Oiii banyaknya kereta di pagi Isnin ni, sampai jalan tak pernah jammed pun jammed. Agak lambat aku sampai. Takpe janji 4.30 petang, babai kepada opis.
Sejak berumah baru ni, asyiklah nak menatap kecantikkan rumah sendiri, uweeek! Perasan.
Ni aku nak tayang menu buka aku semalam. Ye la, bila buka sesorang macam-macamla dalam kepala sebab malas nak turun pergi bazar. Mula nak makan maggi, tiba-tiba terasa mau buat... errr, aku tak tau nak panggil apa. Pizza Maggie Ayam boleh?
Bahan-bahannya senang aja.
- Maggie ayam (kembangkan maggienya)
- Telur 2 hingga 3 biji (pukul rata)
- Bawang besar dan bawang putih (hiris)
- Daging burger ayam (cincang dan goreng bersama mentega)
- Sedikit garam dan sedikit aji-no-moto.
- Pukul telur, hirisan bawang besar, bawang putih, burger ayam yang sudah digoreng, garam dan ajinomoto (ikut suka) dan perencah maggie ayam. Kasi sebati.
- Bahagikan bahan yang telah dipukul kepada dua.
- Panaskan kuali non-stick bersama mentega, masuk bahan pukulan yang pertama.
- Agak-agak dah nak masak, masuk maggie yang telah kembang, masuk bahan pukulan yang kedua.
- Agak kering. Terbalikkan. Kasi dia mampat.
- Tunggu la sehingga kegaring-garingan. Api perlahan je ye, bagi tengahnya masak ;)
- Siap dihidang dan boleh dimakan bersama sos cili, sos mcD dan apa jua sos.
Nak modified pun boleh, kasi hot and spicy ke. Aku tak suka pedas.
~)@ Ini bukan blog resipi, jauh berbeza dengan blog Che Mat Gebu atau pun sisLin ;)
6 comments:
Kitorg pggl ni Murtabak Maggie
sedap jugak.. boleh try ni... hehe
ehh dulu2 masa kecik ada lah wat menu nih.. masa tu baru2 belajar on dapur gas.. mmg terlupa terus psl menu nih.. thanks ingatkan balik..
umiIman;
Itu lebih tepat.
ibuIman;
Makan dua potong dah kenyang, sebab banyak telur. Siap ada daging burger tu lagi.
mekchu;
Betul kata mekchu tu, ini hidangan budak baru belajar masak. Tapi, my mama tak kasi betul kita masuk dapur.
waaa..mcm sedap je arr.. leh cube ni. hehehe.. *i likeee*
bondaWiya;
buat sendiri semestinya sedap ;)
Post a Comment