Membesar bagai johan, ooowh rindu sungguh aku pada cikOni masa dia jatuh sakit hari tu. Sekarang, dia kembali semula dengan keletah dan perangainya yang lebih advance dan mencuit hati.
Umiii betul-betul tak sangka anak umi dah besar, semoga terus diberikan kesihatan yang baik untuk menempuhi kehidupan yang lebih warna-warni.
Eh, tiba-tiba emo pula pagi ni, bukan apa, aku sungguh teruja dengan perkembangan dia. Macam tau-tau aje aku kena bangun pagi, dia lebih dahulu bangun, mengomel dan membebel. Sumbat selimut dalam mulut. Nak susu.
Bila mata aku celik, dia sengih pada aku. Alaaahaiii jatuh hati betul. Bila aku bangun nak buat susu dia, dia bangun juga berjalan kejar aku. Huiii terus je aku dukung bagi kiss. Mengekeh dia gelak.
Bila aku solat, dia duduk sebelah aku. Diam memerhati, langsung tak bergerak. Mujur solat Subuh dua rakaat, elok je aku memberi salam, menadah doa, dia duduk depan aku sebelum bersujud gaya dia.
Alaaa... comel betul. Tiru gaya aku bersolat. Aku angkat dia duduk atas pangku sambil tadahkan tangan dia, berdoa. Habis doa aku sapu tangan comel tu ke muka dia, sebelum sapu ke muka aku pula. Aku ajar dia bersalam.
Tapiii... dia salam, part kiss masa salam tu dia keluarkan lidah dia. Suka betul dia mengenakan aku. Terus je dia bangun ambil komik mrAbinya yang memang dia sepahkan.
Bila aku pakai tudung, dia dah tak sabar, tahu-tahu aje nak jalan, aku pun bergegas, pakaikan dia kasut, kemas lebih kurang, salam mrAbi terus keluar dapatkan cikOni yang dah menunggu.
Laju je dia keluar, tak toleh kiri kanan dah, menonong. Bila nak di dukung, dia nak turun, bila dah turun nak dipimpin, dia nak jalan sendiri-sendiri. Huh, sombong betul. Lepas tu habis dikutip semua sampah kat tepi koridor tu.
Tu yang aku jadi geram. Hahaha tapiii part paling aku tak boleh lupa dia bersujud pagi tadi, sampai kat office terbayang-bayang. Cepat sungguh dia belajar.
A for Auni, dia memang tau nama sendiri.
Bila aku baca tentang perkembangan kanak-kanak sebaya dengan cikOni, hampir kesemuanya cikOni dah boleh buat, ada beberapa part cikOni mendahului, aku pun tak percaya sebab cikOni baby 35 minggu.
Cumanya, aku risau macam mana mahu menggalakkan cikOni suka makan. Sebabnya, dia lebih suka pegang makanan tu dan bersepah. Huiii, sepah tu tak kisah, tapi peratus makanan masuk mulutnya lebih sikit dari yang bersepah. Macam mana tuuu???
Sila bagi tips senang kat aku, ceh nak yang senang aje kan? hahaha...
~)@ Baiklah, tajuk tu ada la kena mengena sikitkan, hahaha... aku sangat happy hari niii, jangan ada yang men'spoil'kan ke'happy'an aku ya.
Cumanya, aku risau macam mana mahu menggalakkan cikOni suka makan. Sebabnya, dia lebih suka pegang makanan tu dan bersepah. Huiii, sepah tu tak kisah, tapi peratus makanan masuk mulutnya lebih sikit dari yang bersepah. Macam mana tuuu???
Sila bagi tips senang kat aku, ceh nak yang senang aje kan? hahaha...
~)@ Baiklah, tajuk tu ada la kena mengena sikitkan, hahaha... aku sangat happy hari niii, jangan ada yang men'spoil'kan ke'happy'an aku ya.
8 comments:
cik oni suka buat sy geram la ngn gaya tdo dia. ngeeee
Smpi A Cik Oni pn kaler ijau...isk3...x lenguh ke tgn dia tido gitu tu?
yann geramlah tengok cik Oni ni. cumellllllll sangat. :D semoga dia sihat & membesar dengan baik. :D
cikShiQa;
haha, dia mmg tido dgn sng hati, kat mana2 je, puas mrAbi kejut, tak lyn dia.
umiIman;
haha, dia lenguh dia pusing sendiri.
yann;
haha, ada anak sendiri nnt, lagiiila geram tau.
mesti sweet kan pengalaman jd seorang ibu..lbih2 lg ade ank yg kiut =)
shaa;
haha, sgt sweet. siapa yg rasa mmg satu pengalaman sgt manis.
makin bijak dia ye... pandai pulak tau nama dia huruf A... bebudak ni nak makan kdg2 mmg ikut mood diorg ad amasa mmg tak nak
@e_da;
ooo mmg mcm tu ye kak, takde pengalaman laaa...
haha, itu huruf pertama yg dia dapat cabut sebenarnya. makin besar, makin panjang laaa akal dia.
Post a Comment