Thursday, 25 April 2013

CD, long time no story.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan Compact Disk tapi Cloth Diaper.

Ahaaa, Auni sudah berjaya menjalani latihan ke tandas, sebelah malam pun sudah boleh dikatakan berjaya juga walaupun sekali dua ada bolos. Auni yang cerdik, bila kencing bolos dia gegas terus mandi dalam bilik air. Mandi sendiri, siap main sekali. Pilih baju pun sendiri. Jadi, bila dia turun bawah dengan muka berseri-seri maknanya dia kencing atas tilamla tu. 

Abi pun sudah daftarkan dia ke taska untuk sesi tahun depan. Oh Tuhanku, aku berkisah di bloghijau ini, sejak kehadiran Auni, sehinggalah kelahiran dua lagi adiknya. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku untuk terus menulis. 

Bila latihan ke tandas sudah berjaya, makanya penggunaan Cloth-Diapers pun sudah bertukar empunya, dahulu Auni-Adli, sekarang Adli-Arrizqi. Akhirnya aku berjaya membeli hanya satu paket Drypers M dan L, untuk kegunaan kecemasan ataupun kegunaan sekiranya keluar bercuti [ada ke? berangan je] ala, balik kampung la senang kata. Boleh juga digunakan ketika keadaan cuaca yang sentiasa lembab, maklum sajalah cloth diaper ni, pocket nya mudah kering tapi insert mengambil masa untuk kering.

Aku mencuci CD-CD ni secara berasingan dengan baju harian untuk mengelakkan ampai penuh, ruang ampai aku tidaklah begitu luas, meskipun aku menyidai penuh tatatertib. Ahaaa, sidai baju pun aku skema ye, biar nampak cantik je daripada dapur. Itu je la pemandangan yang aku rasa hebat dan menarik. Belakang rumah kot.

Sehari, Adli-Arrizqi menggunakan dua hingga tiga CD sehari, saat paling 'bahagia' apabila, baru pakaikan CD keduanya membuang serentak, ahaaa ambil masa sedikit untuk mengerjakan CD-CD tu. Satu yang aku suka bila gunakan CD ni, tong sampah tidak berbau najis. Aku pening betul bila Adli yang membuang dalam pampes, hendak pitam rasa kerana dia sudah makan macam-macam. 

Arrizqi tidak menggunakan saiz yang sama dengan Adli-big brother harus la yang besar-besar sahaja, mujur masa beli dahulu aku beli juga yang kecil sedikit saiznya, itu pun aku ubah juga kedudukan butang menjadi sesaiz Arrizqi. Untuk Adli aku tidak ubah sebarang butang sebab aku malas, hahaea.

 Adli-Arrizqi's CD.

Ni je ruang ampaian.

 Suka tapi malas betul tiba part ni-gambar fail.


Statik je bilangannya, malas hendak beli lagi.

Bila sudah banyak yang sudah dicuci dan kering, mulala aku hendak mengeluh kerana part yang aku malas tapi kena buat juga, masukkan insert dalam pocket, huaaaa... Tiba masa menyusun dalam laci, semuanya sukakan, baik Auni baik Adli sebab ada warna pelangi. Wiii...

Nota hijau: Pening bila tiba masa untuk strip wash. Eh, ni boleh masuk home organizing ke ek? hahaa, bila sudah terjebak.

18 comments:

nad said...

Ofkos la ini adalah satu home organizing =)
Klu kak nad jd cha, org lain xleh sebarangan usik atau tolong kemas sama brg2 dlm umah ni..sbb nanti mesti lain dgn apa yg kita dah biasa.tak pasal pasal nnt kita kena kemas semula..tu kak nad la, cha camtu x? =)

yantisa said...

rajinnya umi ini ..

mamaarifakeemaisy said...

Cantik tersusuh :-)

Syok tengok..

syawalsimpsons said...

sama la ngan sue, pon part paling M beso benor bila nak melipat CD2 ni kan..mmmm...tapi susun atur ruang CD mmg terbaik...sue pon simpan2 gitoo..suke bukak lemari..bila tgk, alahai, cumillnyer pelangi2 bagai..tp CD si izz ni plain je la..malas mak jemah ni nak beli yang corak2..kakakka..kedek kekdahnyer..kakakk

Fizah said...

yeahhh itu diaaa...baek punya susun...sungguh K.E.M.A.S..!

tabahnya cha cd-ing anak3...sy kan, dulu rajin sekejap pastu dah serender...guane tu? cuba cha share tips acane nk jd rajin...itu pentingnya blog...kita blh share2..tak gitu? ;)

ni citer cd sy yg separuh jalan...last2 berpampers jugakkk...mmg tak tahan bau tong sampah...hari-hari rasa nak buang sampah pasal baunya amat...dahsyat...ngee

http://siocakecil.blogspot.com/2011/08/al-kisah-cloth-diaper.html

ce citer..ce citer

Siti Fatimah said...

kemasnye...teratur je semua CD2 tu...

eima said...

hmm ko mmg rajin kan ..aku tak mampu wei ... kagum kagum

Jue said...

memang rajin umi nie ye..
weekend ni ada rumah ke???
kot2 mana tahu ada tetamu tak diundang..
hehehehehehe

eija_sweetmama said...

mmg boleh dikategorikan sbg home organizing
tgk la elok tersusun kemas je CD² tu..

tahniah auni dh free diapers..

Unknown said...

omak ai.. Banyak dan tersusun.
Sayang nak usik. Ihiksss.. klu cmni punyer tersusun memang biar je dalam tu tak berani nak pakai.
heheheh..

Masya said...

boleh jadikan panduan untuk akan dtg..

ch@ said...

kakNad:
orang lain susun tu, biar je la dulu. nnt rasa tak puas hati ubahla balik. hihiii.
yg ni mmg kita je la yg kena buat. so ikut citarasa sendiri je la,

kakYanti, kakIeyna, SitiFatimah, Eima:
emak, malas2 pun kena buat juga. jadi, bila kena buat benda tu jadi biasa.

Sue:
kita beli semuanya masa sale. skali beli sampai 10kpg, duit mnta kat abi. hahaa.

Fizah:
kadang tu malas juga, bila malas alamat rmh jadi karam.

kakJue:
in shaa Allah ada, abi kerja hari Sabtu. roger tau.

Eija:
tq aunty Eija - Auni.

Lynd:
itu membazirla, beli tapi tak guna. apadaa.

Yana:
smg dapat manfaat sama2 ye Yana. kita kongsi je.

sal ya said...

ada lima helai je CD. bercadang byk kali nak beli baru. entah bila blh beli entah la. adeh...

ch@ said...

kakSal:
azfar dah besar, sebaya Adli kot. potty training je kak.

xCLuSiVeLy XpReSsiNg by Hayatie said...

Saya suka tengok CD yang baru lepas dibasuh dan dilipat, so colorful...heart CD'ing :)

Unknown said...

Ch@, minta kebenaran nak share idea ni kat blog hidupkurumahkuterurus.blogspot.com
Idea ni saya share sebagai entry pertama untuk ruangan Idea Anda..Jom kongsi.

Kiranya saya ambik idea ni saya guna kat rumah saya dan saya share kat blog dan semestinya saya credit to ch@ jugak.

Bleh la..bleh la..

ch@ said...

HayaieHashim:
tgk mmg best, hendak menguruskannya tu pun best juga. hahaa.

Lynd:
hah? okok, jgn lupa kredit ek. kita share sama2.

ct said...

saya pun ber'cd gak..tp ms ank sulung tu hangat2 tahi ayam je sbb mls nk basuh n lipat..kena plak bila jd mak buyung kembali..huhu..skarg masih ber'cd tp dirumah shj..pernah cuba bg kt nursery utk handle cd ni tp diorg lmbat tukar kot..blik je hbs merah montot ank..huhu