Wednesday, 9 June 2010

tak stabil

Ngengada sangat nak pergi kerja jugakkan? hah! padanla muka. Jari semua dah kebas, boleh menaip tapi tak boleh menulis. Pe jadah?

Mata pun belum pulih sepenuhnya, gatal jugak nak drive sendiri, kan? dah kejap nampak kejap tak nampak je.

Bukan aku tak mau sambung MC, tapi sejak opis ni laksana kuasa 'lock period' time di mana, tidak boleh bercuti dalam masa² tertentu membuatkan aku rasa benci gila nak cuti. Benci sesangat mau apply cuti. Grrr...dah la kena apply guna sistem, ok la masih dihujung jari, dah tu kena print pulak jumpa bos face to face. Cuti sakit je pun, cuti satu hari je pun, kecoh. Dah sakit nak buat macam mana. Aku tak faham betul ngape ada sistem ni.

Takkan la kerana tak kuasa apply cuti je aku nak resign kan? heh! tak munasarawak langsung. So aku redah gak, bagi satu opis bercuti time² ni, sakit. Nak kata apa. Ada sijil cuti sakit maaa...

Dua hari aku tumbang, tak boleh bangun langsung, sebadan bisa. Ooo...aku tak pernah begini weih, last aku rasa macam ni masa lepas bersalinkan cikOni. Flet. Angkat tangan tak mampu. Menggigil bawah selimut. CikOni yang aktif itu, aku serahkan seratus peratus pada mrAbi. Amin, semuanya terkawal. Layanan mrAbi 4.95 star from 5, aku bagi.

Dari mandi, bagi susu, bagi makan, bagi layanan pada cikOni, kemas rumah semuanya mrAbi, kelasss i love u abi. Kena bagi special gift ulangtahun perkahwinan nanti. Apa ye gaknya kan??? hehe.

Tak sabar aku mau keluar lunch ni, jemariku sudah membeku, rasa mau pergi sauna.

~)@ Doakan aku cepat baik, rasa macam tak complete bila sakit begini datang. Sakit itu rahmat. Aminnn @(~


6 comments:

Iman's Umi said...

Siannya, cpt2 sembuh ye...sistem mmg x pernah complete, wlu dh hebat mesti ada kekurangan, tgk kekurangannya, smpi ch@ se3gan nk cuti...

ch@ said...

umiIman -> terima kasih, tu la tu.

Mak Jemah said...

suh cik oni kiss..nanti ok la demam tu

ch@ said...

missOren -> tkt jangkit kat dia smula, tak nak la...

qellissa said...

da baik lum demam tu, semoga cepat sembuh ea..by the way nak tanya nape x leh jerit kat cbox tu..invalid registerd user katanya..huhuhu

ch@ said...

qellissa -> beransur sht, tak boleh ke? rasa kite takde block apa² pun.