Ada apa dengan mess-night yang aku teringin sangat nak pergi tu.
Masa single-single dulu nak ikut serta, segan. Ye la, still kawan-kawan gitu. Malu. Bila dah kawin ni, ingat nak ikut la, malangnya kena jaga anak la pulok. Kesiankan?
Mess-night ialah majlis makan malam yang penuh istiadat atau protokol. Dihadiri oleh pegawai sendiri atau bersama pasangan. Kalau boleh majlis ini tidak dicemari dengan sebarang bunyi sudu berlaga pinggan. Memang bersopan. Pakaian pula mestila vouge lagi gojes lagi blink-blink lagiii superb bagi pasangan dan uniform khas untuk pegawai sendiri.
Biasanya diadakan di hotel-hotel atau pun ballroom yang bertaraf bintang-bintang. Meja makan juga telah di booking awal-awal, terdapat nama pegawai dan juga pasangan di tempat makan masing-masing. Ni yang best niii.
Ok, yang aku terangkan tu, makna mess-night mengikut kefahaman aku sendiri, ye laaa aku tak pernah pergi wei, jadi aku bayangkan aje mengikut penceritaan mrABi.
Semasa latihan kepolisan mrABi telah didedahkan dengan fungsi setiap satu kutleri yang bersusun di atas meja, penggunaan set sudu dari bersaiz besar hingga kecil, penggunaan gelas pinggan cawan setiap saiz. Semuanya mesti digunakan mengikut kesesuaian.
Mungkin ini juga penyebab mrABi tidak membawa aku menyertai majlis berprotokol ini, aku ni kampung sikit, mulut kepoh jangan dikata, tambah-tambah main selamba kodok je. Kang ketawa kuat-kuat siapa yang malu, lagi-lagi bila dah jumpa geng. Lupa diri.
Tapiii aku senang serasi dengan majlis. Entahla, alasan dia tetap cuma satu, jaga anak kat rumah. Pilu weih. Geng aku ternanti juga kehadiran aku. Maafla kawan. Hehe... Jadi, sampai sekarang aku belum pernah, makan di hotel atau bermess-night.
~)@ Hujung bulan ni dinner kompeni =) tema satu Malaysia, rasa nak pakai sari pula. Haha... janganla berharap sangat, tah-tah 'siapa nak jaga Oni' erk...
19 comments:
penuh protokol yek.. kalau akak tak leh pegi kot... kena makan ngan sopan sebab biasa sudu garfu mmgberlaga.. hihihi (selamat makan pakai tgn mesti takde bunyi apapun) hihi
akak pom ade kwn mcm ni..byk baju dia tau..yg gojes2 mcm awk ckp tu..siap pi kusus etika meja mkn tau...hehe...pasti susah kn masa mkn..mcm xkenyang je sb ikut etika tu...
HikHikHikHik Cha!!! Cha keje ngn PDRM jgk ke?!!! Lahai... 1 Kapal upenya kita ni erk.. Ke Mr.Abi awok 2 pegawai berpaku2.. Ngeh3!!!! Akak x pnah dpt undangan Mess Nite.. Kalo dpt pn rasanya kene jdi RATU DAPUR ler jwbnya.. ;op
alah sian nya umi cikoni ni ni kena tggal sbb nak jaga cikoni..takpe2..next time cikoni besar leh pg ber mess-messan ea..hihihi
Uih nk kena berbaju gojes plak ek...hmm klu sy pantang ada baju baru asyik nk pakai je, abes mana nk gojes lg...xpela, next time bila cik oni besar skit leh la ikut ye.
ciannyer..xper..bg anak dh besau sikit.pasni jangan lepas peluang..folo je nanti
kakE_da:
tu la pasal, ada kang ayam terbang masuk dalam cawan orang sebelah meja. kikiki...
kakSarah:
geng kita yg pergi tu pun kata makan tak kenyang. kesian. duduk rumah makan macam-macam, ngaaap aje. kursus etika? hehehe...
ibuAQiL:
dapur??? hehe. mrABi baru paku satu, kita paku pakis aje :D
Qellisa:
dia dah besar, mrABi bawak anak daranya je la, maknya still kat rumah jaga anak lain :D
umiIman:
yg attend datin & datuk wak, jadi kenala sama mengerlip di malam hari, kot tak duduk je la dia-diam di meja.
mrsJamal:
hehe... anak besau pun tak poleh joint, kalau boleh yg dah meningkat dewasa atau anak dara. takde peluang lagi la maknya...
pernah dengar...mkn penuh dengan adat dan protokol...tak boleh bunyi berlaga sudu dan berdehem pon tak boleh..ye ker??
tanya skit .. dulu MrABi training kat mana ? Abg misai akak JL di sini .
uissshhhhhh kalo ain..
mau tak masuk nasi ke mulut kak..
nak jaga sgala bnda..
ishhh2 jage cikoni kat umah
lagi bestt kak..hihihi
kak dpt tak emel ain???
Salam cha...hehehe....xyh ber-messnight kat hotel 5star...Kalau ber-messnight bersamam auni lagi la heaven.... heheeeee
intan:
suasananya memang senyap sunyi, kita belum pernah pergi lagi.
kakYanti:
mana lagi kak, PULAPOL Jln Semarak tu la, dekat rumah akak tu.
Ain:
itu la kena belajar sayang... ada pengalaman jadi kita tahu macam mana nak handle suasana tu.
akak dah dapat, nanti akak dah pos akak beritahu ye.
kiyo:
bila nak aktif blog betul-betul niii, jap timbul, jap tenggelam.
perghh semat nyerr mereka..
akak, kalau penuh protokol gini smpai x leh dgr bunyi sudu berlaga pinggan, alamat duk umah je la shiqa.hahaha
shiQa:
itula pentingnya pengalaman pertama shiQa, bila kita tak rasa memang kita kata macam tu, bila dah pergi skali... ha mesti nak lagi :D
masa mkn tu ada muzik atau lagu, so bile hbs lagu,kene benti mkn la..mean leh la cover2 bunyi sudu dgn iringan muzik hehee..pnh join beberapa kali mess dinner hehee
Pdrm sama kot majlis bomba... Hubby sy br naek pangkat.....so xsabau nk mengaktifkn diri dng protokol bagai...y syoknye.. Ble bergaya! ;)
Maj bomba sama ngan pdrm kot..
Oooo..hujung minggu ni nak g mess night suami sy.. tu yg goole ape benda la mess night ni.. tq bg info..
Semoga tercapai satu hari nanti. tapi kalau mess night ni semua duit, mungkin sebb tu kalau insp /asp mmg jarang diwajibkan. nak pergi pun selected by boss. salam perkenalan.
Post a Comment