Rumahku syurgaku.

Friday, 26 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah pun 17 Ramadhan, nuzul alQuran. Wall FB, penuh dengan mereka update majlis berbuka bersama kawan-kawan, keluarga di hotel, di restoran, di gerai, di mana sahaja asalkan bukan di rumah. Baik yang bersendirian, berkeluarga, beranak-pinak dan bergeng jamboria, majoritynya berbuka bersama. Hrmmm...

Tahun pertama aku tidak berpeluang berbuka di mana-mana pun. Jika sebelum ini, ada jugala jemputan daripada tempat kerja, sekarang tiada lagi. Jemputan ada, akan tetapi hendak sampai ke tempat yang disebutkan memang aku tiada daya, apatah lagi memandu sendirian. Sudah menjadi pengurus rumah tangga ini, aku rasa bersalah betul jika mendapat jemputan daripada kawan-kawan. Aku jadi tersangat merendah diri.

Orang cerita pasal kerja, pasal bonus, pasal gaji, pasal kenaikan pangkat, pasal bisnes, pasal tempat bercuti, pasal suasana kerja, pasal jalan raya, sedangkan aku? melopong. Langsung tiada kaitan dan kena mengena. Aku rasa macam kredibiliti aku jauh tertinggal daripada orang. Siapa je la hendak mendengar keluh kisah alkisah seorang emak yang menguruskan rumah tangga, sedangkan mereka juga membuat kerja surirumah yang sama seperti aku, malah mereka berkerjaya lagi. Hrmmm...

Abi pun, lebih mudah menyolokan diri bila jemputan di luar Selangor. Tidak kuasa hendak berulang alik rumah ke bandaraya KL tu, sudah penat memandu kena pula melayan anak-anak yang sentiasa bergerak cargas. Aku? sudah tentulah akan berjamboria menyembang tidak ingat dunia. Sesekali jumpa kawan, mau tidak cerita segala yang berbuku. Bukan selalu. Lebih baik kami di rumah sahaja.

Kebanyakan hari aku berbuka dengan anak-anak, namapun makan dengan anak-anak, yang mana sempat je la aku makan. Tidak dapat hendak feeling lebih bila makan dengan anak-anak ni. Maklumlah, masing-masing ada perangai sendiri.

Akhirnya Arrizqi dapat mandi kolam dan demam selsema selepas itu.
Main suap-suap, auta sajala tu.

Siapa yang lebih ligat, Arrizqi atau Adli? hrmmm... Arrizqila.

 Si cinta, si hati, si jiwa. Peneman setia emak.

 Sweet dream korang. Jangan lupa mimpi umi tau. Ngeee...

Setakat ini memang tiadalah yang sudi hendak membawa kami berbuka di luar, tidak tahulah minggu akan datang. Setiap tahun bekas pelajar sekolah aku tidak lupa untuk iftar bersama hari akhir Ramadhan, in shaa Allah tahun ini, aku ada. 

Nota hijau: Namapun surirumah, semua pun di rumah sahajala... redha je la.

16 pasang kaki:

Nad MamaZN said...

Sedikit sebanyak ada persamaan cha ngan kak nad...
Sabar banyak2 ye
Ganjaran utk kita in shaa Allah akan ada jugak nnt
Maybe bukan dlm bntk wang ringgit tp dlm bntk lain...
In shaa Allah..
Apa2pun kak nad mmg kagum ngan cha
Wlau dok rumah tp dpt handle 3 askar
Kemas umah bagai setiap hari
Ada hobi lg yg perlu dilayan
Perghhh
Kak nad ada sorg jek kawan mcm cha
Org sesabar cha, sekreatif cha
Anak2 pun bijak belaka alhamdulillah...

Mama Kembar 3 said...

Jgn risau jgn sedih cha. Berbuka kat rumah dgn anak anak lagi best dr berbuka kat kedai,makanan yg simple pun jadi lagi sedap sebab anak anak depan mata kan :-)

Fizah said...

yeahhh..caiyok cha..!! =D

Puan Bee said...

chaaa .. bee duk update berbuka di rumah je , blum sempat keluar berbuka di luar ... ni hari ahad baru nak keluar berbuka di luar , rasanya mcm tahun ni masa tk cukup manjang .. banyak benda nak di fikirkan apa2 pun hal anak2 dulu , sekolah , baju raya semua beli sikit2 tk macam dulu2 sekali shopping mak pak anak .. skrg tk boleh sbb ramai .

apa pun hanya surirumah memahami semua ni kannnnnn

Sweetmama said...

cha jgn la rendah diri n sedey sgt, ala cha mereka yg bekerjaya ni pening dgn masalah kerjaya plk..lg pening sbb kena pikir kerja dan rumah, surirumah ni yg beshnye x perlu pk pasal masalah di opis dh..tumpuan mmg pada kerja rumah dan anak2..
k.eija masih sudi nak berkawan dgn cha tau..

cha bagusnya diorang kalau sorang tido semua pun ikut tido ek..

mama ila said...

hehehe..macam2 ragam kann...letih2 pun..seronok tengok diaorg.. elok pulak yer diaorg bertiga tdo serentak =)

rahifah aziz said...

seronoknya tgk dak2 3org tu....nnt diorg dah besar,ko plak rasa sunyi....hehe

Jue a.k.a Ibu 2F said...

tetiba rasa sedih pulak baca n3 cha...
dik...
jangan terlalu merendah diri...
sama je ngan org lain...
cha lagi bertuah dapat mnguruskan anak2 sendiri...
besar anak2 didepan mata...
kak jue pun berbuka pose kat rumah...
sekali je buka puasa kat luar tahun nie...
akak nie namanya berkerja dik...
tapi kehidupan akak sama ngan cha jugak...
jarang akak dapat berjimba2 dengan kawan2 sebab tengahari masa akak full dihabiskan dengan farisyah...
jadi jangan sedih2 tau...
tahun nie raya mana...
akak raya JB....



ps:kad raya dah sampai tapi tak ambil gambar lagi jadi tak buat n3 lagi...
nanti akak buat n3 ye...
terima kasih tau...

Masya said...

alah jgnlah rasa rendah diri ... tp kdg² emosi mcm tu mmg x blh nak kawal ..

sama jer.. sy pun stakat ni buka kat rumah jugak, x berkesempatan buka kat luar .. kalau luar rumah pun masih dirumah jugak, rumah mak, rupar mertua, umah ipar, rumah buyut huhuhuhu.... lg selesa kot berbanding kat luar..

eima said...

ingat mudah ke dok rumah ch@ aku tak mampu .. klu aku lebih rela bekerja kot .. tak mampu kot nk dok rumah .. tak heti nk kena buat kerja ... klu kat opis ni rileks byk dr keja ...

kirenye ko hebat ..hanya org yg mampu je boleh jd cam ko ...

Fizah said...

ku da hapdet fridge magnet hang..just in case ko terlepas pndg blog suramku...;p

http://siocakecil.blogspot.com/2013/07/nuffnang-dan-fridge-magnet-serta.html

IntaNBerliaN said...

jgn sedih2 yer.. saya pun suri umah jugak.. kita pun ada kelebihan :)

ch@ said...

kakNad:
komen kakNad selalu je menyentuh perasaan kita. bergenang air mata ni sbb terharu sgt ada org menghargainya. btl kata kakNad tu, pelangi akan ada selepas hujan, kadang2 pelangi tak muncul dan akan muncul pd hujan yg akan datang. terima kasih kakNad sebab sgt menghargai.

kakNani:
hrmmm, kadang2 perasaan negatif tu lbh menguasai yg positif kak.

Fizah:
sesusah je buat entry. wassapp kata dh sampai je pun xpe la. cayok!

Bee:
statement last tu btl bee. sbb aku rasa mmg sgt beza bila aku berkerja dan naik pangkat pengurus rmh tgga.

kakEija:
thanks sis, u are so sweet. setiap kali kakEija komen rasa sgt dekat ja.
ha a, sebab bila sorg jaga takde kawan akan bosan. tu yg tdo sesama.

mamaIla:
letih pun mmg redha je la. nak tak nak mmg kena buat jg kerja rmh bagai.

Iffa:
lama lg tu, nak tggu besar. tggu auni je skolah thn dpn, mmg sunyila pasal dia paling kecoh skali.

sisYana, kakJue:
sesekali nak juga kak merasa makan di luar. jemu kot mkn bazar je. mkn air tgn sendiri. rasa pun sama je dah lali, org tak pandai masakkan?

takyahla buat entry. harap akak suka. thn ni turn Johor. in shaa allah.

Eima:
pemikiran ko sama ngn suami aku. hahaa. dia siap nak gajikan maid tapi aku yg jual mahal. taknak. tak reti ada org lain dlm rmh.

IntanBerlian:
ye ek? kelebihan? hrmmm... mungkin kita blm sedar lg kot. apa kelebihan kita. hrmmm...

Fiza Rahman said...

Alaaa...sedih jer bunyinya.

Berbuka kat rumah lagi best.

ch@ said...

FizaRahman:
emo je sikit.

ch@ said...

FizaRahman:
emo je sikit.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in