Friday, 27 July 2012

Kad Raya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy 10th month my 'demok' Adli. 

Aku suka hantar kad raya, tah... aku suka walaupun zaman semakin canggih dan berteknologi. Selagi kad raya masih lagi dijual di kedai, selagi stem masih digunapakai, selagi aku ada kudrat dan masa, maka... aku akan terus menghantar kad raya kepada mereka yang masih sudi menerima.

Akhirnya, kad raya buatan tangan ini, hasil daripada belajar secara tidak sengaja berjaya aku siapkan sebanyak 40 keping kesemuanya. Huhuuu.

Walaupun gambar yang tertera di atas kad itu ringkas, namun melihatkan kewarna-warniannya cukup membuat hati aku gembira dan stres hilang serta merta. Kad raya macam kad pintar untuk budak-budak. Hahaaa. 

InsyaALLAH akan terbang kepada mereka-mereka yang dekat dihati, dirindui, disayangi. Tidaklah secantik mana, ini sahaja usaha yang aku boleh buat untuk jalinan dan ikatan persahabatan terus terjalin. InsyaALLAH.

 Tidak dijual.

Suruh aku buat sebiji sama pun aku tak boleh. Hahaa.

Tidak sanggup hendak ulas satu persatu, sebab setiap satu memang ada tersendiri punya gaya, itula kelemahan aku yang satu, gagal meniru. Hahaa.

Tengok sahaja gambar masjid tu, kubahnya sahaja berbeza-beza. Tangan masih kayu, tidak reti mahu bentuk, asalkan jadi. Pelita adalah paling senang hendak buat, berbanding ketupat yang kecil-kecil quillingnya. Lemang? tidak banyak yang ada sebab jenuh mencari tutorial gambar lemang quilling hendak dirujuk, misi gagal so aci redah sahajalah.

Siap 40 keping pada hari ke 6 berpuasa. Kata Mazerah, boleh rabun warna dibuatnya sebab terlalu fancy. Ngehehe. Misi seterusnya ialah membuat rama-rama 500 ekor lagi dan yang pasti aku harus dapatkan lidi quilling yang baru berikutan yang sedia ada sudah hendak patah dua. Aku mengimpikan set quilling yang sebenar [mula mahu tamak ni] kehkehkeh. 

Aku hendak berterima kasih kepada blog ::Bisikan Hati-Sis Lin:: sebab di blognyanyalah aku berjumpa dengan link blog Lin Handmade Greetings Card dan terus aku mengkaji seni Quilling. Daripada menggunakan pisau dan pembaris, membawa kepada penggunaan shredder. Hehee.

Nota hijau: Siapa nak bagi set quilling mahal kedaung tu? kalau tidak usaha sendirikan. Huhuuu. 

20 pasang kaki:

Nad @ MamaZN said...

rajin kreatif rajin kreatif

takde dah komen lain, hehe

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

rajinnya dan kreatif betul umi nie

eima said...

mmg rajin betui ... aku dah ade byk koleksi hasil tgn ch@ ... nk ken pi cari dlm gobok besi aku tu ... rasanye cam 4 je ...hehehe

Noli@Ibu Wafa said...

kreatif sgtttttttt...buat biz jual la ch@
.
sgt comeyyy...

SyUhAdA said...

sgt cntik..

Rasp said...

berbeza tu lah yg membuatnya unik and tersendiri sis.....

Mama Tun Nur Safiya said...

Rajinnyerr so kreatif

Masya said...

cantik2.... nampak eksklusiff hasil tgn sendiri..

ch@ said...

kakNad:
hahaa.

kakJue, mama tun nur safiya:
kalau sudah hobi, apa mahu dikata.

eima:
thanks eima sebab sudi simpan hasil yg tak seberapa tu.

noli:
ada ke org mahu order?

syuhada, yana:
:)

rasp:
tu la kak, susah btl hendak fotostatkan. mesti jadi lain punyalah.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Wah puas hati hasil tgn sendiri..
mmg sgt cantik n colourful :)

Moga tercapai impian cha memiliki set quilling tu nanti..

Salina@IbuAqil said...

Pstttttt!!
Agak2 thn ni msh berpeluang lg ke dpt kad raya dr cha? ;D

yanti isa said...

Cha ... cantiknya ... akak pun ada kad raya utk Cha . nanti akak pos . masih guna alamat yg lama kan ?

ch@ said...

eija:
ikutkan, mmg dah ada set tu. tapi bkn yg original la, kitarsmula.

ibuAqil:
hrmmm. jap nak pi osom, ibu dpt ke tak ek.

kakYanti:
ye, masih alamat sama. t/kasih kakYanti.

@e_da said...

cha.... Pitam akak tgk kad byk byk ni... Kalau akak 1 pun belum tentu jadi... Huhuuu

PUANSTOBERI said...

rajinnyaaaa la haiii.....

anisalya said...

mmg rajin. tabik sekali la.

Latifah Bee said...

cantik cha , bee terharu sangat sebab kad raya yang di buat ni bukan senang .. bee malas .. huksss

ch@ said...

kak @eda, kekDa, kakSal:
hahaa. kalau sudah suka.

bee:
ehehehe... kita biasa2 je bee. kad tu pun baru je blaja membuatnya.

Zana Adieyza said...

kreatif sungguh!

izz iizza said...

rajinnya buat sendiri..dan cantik..:)

Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy