Monday, 17 January 2011

Latihan kepolisan.

Yuhuuu salam satu Malaysia. Seronok bercuti? mestila kan? bersama keluarga tersayang.

Kepada sesiapa yang akan pergi temuduga polis atau tentera, atau paling mudah ke PLKN, bolehla menjadikan entry ini sebagai panduan untuk peringkat awal.

Jogging. Berlari-lari anak.

Bersedia menerima arahan.

Mengumpul keyakinan dan mengatur strategi.

Perjalanan bermula.

Pumping di tiang, untuk kekuatan tangan.

Sambil melihat keindahan tasik yang tak nampak sebarang ikan. Air seperti kopi.

Menjadi labah-labah, menguji minda, kekuatan tangan dan kaki.

Dah malas sebenarnya tu, muka pun dah tak bermaya.

Berjalan atas titi, menguji keseimbangan badan dan ketepatan pandangan mata.

Kena bantu sebab cikOni nak melompat atas titi tu.

Memusing roller untuk kekuatan jari jemari.

Sekian sahaja panduan latihan kepolisan bermodelkan cikOni. Diharap dapat membantu. Akhir kata dari cikOni, berkhidmat untuk negara.

Lokasi: Taman Jaya, PJ.
Jam: 1700 - 1800

Barula dapat main setelah dikerah dek mrABi, hahaaa. Puas cikOni dapat berjalan sesuka hati. Dapat jalan di tepi tasik, asyikla dia nak pergi terjun tasik tu. Risau aku. Nampak bola orang pun nak disepaknya, nampak basikal pun dia nak pinjam.

Memang suka hati betulla. Sampai rumah mata nak tertutup, tapiii mrABi kerah berenang dalam bilik air. Jenuh aku tunggu 'mana tak keluar-keluar dari bilik air lagi, rupanyaaa dia sakan main air.

~)@ Adakah cikOni mewarisi kerjaya mrABi? biarlah masa menentukan.

20 comments:

♥cikmOt♥ said...

hahaha...nak komen balas sal komen cha kat entry cikmot pagi ni..

hahaha...tau tau jek nak highlight statement bawah sekali...:P

tapi citer tu memang beh...sambil nyelam minum air...☺

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

wah oni..happy sakan macam dunia oni yang punye...

eima said...

hahaha klakar tul la...
coemy tul oni

eija_sweetmama said...

hehe...comel sungguh cik oni..paling x tahan time dia menjadi labah2..

rasp said...

hehehehe enjoy tul cikOni ye...

Kakmim said...

hihihihi... iman sekali jer main kt playground terus ingat smpai bila2... tgk dlm tv terus terjerit2 je tunjuk nk main

Shiqa Nawar said...

wah shiqa tgok ada bakat nk jadi polis cik oni ni. tabik spring.hehehe

Farra Dhelina said...

hahahaha leh jadi tentera polis ni cik oni!

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wah betul2 aktif la anak dara ni...walaupun badan tecik tapi still aktif berjoging

Yann said...

hehe. makin comey jek cik Oni sekarang nih. hehe. :)

Rohani Hashim said...

wawawa...pas ni kental la cik oni ni...bagus utk badan ;)

Unknown said...

wahhh... kan main sonok main kat taman yg ade macam2 ni.. sesuai utk latihan kepolisan ni.. ;)

@e_da said...

fuhhh kental la oni... manatau jd mcm inspektor aliza..hihihi..

cantik arr suar oni

Salina@IbuAqil said...

Masya'Allah cik oni menantu ku... Si abg Aqil nak jadi mat terap suka main lecah.. punya banyak permainan dkt padang 2 lecah yg dia suka.. elok bebenor ler 2 kome dua.. ngeh3!!!!!!

:: Mrs.SyahNia :: said...

mana taw jd ktua polis ngara pompuan
1 ari nanti.. :P

sonok btul cik oni men ;)

ch@ said...

cikMot:
wah, sanggup datang sini, tQ cikMot walaupun komen cikMot ni ka Laut China Selatan, hahaaa.
psst, kita memahami cikMot.

cikJue:
kan-kan-kan? puas dia berjalan di tanah yg luas itu.

eima, eija, rasp & yann:
tu la tu, kekadang macam tak percaya dia belum lagi 2 tahun, tapiii dah macam pro aja.

mira:
kalau tak hujan, lepas ambil dari pengasuh memang kita bawa dia main kat playground, bg udara luar.

shiQa & farra:
polis? tentera? hahaaa wait & see je la ya.

anje & hany:
tersangat la aktif dan kentalnya sampai berat mak dia turun 2kg.

kakYong & ain:
heheee, mewarisi bapaknya kot.

kakEda:
kental-kental.
* suar JJ je tu, mahal tetap mahal. pening nak milih baju dia.

ibuAQiL:
serupala niii, pantang nampak pasir, air, dia nak berenang atasnya. jakun orang duduk kat udara, mana nak pijak tanah.

mamaarifakeemaisy said...

ch@ umah area mana?..akak dulu selalu lepak2 sini, tp sejak pindah jrg pi sana, eh tk pernh dah ke sana..woo..cikOni nak jd cam Abi ke?..hehe..ada talent..hehe

then, mrAbi balai mana?..^_^

Bee said...

waaa best cik oni nih....


latihan ala2 polis kicik2 lagi

♥SyilaSyira♥ said...

comelnya cikOni...semangat yang patut dicontoh...hihhi

ch@ said...

bee:
kena paksa dgn bapak dia.

syila:
pantang nampak padang luas. praktik skill.