Tentang puri lenyek, Adli dan Auni.

Monday, 9 July 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Since, Adli sudah 9 bulan aku buat makanan Adli agak kasar sedikit. Muka dia nampak tensen benor bila tidak dapat mengaplikasikan 6 batang gigi yang cecomel tu [4 atas 2 bawah] apabila makanan dia terlalu halus dan cair.

Adli sudah pun makan macam-macam cuma belum lagi yang pedas. Auni je yang pandai makan pedas siap bersulam airlah. Lama-lama kembung air aja.

Balik daripada rumah mertua semalam, abi tidak singgah untuk beli barang dapur tambahan lagi Auni dan Adli tidur macam orang kena pukau. Tidak sedar diri. Akulah yang gegas turun semula pergi pasar sementara abi jaga Adli dengan Auni memikirkan peti memang sudah kosong. Semput aku membersihkan peti ais. Hahaaa.

Puri bubur kosong je tidak sempat untuk disiapkan, malam ni lah buat stok seminggu macam biasa. Hari ni, guna bubur sejukbeku minggu lepas punya.


Menu atas adalah diantara kegemaran Adli, menu bawah adalah paling digemari Auni. Macam manalah demok Adli tidak menjadi-jadi. Mengembang saban hari. Menu dia sahaja ada tiga, semuanya semulajadi, rebus dan kukus malah menu kegemaran Auni pun dia boleh bedal sama. Auni? dia dengan manisan-manisan dia sahaja, puri Adli dipandang dengan pandangan tidak sudi. Sebab itulah, Adli sihat manakala Auni aktif [terlebih gula].

Keledek dan epal direbus ditambah dengan oats untuk pencuci mulut dan hidangan petang Adli. Menu utama ialah ayam rebus berserai serta labu bersama kacang panjang kukus. Tehehehe... Kesemuanya, aku lenyek kecuali ayam. Tidak larat rasanya hendak melenyek ayam diwaktu mata sudah hampir tertutup.


Sangat susah hendak ambil gambar ini budak. Dia sudah pandai merangkak, duduk, memapah, bermain babacak, mengucapkan selamat tinggal kepada orang, menjawab dan menoleh bila namanya dipanggil Adli atau pun Aie, memunggah mainan, berkemas, memanggil orang untuk menemaninya, bermain laga gigi, minta mandi, melarikan diri apabila dikejar dan tidur sendiri. Proud to Adli.

Kakak Auni? sejak sudah berumur 3 tahun ini, tidurnya sudah jadi terbalik. Siang dia tidur, malam dia main. Sangat ketara becoknya murai mulut berbibir seksi itu sehingga abi gelarnya burung hantu. Kejutlah macam mana sekalipun, ugutla apa sekalipun, buatlah apa sekalipun dia tidak akan bangun. Mulut sahaja menjawab sedangkan mata masih tertutup.

Aku sudah betah dengan perangai Auni, badan aku pun sudah lali dengan tidur-tidur ayam anak dara abi tu. Asalkan ada Ipad, senyaplah dia. Leka. Dia pandai bercakap, pandai memujuk, pandai minta apa sahaja. Aku juga masih belum sempat untuk potty-training Auni. Huaaaaa.... busy benor omak ekau ni Auni.

My little daughter.
Rambutmu tu Auni... Haih!

Muahaha, kan sudah dikerjakan oleh emaknya. Kesian.

Nota hijau: Semua orang tegur aku agak berisi. Mujur sempat aku baca satu artikel, memakai Premium Beautiful menyebabkan lemak dia seratakan seluruh badan membuatkan orang kurus kelihatan berisi :D Aku suka. Nanti cerita tentang PB lagi ye.

16 pasang kaki:

Mama Tun Nur Safiya said...

teringat pulak zama2 buat puri untuk safiya dulu...Gud Job..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

bukan main lagi auni dan kuih2nya....
comel...
adli dah pun makin lama makin bambam acik jue tengok....

Gieyana said...

auni dh mcmkakak Nureen..suka mkn pedas n bersulam dgn air...

Dh besar dh anak teruna uols..:-)

sitiebby said...

askum cha,

rajin je memuri utk adli. potty train auni kena lipatkan usaha ckit. mesti senang je nak ajar auni. mulut pun becok.
siti mula2 potty train anak lps genap 2 tahun mmg leceh, nasib baik mentua tlg ajar tp siang je, mlm masih pake. skrg,tido mlm pun ajar xpake pampers. 2 tahun 8 bulan, ank dh bebas pampers.
mesti boleh punyer, minta abi tlg time cuti.

@e_da said...

ala oni tgk kek auni tu auntie terliur la........... heheh btw comel rambut dia ikat byk2 mcm tu.. tak sabau nak tunggu gegirl i.. hihi

Imaan09 said...

alhamdulillah perkembangan anak2 adalah baik, meskipun bunyinya memenatkan.. rambut auni tu, hahaha..mau pulak dia duk diam didandan..

AzuraFazil DIN said...

mak aii .. rambut kakak ganeh nye... nak plak dia di ikat cmtuh ..

mamalieyna said...

waaa gigi adli dh byk..makin best la mengunyah ni..yummy3x..

rajin omaknye, makin bumbum la adli..semangat!

kakakAuni..alahai, jd burung hantu la pulak dia,..hehe..tp umur camni mmg la kan, tidur tak ikut jadual, arif pun samalah, tidur plak depan tv dgn si abahnye, terjaga sket, mintak nk tgk tv..haih!

ch@ said...

mamaTunNurSafiya:
ahaaa bila lagi hendak memuri semula. tehehehe.

kakJue:
menyesal pun ada juga pilih yg utk bebudak camni, dia kutip gula2nya aja. adli tu takyah nak katalah, sapu bersih.

gieyana:
nureen dahulu baru auni ye gie? nmpk mcm sebaya. hendak mkn pedas tapi tak tahan. sabar je la. Teruna i tu membesar dan mengembang dgn jayanya.

sitiEbby:
wa'alaikumussalam akak,
ahaaa tu la. dah 3 tahun, kena struggle juga ni. ingat taknak pakaikan dah tapi dia tgk adik dia berCD dia pun hendak juga. bila cuti, buat kerja rmh dah terlupa nak training. haih! kena gandakan usaha ni.

kak @eda:
kejap je, pastu dah hilang semua getah rambut tu. emak je teruja.

leaImaan09:
penat? istilah penat tu luas sgt, tak boleh nak dirungkaikan. bila tgk hasil penat tu, adalah berbaloi utk penat. hihiii.

azuraFazilDin:
kejap je, tidak lama kemudian... jadilah semula rambut megi sudah kembang dia tu.

kakIeyna:
miahaha, sua apa sahaja adli tukang nganga. ngap-ngap-ngap. auni tu... entahlah, kita pula kena sesuaikan jadual kerja biar sama2 boleh jaga dia skali.

Masya said...

gelak besar tgk rambut auni kene ikat macam tu...

bagusnya adli nak pakai baju berkolar, amir tak suke.. ibu ni teringinlah nak belikan kemeja pun dia xmoo pakai...

Izan Ishak said...

suka tgk adli yg makin bulat tu cha! gerammmm!!!!

hmmm... kakak auni sudah terbalik jadual tidonya ye. takpelah... tapi kalau dah nak skolah nnti boleh train semula kan...

ch@ said...

yana:
adli takde masalah. baju tu ada hook je, bkn berkolar. kita tak sampai hati nak pakaikan adli baju berkolar, bdk tu tak nmpk lehernya.

kakIzan:
mkn-tdo-mkn-tdo. itula yg adli suka. tak boleh prt kenyang, minta tdo.
auni... itu kalau boleh x mahu tdo. syg sungguh dia nk tinggal aktivitinya.

anisalya said...

tak apa la. sekurang2nya auni nak makan. adli makin hensem. i like.

ch@ said...

kakSal:
btl tu kak, dpt suapkan nasi mmg syurga. adli, nganga je dia.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Alhamdullillah Adli sudah semakin bijak ye.., Ziqry skrg ni pulak cukup suka menggebu baju, kita dh elok lipat & kemas, dia menggebu..huhu

hihi..knape x tunjuk muka Auni setelah diikat rambutnye cenggitu..msti cute..

Imaan09 said...

td datang dah blog ni nk cari info puree..sekali baca entry REZEKi tu terus terlupa niat asal..haha..

nk tanya..
kenapa kena kukus buah tu cha.. klu mentah2 xbleh ek? cth epal..

soalan kedua..
mana2 giant ada ek bekas petak2 bertutup tu? mengujakan btul..nampak comel buh dlm tu..

soalan ketiga..
klu blend pakai blender yang basah ke y kering..?

ok..tq in advance umi..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in