Thursday, 30 September 2010

Kelam kabut.

Esok sudah Jumaat, sekejap betul masa berlalu, aku rasa baru je pakai uniform Jumaat lepas, dah kena pakai semula.

Kepala aku berserabut sungguh hari ni, hati aku tidak berapa tenteram, aku pun tidak tahu mengapa, ingin sahaja terbang lari pulang. Macam-macam benda tidak terurus dengan baik.

Satu report siap, esok ada banyak lagi menanti, dah tinggal seorang semua kerja kena galas sendiri. Satu-satu terpaksa aku senarai, untuk aku susun supaya senang aku nak selesaikan.

1st time diorang keluar makan naik satu kereta dengan aku, aku yang drive, muahaha masing-masing insaf rela naik kereta sendiri dari aku yang memandu. Bukan aku tidak sound awal-awal. Haha... kan dah. Kecut perut. Walaupun aku tidak drift, tapi aku main redah je, seolah-olah semua benda aku nak langgar. Ya aku memang hilang pedoman bila kereta aku penuh. Sebab, aku biasa drive seorang diri.

Hairan, bila aku drive seorang boleh pula tenang aja. Rilaks, bila semua orang naik kereta dengan aku, mulala semua darah gemuruh naik. Kenapa eh?

Tapi bagus juga, lepas ni aku hanya menumpang diorang sahaja. Haha... kalau nak pergi pun, biarla aku seorang. Lepas ni boleh la lepak dengan kakLong dan AQies. Ngeee...

~)@ Mood ke laut merah. Mess night, annual dinner, adik ipar nak tinggal dengan aku. Aiyaaa....

10 comments:

Salina@IbuAqil said...

Betul lah cha.. Kalo ada owang lain dlm kete exp ayah Aqil -selain Aqil Naim- ibupun rasa mcm x tenang dibuatnya.. Mcm menggelabah jerk.. Itu tak kene ini x kene.. Tp mcm pg td bwk sowang -lepas anta Aqil skolah- akakpun main redah jerk.. ;op

ch@ said...

kan kak kan? ngehehe...

qellissa said...

tu darah gemuruh tu ..hahaha i pon sama tp bukan jenis x bleh org tumpang..i ni jenis bwk keta tak boleh berbual..alamatnya mmg tersesat2 lah..sbb klu berbual mesti leka kan..

ch@ said...

Qellissa:
haha... kekadang kepala otak merewang-rewang.

Unknown said...

jgn dok besa merempit kereta lak ch@..nanti kang turut dik auni...hhmm

@e_da said...

kalau kita bawa org dlm keta kita mmg nerves la.. akak pun sama rasa camtu...

♥SyilaSyira♥ said...

uih...takula nak tumpang cha klo cengginih...hihihi

Bee said...

Hehe. .aku bwk org tkpe. .tp jangan org sblh tu kuat melatah. .mcm mak aku. .huh sakit jiwe. .dia melatah mesti aku tekan break,

:: Mrs.SyahNia :: said...

samalah ngan ain..
bila ada org lain naik
msti rasa gopoh gapah je bawa
aiseyyy org pmpuan
cam gini kot kak..hihi

ch@ said...

pakLan:
huiii kita pun ngeri pakLan, tapi auni pandai merempit, sampai tergolek-golek.

kak e_da:
kan kak kan? rasa macam tak tenteram.

kakSyila:
kita pun lambat sikit la nak ajak.

kakBee:
memang akak dah berani bawa kereta. kita ni P tak habis lagi :D

ain:
tak semua perempuan ain, setengah yg berhati kecil je.