, mencari aku meluah perasaan. Jadi? aku yang ditengah-tengah ni? apa inisiatif?
Selalunya bila keadaan macam ni, aku memang mengambil jalan senang, ignore kedua-duanya, bukan kata tak ambil peduli, bagi aku itu karektor masing-masing. Life sendiri, family sendiri. Warna-warni, aku malas nak masuk campur.
Bila yang menuduh tanya tentang yang kena tuduh, aku kata dia kan manusia juga. Terima je la seadanya. Bila yang kena tuduh tanya tentang yang menuduh, anggap je la itula manusia. Banyak orang yang kita kenal, banyak la ragam yang kita akan tahu. Kenapa nak difikirkan sangat.
Apatah lagi bila membabitkan orang tua, kadang-kadang orang tua menegur ada hikmahnya, ada baiknya. Kalau tak suka, tak payahla ambil pusing sangatkan? Yang muda pun, janganla ikut perangai muda tu. Darah nak panas aja. Ikutkan hati sangat.
Aku jenis yang suka juga menjaga hal tepi kain orang, kadang-kadang satu dua perkara bolos juga, gatal mulut nak bercerita, tapi aku awas. Sebab macam aku kata manusia tiada yang perfact. Sikit-sikit tercerita juga, aku memang menjaga hati semua pihak. Even, aku benci pihak seberang aku takkan tunjuk aku benci. Gila. Itu boleh memutuskan silaturrahim.
Berfikir sebelum bercerita, lebih-lebih lagi nak bercerita tentang orang. Aku memang cukup awas. Bagi aku bila bercerita hal orang, tidak mustahil orang yang mendengar akan pecah lubang. Kan? boleh bergaduh besar. Baik jangan cerita, mengumpat is DOSA.
Sebab tu aku lebih suka menjaga hal sendiri aja. Aku dengar pihak yang menuduh, aku mendengar pihak yang kena tuduh, aku buat kesimpulan. Mana harus aku elak-aku elak sehabis daya. Kalau terperangkap, diam sahaja. Lagiii orang tak tahan dengan aku kerana ke'laser'an mulutku ini. Bisa.
Aku suka fikir positif, semua orang adalah keluarga. Sebab aku ada pengalaman, kau tak suka macam mana pun dengan sesorang, esok lusa Allah suratkan kau akan cari balik dengan orang yang kau tak suka tu. Hidupkan bagai roda.
Sekian sahaja bebelan makcik hari ini, makcik banyak kerja sebenarnya. Tapi bila ada orang mengadu tadi, makcik rasa tak salah kalau makcik share kat sini. Fikir positif ya. Oh nanti makcik BW secara marathon. Terima kasih kerana sudi membaca =)
17 comments:
panjangnyer bebelan ko makcik oii..aku pun pening lalat nak abeskan bace..sapelah hamba Allah yg terluah perasaan kat sahabat baik ku ini..actually dulu den pun slalu ngadu2 banyak benda ngan sahabat ku nih..xpe jadi pendengar yg setia tu lebih baik dari wat x tahu jew..atleast orang yg ade masalah tu ase lega bile kita dpt share ngan dia..kita pun dpt gak pahala,org2 mukmin nih mmg di tuntut untuk berbuat baik kpd sesama manusia..so carry on!!
ish2...yg penting.jaga hati.jaga mulut.jaga perasaan.hidup harmoni.
huhu..sukar kan utk menjaga hati semua orang sekeliling.kesudahannya hati sendiri merana..:|
panjang nye ko bebel ..haha
betui la tindakan ko tu .. tak dpt share ngan org kat luar share kat cni secara cam ni pun leh ilang beban
kalo org yg kita suka dua2 bergaduh sesama sendiri..ai selalu ambil langkah selamat..senyap dan dgr shaja..malas nk ckp byk..nnti apa yg dicakap salah tafsir..dah tak pasal2 dgn kita sekali gaduh...janji kita masih baik dgn kedua2 pihak....
dalam hidup ni hasutanla pokok utama, baja yg paling kuat kan???kdg2 hasutan ni buat hubungan porak peranda. yg penting,. setiap perkara, nilailah sebaik mungkin..^_^..
kalau yg gaduh itu org yang kita sayang memang susahkan tapi jalan terbaik kita harus nmengambil langkah mendiamkan diri je...lagi senangkan..
sama sama cha, hehehe
mak cik nak tumpang ngadu gak lah..hee~
Awas...simpan rahsia orang baik2..hehe..susah sebenarnya tp ok sangatlah org percayakan kita tuk menjaga rahsia mereka..huu~
cikZila:
SETUjU, sememangnya dari dulu awakla pengguna setia bahu yg bau masam ni, hahaaa. miss u so much.
pnCapa:
semua tu memerlukan emosi dan fizikal yg sangat teguh dan kuat.
kakDonut:
betul, kita sehabis daya tak mahu diri merana, bila diri merana jadi melarat-larat semua benda tak terbuat nanti.
eima:
hiii. tapi nak share pun kena berhati-hati tak boleh buka pekung sangat, sebab ada yg memerhati, ada yg membaca ;)
kakGee:
betul. mujur kita ni memang tak suka sangat nak menjaja cerita orang, orang cerita kita dengar pastu terlupa. kalau tak diingatkan semula, memang takkan buka mulutla.
syila:
ha'a wak, bila jiwa atau iman tak kuat, bila kita ambil jalan mudah, senang-senang kita menuduh orang tanpa usul periksa.
cikJue:
yg gelihatinya, masing-masing korek cerita dari yg mendiamkan diri ni, hahaaa. agaknya orang tengah ni kena cari yg betul-betul kuat iman.
hany:
kan-kan-kan? kita serupa.
kakEiyna:
boleh apa salahnya, ramai je bloggerian yg mengadu ni. macam kaunter aduan pula. hiii. cara kita senang je kak, buat apa nak fikir hal orang sedangkan diri sendiri pun tak sempurna.
* akak, sticker Arif tu still ada, tak pergi pejabat pos la, hiii. promised nnt kita pos.
masalah manusia kan..
kdg2 org bcerita kat kite
tp skdar dgr n bg nasihat je..
kita nak ikotkn sgt pun takleh
kang kita tbabit skali..
Ya, sgt seksa tersepit di tgh2...sy pn lbh senang amb jln tgh saja.
huh..mmg kita yg ditengah2 ni mesti tersepit..bila melibatkan dua2 yg meluahkan perasaan tu baik dgn kita..
betul la tindakan cha..
x menyebelahi sesiapa..
yg penting jgn jdk org tgh yg batu api kan..
mmg bebelan habes ni kak..takpela kak..slalunya org tu cuma nak luahkan saja..jd dengar n pekakkan aje smbil tu kipas2 kasi cool bukan kasi lagi terbakar taw:D hehe
betul cha.. jalan penyelesaian jadila pendengar yg bijak dan setia.. tp selidik dan berpihak kepada mana-mana.. akhirnya akan tau juga nanti yg mana yg benar dan yg mana salah
mana hilang nie....rindu kat blog hijau nie...
ain:
akak bawa banner SETUJU. jadi orang tempat mengadu ni kena yg betul2 kuat iman, dan jenis bawa diri sendiri.
umiIman:
ambil jalan tengah kena hati2, nanti kena langgar dgn kenderaan =)
eija:
itu yg kita takut sebenarnya menjadi batu api, sebab tak sedarkan? tu yg kalau boleh nak elak.
yus:
ha'a betulla yus. yg tua mmg kata terima kasih tlg dengar, tapi yg sama2 muda ni, mcm nk dengar kita back-up mana.
kakEida:
kita suka dengar, mengumpat siapa yg tak suka, tapi tak reti nak balas semula. sebab kita jns tak ambil tahu hal org. hiii.
cikJue:
alaaa sedih kita dengar, setia betul cikJue. terima kasih cikJue.
Post a Comment