Monday, 27 June 2011

Blog ke blog 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hiii! kita bertemu lagi di sesi khas istimewa hari istimewa juga.

Kita teruskan sesi menjengah kawan-kawan seangkatan dan sekegemaran. Aku memang tak jemu nak bercerita tentang apa yang aku suka.

BLOG KEEMPAT, aku kategorikan dia sebagai orang bisnes, kenapa? sebab kandungan blognya penuh dengan RM-RM-RM, aku ingat dia dan aku gemar mengomennya (tengok entry gak). Pertama kali aku nak pasang Nuffnang dan Heartbeat, memang blognya la tempat aku merujuk. Kadang-kadang sampai aku takde kerja semua entry lama miliknya aku baca. Ngeee. Lariii. Lelebih lagi tengok anak perempuannya bergaya dengan kamera, owh! sungguh dia memang comel.

Anje berkata:
suka blog hijau ni sebab cat rumah ni sama colur cat rumah blog kita tu, sedap mata memandang, suka baca citer pasal oni yang bijak tu then repek2 umminya, dah nama pun blog mak2 mesti la mak2 yang suka baca, namun ape kan daya sejak akhir2 bz melanda, so kureng masa nak BW lagik sikit nama kita nak terkeluar carta, namun hargai penat lelah cha untuk bagi cenderhati, suka2 lepas ni kejap sattle kena mantapkan balik BW, kalo hujung bulan + awal bulan menag bz giler2...

BLOG KELIMA, wajib aku singgah. Blognya sangat kemas dan mudah dibaca. Bahasa emak-emak membebel. Pertama kali berkenalan sebab dia ada buat contest sempena hari ulangtahun kelahiran anaknya, then Oni tersenarai di tempat ke-enam. Semakin hari semakin sayang, rasanya kalau dapat bersua depan mata, mau aku peluk-peluk-peluk dia sebab aku suka orang badan taf-taf ni, mudah mesra. Betul tak cikJue? raya nanti nak pergi rumah cikJue la, ceh nak tunggu raya jugak tu. Kekeke.

Kata diakan:
entah tak pasti tapi cik jue rasa kalau tak baca blog hijau ni rasa tak lengkap..kalau dah telepas cik jue akan godek sampai dapat baca kembali.....
suka dengan cha n baca kisah oni yang sama2 perangai farisyah masa sebaya dengan oni....baca cerita oni ingat farisyah masa kecik....sebab masa farisyah kecik tak buat blog lagi....
lagi pun suka buka blog cha sebab tak payah loading lama2....jadi jimat masa....hahahaha....
apa2 pun ikhlas cik jue katakan...

"SAYA MEMANG SUKA BLOG HIJAU NIE"

BLOG KEENAM, blog emak-emak juga. Empunya blog ni, kerjanya membebel aja. Baik kat blog, berGTalk, pesanan ringkas mahupun panggilan telefon. Kadang-kadang pening aku melayannya. Dia menjadi tempat aku bergayut setiap hari, kami berGTalk tau. Kalau dia takde, serius memang aku sunyi. Walaupun aku tak pernah berjumpa dengan dia. Kitorang saaangaaat banyak persamaan. Daripada bilangan ahli keluarga, tempat asal, perangai sang suami masing-masing, hehehe. Itu orangnya, part blognya, pun cer tengok sama tak dengan aku? hehehe, yes kami macam kembar. Aku suka dia membebel. Pssst suara dia sweet tau.

Dia suka bloghijau sebab:
Saya Suka datang ke blog hijaucantik mestilah sebab ianya HIJAU..warna feberet saya...

banyak persamaan antara saya dan tuan punya blog hijau selain kerana kami sama citarasa warna hijau.. saya suka baca bloghijau kerana cara penulisannya... tak jemu membaca..lain dari yang lain.. blog hijau ada budak comel notty bernama ONI.. dan mak dia yg cute bernama CHA.. suka sama2 mengarut, merepek, share idea.., kongsi masalah suka duka ngan dia... hari2 tanpanya adalah sunyi hidup saya kerana dialah teman rapat alam maya sy...hihi

Dah selesai, tiga blog terlibat sila gantung photo ini di blog masing-masing ye, jika sudi la. Minta maaf sekiranya ada kekurangan. Ye la, aku dengan cara aku. Macam mana kriteria blog masing-masing, itu hak masing-masingla kan? aku takde halnya.

8 comments:

Gieyana said...

wahhh..blog ijau..skrg mmg byk blogger ngan kaler hijau kan..sejuk jer mata memandang..
nnt review blog kaler itam lak..:)

Anonymous said...

blog ku xdak punggg

Anonymous said...

ala...nape takde..nape takde...adakah sy tak ambil bahagian?

@e_da said...

tak boleh blah ko kata suara akak swett.. hahahah takdenyerrr..lumjumpa face to face lg tu...heheh tq cha.. hobiku mmg membebel..hihihi

eima said...

o0o n rupenye kembar ch@... eda ,,,

mamaarifakeemaisy said...

suka semua blog di atas...i like too... ^_^

♥SyilaSyira♥ said...

bestnya bila buat segmen mcm ni...terasa semua dihargai...

ch@ said...

Gieyana:
owh, ini bukan review sebab warna hijau ye. hiii.

fazilzura:
:)

pnCapa:
kita belum mengenali mungkin. hiii.

kakEida:
hahaha suara muda remaja riang.

eima:
kami serupa tapi tak sama.

kakIeyna:
berkawan dgn semua orang.

syila:
kena betul2 mengenali baru boleh review.