Tuesday, 12 October 2010

Mula merasuk.

Hari ini, aku pakai baju baru. Biasala, sejak semuanya dihujung jari, makanya segalanya jadi mudah. Aku dah tak pernah beli baju kat kedai melainkan baju kurung. Baju hari ini ditaja oleh bIFA'S collezion, kali pertama mencuba. Ye, sangat berpuas hati.

Kedai baju biasa, AnnWardrobe sentiasa menjadi pilihan pertama aku. Hehe, sekarang ni aku menanti ketibaan shawl yang juga dibeli secara online. Sungguh aku telah gila dengan belian secara online.

Mungkin ada setengah sudah serik untuk membuat belian secara online. Akibat ditipu dan tertipu. Bagi aku, aku sangat menitik beratkan kualiti setimpal dengan harga. Bagaimana aku membeli secara online? mungkin tips berikut boleh dicuba.
  1. Cari laman jualan yang popular, ramai pengikut dan mempunyai entry terbaru, kerana laman jualan yang sebegini mempunyai empunya laman yang rajin, bersungguh-sungguh untuk berniaga.
  2. Baca terma dan syarat yang telah disediakan dilaman jualan. Mesti mempunyai cara bagaimana untuk dihubungi.
  3. Telefon atau email kepada empunya laman jualan bertanyakan barang yang ingin dibeli, sebolehnya jadila rakan kepada empunya blog. Empunya blog pun kawan juga kan?
  4. Setelah mendapat maklumat balas dari empunya blog, barulah buat pesanan barang yang ingin dibeli. Pilih barang yang agak murah dahulu tetapi berkualiti baik. Beli sekurang-kurangnya satu dahulu.
  5. Pastikan bukti pambayaran disimpan serapinya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul dikemudian hari.
  6. Hubungi empunya laman jualan sekiranya masih belum menerima barang yang dibeli setelah 2 hari. Dapatkan tracking number dan buat semakan dengan pejabat pos.
Bila sudah dapat, apalagi. Gembirala kan? Boleh beli lagi di lain kali ;) senangkan?

Selain baju ala-ala korea yang aku dapat semalam, adalah kain pasang cutton inggeris. Aku beli 6 meter dengan WhiteyMommy'sBlogshop, baju hari raya untuk 2011, miahaha... Sepasang dengan cikOni, mrABi? tunggu la seru dia datang nak buat baju melayu atau tak.

Cantik dan manis aje.

Kali pertama beli dengan WhiteyMommy, huh! cantik weih. Yang penting kualiti kainnya, walaupun cutton, tapi tebal, sejuk dan nampak baru. WhiteyMommy memang pandai pilih, orang kalau dah minat cutton kan?

Aku disuruh memilih? pengsan. Sebab tu aku lebih rela suruh orang belikan. Haha... Sesuai dengan harganya yang berpatutan dengan kualiti kainnya, bukan calang-calang kain ok. Jika nak dibanding dengan kain dua pasang kurung cutton aku. Pertama basuh sekali dah koyak rabak, buruk terus. Haha... yang kedua pulak, beli siap kainnya kasar dan nipis.

Apa yang penting berhati-hati dan kena menjadi teliti dalam membeli belah secara online. Biasalah kan, kuasa wang ni, apa-apa pun boleh berlaku. Lebih-lebih lagi penipuan.

~)@ Jangan ikut nafsu bila bershopping ok, makan diri.

12 comments:

Salina@IbuAqil said...

Suwetttt!!!!

Shiqa Nawar said...

akak, minat kain ctton gak ea? shiqa masa raya ari tu 1st pkai cton. comey sgt.wakakak (perasan) lebih kain shiqa mak watkan utk anak sedara. kiut je tgok. kalau oni pakai mst cute :) pssttt.. ari ni shiqa pakai baju raya ctton tu g skola :P

Bee said...

Uitt. .bila ada entry ni. .tadi mai tkde pun. .hahaha. .cehh raya taun 2011 dah siap pikir nk pakai bju ape eh? Bwek

Ati Masrif said...

info2 yg berguna tu cha...

cotton tu tak basi ke tgu next year...huhu

Iman's Umi said...

Sy bru 2 kali beli online, ok memuaskn hati. sekali beli legging minnie Iman, kali kedua beli shawl, tu je la.

Unknown said...

fuulaamakk aiii..haa
baju raya 2011 dah beli..cayalah ch@...
nanti tak yah berebut dgn orang ramai kan...
p/s-psssy.. silap2 dekat nak raya nanti pi beli lagi...hee

Suziey Ahmad said...

umangaih..rya 2011 dh beli siap2 dh..ekkek:p bgs..persediaan awal..tunjukla sket baju baru hr ni:p

kt pn suka shopping online..best jek..tunggu je brg smpai:p

@e_da said...

nice colour... cha nanti akak buka kedai tudung online jgn lupa bg support gak tau.. ehhehe

:: Mrs.SyahNia :: said...

nak gtaw jugak...
ain pun baru beli kain ctton ngan housemte..
cantik n sweet2 gak cam akak nya..hihi

kene tggu lagi sthn la yea
nak tgk akak n cik oni baju sdondon ;P

ch@ said...

ibuAQiL:
siapakah yg suweet kak? kita ke? hahaha... very big thank you ;)

shiQa:
sukaaa cutton sebab nampak mcm pempuan kampung² je ;)

kakBee:
harus la ada entry, akak datang cepat sangat. kelam kabut nak menaip. kena fikir sekarang kak, masa berlalu amat cepat.

kakAti:
basi tak basi, asal cantik. kita tak ikut trend kak. hehe...

umiIman:
banyak kali dah beli online, tapi setia pada satu² blog aje. shawl kita tak sampai² ni. adehhh!

pakLan:
betul pakLan. beli lagi takut-takut tak boleh pakai. aiyakkk...

[-suziey-]:
malu ah nak tunjuk baju baru, haha... bestkan beli online? duduk tunggu barang sampai je.

kakEda:
shawl kak, shawl... boleh jadi blogshop kita. hehe.

Ain:
kalau ain pakai cutton lagi la mcm pempuan kampung betul. ayu je. cutton bunga kekecik lagi nampak sweet.

tunggu la setahun akan datang.

Unknown said...

apa tak syoknya beli online...beli2 je tak yah beri cash...hee hee

ch@ said...

pakLan:
hahaha, bukan la pakLan, takut masa raya akan datang tak boleh pakai baju sekarang. Adeiii...