Sunday, 27 June 2010

upah si cerdik

Terima kasih atas ucapan dan doa ulangtahun perkahwinan, terharuuu sangat. Tiada sambutan istimewa pun, huh! mrAbi, bukannya ingat tarikh² penting macam tu, birthday aku pun kena reminder. Tak kisah la janji aku tau dia memang sayang kat aku, eh! pe citer ni? haha, melalut sudah.

Hidangan seperti nak buat jamuan

Hari pertama aku kat rumah papamama, dijamu masi lemak mama. Lepas tu apa lagi jadi ular sawa kekenyanyangan. Bersiap balik rumah atuk kat Machap. Aiii, dari cikOni 2bulan, sampai dah setahun, baru jengah balik. Lupa diri punya cucu.

Citer perangai budak cerdik ni kat rumah tokmamapapanya. Ye, sangat manja dan ngengadanya ya. Asyik mau aku, aku, aku. Tu la akibat jarang sangat balik kan? Kesian tokmamapapanya tak puas menggelek.

Kereta batman warna pink. Ahaks!

Sayang punya pasal, satu²nya cucu tokMama hadiahkan sebuah kereta pada cikOni. Kasi upah. Tak suka sangat naik, tapi jari comel tu sibuk menekan hon. Aiii, bising bunyinya. Meriah.

'umi...!!! apa password blog Oni?'

Tak tahan tengok aku blogging, facebooking, sibuk dia nak joint sama. Bukan main, cepat je dia belajar. Bukan calang², menekan keyboard kalahkan aku. Laju wei, tak payah pandang monitor. Ngehehe.

~)@ cikOni ke? atau aku yang berdebar menanti 2 Julai ni? hahaha...aku nak makan kek. aku nak makan kek. wuhuuu...

2 comments:

Iman's Umi said...

Mmg hebatla Cik Oni, bukak FB ye? Buat en3 kt blog uminya? Hehehe...x lama lagi, en3 ditulis oleh Cik Oni la plak ek...

ch@ said...

umiIman~ hehe superb dia ni.