Thursday, 4 November 2010

Semalam ke pagi ini.

Salam satu Malaysia, apa? dah hari Khamis? owh, sungguh pantas.

Semalam, dapat baju baru 4 helai, 2 hijau, 1 ungu dan 1 biru. Dapat pula 2 helai shawl yang sangat tak terduga. Baju tu beli sendiri la.

Motif cerita: Bila kita suka dengan seseorang, bila kita setia dengan seseorang, bila kita baik dengan seseorang, makanya orang akan menghargai dengan apa yang kita lakukan, tanpa kita sedar.
Terima kasih Ann-Wardrobe. Terharu.

Semalam petang, balik kerja ambil cikOni, dia berjalan sendiri. Sangat laju, sangat pantas. Asyik berlari sana-berlari sini sampai tertinggal lif. Meaning, tunggu lif dah lama tapi tak sempat naik.

Motif cerita: Kena sabar banyak-banyak, sebab lepas tu lif lain sampai, keadaannya kosong dan lengang. Boleh bernafas dan tidak berhimpit.

Semalam petang, masuk rumah, rumah tunggang langgang. mrABi & adik ipar tengah tengok TV, baca komik tanpa buat apa-apa. Rasa macam nak nangis. Penat kerja tak hilang lagi. Aku pun kerja juga. Ambil anak, nak masak pula lagi.

Motif cerita: Sabar lagi, kemas dengan perasaan sakit. Aduhai. Bertenang. Masuk bilik cari diari, termenung. Keluar pergi dapur & masak.

Semalam malam, indahnya kehidupan. Bila melihat cikOni gembira berlari sana-sini dikejar mrABi, oh! macam dalam novel.

Motif cerita: Biar cikOni penat, biar dia tak bangun masak malam-malam.

Semalam malam, cikOni nangis tak berhenti. Nangis-nangis-nangis. Dia sakit perut. Aduhai sayang umi, sabar ye. Aku sapu minyak pada perutnya. Urut satu badan. Beri dia susu suam sedikit panas. Dia tidur.

Motif cerita: Anak perlu diberi layanan 1st class.

Pagi tadi, termenung depan almari, berfikir mahu pakai baju apa. Baju sudah terlampau banyak.

Motif cerita: Jangan tamak. Bila tamak pun tak jadi apa-apa. Pening lagi ada.

Pagi tadi, sms mrABi tanya nak isi minyak kat shell minyak warna apa, merah ke, kuning ke. mrABi reply 1.85, oh minyak apakah itu? dengan pandainya aku bertanya. Kuning kot. Adehhh, sudahnya tak isi juga sebab kerana bekho menghalang perjalanan.

Motif cerita: Jangan berangan bila isi minyak. Perhati dan ingat warna gagang palm minyak bila kena turn mengisi. Aduiii.

~)@ Yeay, esok cuti. HAPPY DEEPAVALi kepada semua yang menyambutnya. Kitakan satu Malaysia ;). Aku terlupa sebenarnya.

16 comments:

@e_da said...

hahah tak boleh tahan kejar oni sampai penat sebab taknak bg dia masak malam2.. sabo je la.. hihi

eija_sweetmama said...

hehhee..byk the moral of story dlm n3 ni..bagus2..

yeay jgk..esok cuti..tp msti 3 hari x dpt nak bw n update n3..huhu..

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

betul cik oni kena banyak sabar..kadang situasi kita dalah sama..hahahaha..

Nik Nurehan said...

sesama cha! regular cust ku merangkap shabat baik ;) hehe

Iman's Umi said...

Kita skrg dh kurangkn bebelan, rs x puas ati umah bersepah, kemaskn sendiri, klu x larat biar je, lama2 diorg paham sendiri...

:: Mrs.SyahNia :: said...

hari2 kmas dan kmas..hehe

kalo cam tu tiapmlm akak kne
main kejo2 ngan cik oni lah..
grenti dia tak bgn pepg msk lagik ;P

Kakmim said...

sini x cuti

ch@ said...

kakEda:
tapi... dia bgn juga malam tadi, perutnya sakit.

eija:
kalau tak ke mana-mana, depan pc la kita, blogwalking aje.

cikJue:
kita cha cikJue, cikOni tu my dotter. kalau dha namanya emak, mmg tugas semuanya sama.

ann:
terima kasih sahabat, mmg tak sangka betul.

umiIman:
betul-betul.

ain:
tak larat la nak kejar dia, mrABi je rajin layan dia main.

mira:
jom datang sini, boleh cuti ;)

♥SyilaSyira♥ said...

amik part last jek...heppy deepavali...selamat berkejar2 dgn cik oni arini...hihi

ch@ said...

syila:
betul-betul, terima kasih sebab memahami =)

mamaarifakeemaisy said...

selamat bercuti..huhu..esok dh nak mula bekerja pun!

best tul baca ni..mcm baca dairi kt buku cam dulu2..hehe..

qellissa said...

Happy deepavali cha!
byk sgt moral of the story dlm post kali ni..=)

Bonda QWP said...

terima kasih umi oni, sebab bagi bonda dan wiya present. Cantek baju² itu..

motif comment : sila lah bagi lagi.. hahahahaha! mekasih sekali lagi ye umi! )

Suziey Ahmad said...

hiks..tunjuk la sket baru baru dr ann wardrobe tu....harus ade ijo ek:P

Shiqa Nawar said...

bila cik oni penat. malam tdo lena lah ye akak. x dapt la oni nk masak pagi2 lg

ch@ said...

Qellisa:
takde bahan nak story. hehe.

bondaWiya:
jgn lupa frame kat blog, nak dapat nama jugak ni, kehkeh.

[-suziey-]:
sudah semestinya, setiap kali kita bergambar pakai t-shirt, semua dari ann-wardrobe ;)

shiQa:
iya, lagi suka dia tak masak pepagi hari.