Monday, 11 August 2025

Auni: Lawatan Kerjaya di ADTECSA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk sahaja kereta sewaktu pulang dari sekolah, Auni tunjuk surat kebenaran. 
"kakak ada lawatan kerjaya Khamis nanti, kakak pergi dengan Iman" suaranya.
"pergi mana? bacalah saya nak drive ni" pintaku dan Auni baca butiran tertera di surat. Di tempat duduk belakang ada Kirah, Aishah dan Aina yang balik sekali hanya memasang telinga.
"Pusat Latihan Teknologi Tinggi, ADTEC Shah Alam" 
"weih, tu tempat belajar saya tu dengan bapa hang tu" aku teruja sama, mulalah buka cerita apa yang ada di ADTEC, SA. Adtec tu nama antarabangsa sikit, Advance Technology Training Centre.

Aku buka cerita macam mana aku boleh sambung belajar di ADTEC, aku mendaftar sendiri sehingga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa MPP (jawatan kecil-kecilan saja). Sesekali terdengar Aishah dan Kirah ketawa. Bila auntySyasya dah membebel, lori kontena Scania pun boleh digosipkan.

Khamis 7 Ogos yang lepas, Auni pergi dengan bas dalam waktu persekolahan, jadi rutin harian aku berjalan seperti biasa sahaja.

Aku memaksa Auni mengambil beberapa keping gambar untuk di hantar ke group kelas Diploma Teknologi Komputer, mereka turut sama teruja mengembalikan nostalgia masing-masing. Aku dan tuan asben bertemu semasa membuat sijil di Institut Latihan Perindustrian, KL sebelum itu lagi. Kita from anemy to lover kekdahnya, just one year contract relations. Tapi, jodoh tu ALLAH swt dah susun elok-elok.


Dulu, kursus DTKKomputer berhadapan dengan tangga ini.
Perkarangan tengah adalah tempat berhimpun 4 kursus melakukan senaman pagi sebelum kelas bermula.

Suasana dalam bengkel.

Kursus baru ada.

Kursus digemari penuntut lelaki bersidai depan pintu, laluan ke lobi utama ADTECSA.

Kolam depan DTKimpalan selalu ada mangsa menyambut hari lahir. Sama ada dicampakkan atau masuk sendiri dalam kolam.

Sebalik pintu masuk bengkel.

Orang kata kami duduk dalam akuarium. Tingkat atas merupakan kelas seperti bilik darjah.

Boleh pula jumpa Syafiqah, bestie Auni dan Iman Alisya.
Dewan utama tempat perhimpunan setiap hari Isnin dan tempat peperiksaan.
Aku selalu usha tuan asben di sini, walaupun dia jarang ada di perhimpunan, muahaha...

Di ADTECSA, kita ada kursus sepenuh masa, kursus jangamasa pendek dan kreativiti & inovasi. Boleh layari laman utama ADTECSA. Aku hendak terangkan lebih lanjut pun tidak berapa pandai sangat kerana kursus yang aku ambil sudah tiada lagi. Ada lapan kursus pada waktu itu, antaranya:
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (kuasa)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan & Penyaman Udara
Kursus terkini selepas penambahbaikan dan pengstrukturan semula ialah:
  • Diploma Teknologi Pemesinan
  • Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif
  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang
  • Diploma Teknologi Mekatronik
  • Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
  • Diploma Teknologi Elektrik (kuasa)
  • Diploma Teknologi Kimpalan
  • Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
  • Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat - kepingan logam
Seronok sambung belajar lepas SPM kerana kita belajar menguruskan masa dengan baik, pengalaman 5 tahun tinggal di asrama sekolah harian sangat membantu masuk asrama tempat belajar. Di ADTEC ada disediakan asrama, sama seperti asrama bawah kementerian. Kita pakai uniform industri semasa masuk bengkel dan uniform formal semasa masuk dewan kuliah atau pun kelas. Setiap tempat belajar ada peraturannya. Aku di ADTEC pada tahun 2004 dan 2005 dan menyambung praktikal di MIMOS Smart Computing Sdn. Bhd selama enam bulan dan diminta sambung untuk tempoh enam bulan lagi.

Tudung sekolah instead tudung bawal. Baju kurung asrama form 5, pakai sampai habis diploma.

Dalam bengkel, baju bengkel. Izma yang ajak aku kerja dengan dia di Next Nation Sdn. Bhd.
sampai sekarang kita semua masih keep in touch.

ADTECSA, saksi cinta aku dan tuan asben, ahahahaa. Kita jadi belangkas sampai orang ingat kita adik beradik, hingga pensyarah sering bertanya tuan asben kepada aku jika dia tidak ke kelas seperti aku pula sebilik dengan tuan asben, hahaa... 
TIDAK ADA KATA TERLAMBAT UNTUK BELAJAR. PERUBAHAN TERJADI KERANA KITA MAHU BELAJAR.

 

Thursday, 7 August 2025

Single vs Queen.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selepas balik berjimba dengan teman Sabtu lepas, tuan asben mengajak mencari tilam single untuk daktiga. Peluang yang aku tidak akanku lepaskan sama sekali, count me in asben! - jerit dengan kuat.

Sebaik solat Zohor berjemaah,
"jomlah cari tilam budak-budak tu" ajak tuan asben.
"sekarang?" saja berbasa-basi menanya sambil lipat telekung.
"sekaranglah, nanti balik terus kemas" let's go, aku tukar pakai baju lain yang lebih ringkas dan santai. 

Kita keluar naik gajah, pada daktiga aku hanya ajak-ajak ayam, aku tahu dorang malas hendak ikut sama, ini sahaja masa aku berdating dengan tuan asben, keke... 

Bila keluar dengan tuan asben ni, dia memang terus sahaja dengan tujuan, kita terus ke Verona Living Sdn. Bhd. untuk membeli tilam single daktiga. Besar gila gudang, ke store, ke kedai? ahahahaa. Di sini kita pernah membeli set sofa, katil dan empat rak buku. Sepertinya sudah regular customer sahaja.

Selesai beli tilam, balik rumah dan mula mengemas di tingkas atas. Aku uruskan buang katil queen master bedroom yang telah rebah papannya lebih dahulu, kerana katil queen daripada bilik Adli akan naik ke master bedroom dan digantikan dengan dua katil single. 

Selesai my duty, aku uruskan tilam queen yang perlu dibawa keluar, berat amat. Aku bergabung dengan Adli pabila melihat tuan asben masih dengan kerjanya, tilam dan katil masih elok walaupun  sudah berusia 12 tahun. Tuan asben datang membantu mengangkat katil buatan kayu solid keluar bilik. Aku hendak leraikan, dia kata tak perlu sudahnya sangkut di tangga terpaksa juga leraikan. Dia bertanya dengan aku macam mana bawa turun hari tu? dia lupa katil ni memang tidak pernah sampai atas kerana pindah masuk sini dulu ia terus berada di bilik bawah tambahan aku lepas pantang Arrizqi tidak kuasa hendak manjat tangga.

Sampai di master-bedroom tuan asben dan Arrizqi bergabung memasang semula. Aku pasangkan semula cadar dan Auni turut menukar tilamnya kepada yang baru. Dia pun tidak mahu tidur atas katil queen, tuan asben belikan katil single beberapa tahun lepas.

Di bawah sesi memasang katil single pula, kerjaan hero-hero. Aku sudah meregang badan namun kepala masih lagi berfikir itu dan ini. Selesai semuanya aku masuk buat sportcheck, macam asrama, hihiii... bolehlah. Dorang pun guna untuk tidur sahaja. 

Selesai maghrib, tuan asben mengajak makan diluar, ada yang aku rengekkan siang tadi menyebabkan dia menurutkan permintaan. Kita makan di Citra Loca Cafe, memang sudah lama diusha kewujudannya. Menyediakan menu ala western dan minuman viral dengan harga mampu dinikmati. Alhamdulillah semuanya sedap. Memang gantung periuk sepanjang hari jadinya. Thank you so much tuan asben!

tilam-tilam, tilam lama tukar baru ~~ 

anta, mau jadi saudagar tilamkah?

da macam asrama pun ada.

kemain berkepit.

memang daripada kecik sedondon, sampai sekarang.

chaotic duo, adik jaga abang.

asyik lalu je, kali ni kita singgah makan. boleh repeat!

Grilled Chicken Chop - me
Grilled Chicken Chop + Ice Coffee Latte ~ Adli
Grilled Chicken Chop + Sparkling Mango ~ Tuan Asben
Crispy Chicken Chop + Ice Lemon Tea ~ Arrizqi
Speggeti Bolognise + Sparkling Apple ~ Auni


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ All praises are for Allah in every condition.

Wednesday, 6 August 2025

Me, myself and I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin.

Selasa.

Rabu

Surirumah bukan kerani mahupun cikgu sekolah,
House manager, handle macam-macam kerja,

Isnin uruskan groceries,
Selasa uruskan housekeeping,
Rabu uruskan blogspot,
Khamis uruskan paper art,
Jumaat uruskan transporting.

Sabtu, Ahad: Yadaaa~yadaaa~yadaaa.................
Layankan la, cerita ada tapi belum susun ayat.