Monday, 24 May 2021

Kenangan Mei, berbuka bukan di rumah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ada apa dengan Mei, eh semestilah bulan kesukaan aku for every year. Sama dengan tahun lepas, kekal dalam PKP kek sampai depan pintu rumah, kali ini enam Mei diisytihar bermulanya PKP 3.0, ahaaa nak nangis atau nak gembira ni. Semoga ada hikmah di sebalik kejadian, kita menerima dengan seadanya.  

Daripada minggu lepas lagi tuan asben sudah beritahu untuk berbuka di luar rumah, kebetulan terkena sebelum hari PKP, alhamdulillah rezeki sambil membawa daktiga merasa berbuka di luar selain rumah boleh juga la dikata merai hari ulangtahun aku ke-37. Lucky seven, muahahaaa. Me love seven too much.

Mulanya aku sudah bersiap untuk keluar ambil Arrizqi, tuan asben kata terus keluar ke Kuala Selangor, owh! maka aku segera mengerah Auni dan Adli sama bersiap.  Sebaik sahaja Arrizqi tamat sesi persekolahannya, kami terus menuju tempat berbuka, hujan rahmat mengiringi perjalanan namun sempat juga singgah ke Bukit Melawati tempat kera dan monyet menghuni. 

Uish! sudah nampak seperti tempat tinggalan sahaja, for me agak ngeri. Usai beberapa keping photo, hari hampir ke waktu berbuka, menyambung perjalanan sehingga tiba ke destinasi, Depalma Group Of Hotel And Resort. Bertemu dengan rakan sekerja tuan asben, dan menuju bufet makanan, sebelum mencari meja di dalam dewan. Meja betul-betul depan pintu, pening tengok orang keluar dan masuk tetapi mudah untuk ambil makanan. 

Alhamdulillah, rezeki. Aku menguruskan daktiga lebih dahulu, masing-masing sudah boleh membawa diri, mudah. Aku hanya tolong sendukkan lauk pauk sahaja, mereka ambil air dan pinggan memasing. Aku ambil bahagian sendiri, mereka ambil bahagian mereka sendiri. Aku dengan makanan, semua sedap belaka, menunya nasi putih/nasi hujan panas, ayam masak halia, sayur lemak labu dan banyak lagilah. Aku ambil banyak sayur daripada nasi, tuan asben ambilkan daging bakar my favourite. Daktiga ambil macam-macam aneka kuih yang sudahnya di makan aku. Tidak banyak acara sangat bilamana semua terikat dengan SOP.

Habis sahaja berbuka, kami terus balik ke rumah, hujan masih lagi turun di sepanjang perjalanan ke rumah. Tiba di rumah aku bersedia untuk daktiga bersahur pada keesokkan hari. Aku berterima kasih dengan tuan asben kerana sudi bawa kami makan berbuka di luar. Alhamdulillah.

Simpan jadi kenangan:







Bahagia itu sederhana, sesederhana kamu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang kamu sudah punya, Alhamdulillah!

Friday, 16 April 2021

Bazar Ramadhan Sesi 2021.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Hari ke empat berpuasa baru berkesempatan berjalan ke Bazar Ramadhan yang memang saban tahun bertapak berhadapan sekolah kebangsaan daktiga ni, tidak jauh daripada sekolah agama. Aku memang suka meletak kereta jauh daripada sekolah, kononnya dapatlah bersenam keluar peluh sedikit. Sebenarnya, aku tidak mahu bertembung dengan mereka yang sudah memulaukan aku, jadi daripada hatiku disakiti lebih baik aku membawa diri, ahaaa cenggitu!

Hari ini, aku keluar awal macam biasa, tidak pro-parking sebarangan [sejenis tidak boleh kena kecam] jadi, eloklah aku standby awal sewaktu jalan masih lengang. Menjelang jam lima petang nanti, suasana akan bertukar sibuk dan tersangat sibuk, pekerja balik dari tempat kerja, yang hendak ke bazar, yang hendak ambil anak balik sekolah rendah dan juga sekolah agama. Tambah-tambah bila hujan turun, waaah! suasana meriah dengan yang berpayung, yang mandi hujan, yang meredah banjir, pakej!- Fuh! mama aku memang cukup pening dengan suasana yang saban tahun aku laluinya. Alhamdulillah, hari ini perjalananku dipermudahkan biarpun, bibit rasa jengkel timbul sedikit dengan persoalan, mengapa hari ini dia di sini? WHY? but ignore je la dengan harapan lekasla dia pergian, hehe!

Cuaca cerah setelah hujan tengah hari tadi, semalam hujan, dua hari lepas juga hujan menyebabkan aku stuck dalam kereta. Hari pertama puasa, aku macam robot. Hujan lebat sewaktu ambil daktiga balik sekolah, balik jalan jem, kebanjiran, ke kedai dan balik masak pula sehingga ke waktu berbuka sibuknya, hahaha! lepas terawikh aku tidur terus. Hari kedua juga sama, tapi aku standby masak awal, siaplah nasi dan satu lauk ayam masak merah, ambil daktiga balik sekolah masih juga tidak sempat ke bazar yang konon hendak mencari kuih. Aku paksa tuan asben goreng karipap frozen saja, namun bila sampai rumah sempat lagi aku buat roti sesej, hahahaaa. Undercontrol sedikit hari kedua. Hari ketiga, masih juga hujan menyebabkan tidak lepas untuk ke bazar ramadhan, memerap dalam kereta sambil meminta tuan asben tapau McD sahaja, alhamdulillah.

Jadi, di hari Jumaat yang indah, my chaotic day for every week hari ini, Allah swt beri kesempatan untuk aku ke bazar, dimudahkan lagi tuan asben berbuka di pejabat sahaja, muehehe! jadi aku bebas memilih apa yang hendak dimakan. Aku hanya membeli untuk daktiga sahaja, mereka tidak cerewet. teh ais, tepung pelita, roti john ok dah balik. Oh ya! aku ke bazar ditemani kak Wan, kakak yang membantu aku mengambil balik daktiga sewaktu aku masih di balai polis tempohari. Alhamdulillah! rezeki dikurniakan sahabat yang baik, kebetulan kak Wan berjalan depan tempat aku meletak kereta, lalu ku panggil dan at the same time hendak beri dia sedikit gift sempena Ramadhan 1442 ini, kongsi rezeki.

Kami ke bazar sambil berbual, SOP tetap SOP. Tergelak kak Wan melihat aku, yang bagaikan mahu membeli semua, tengok sana hendak, tengok sini hendak, aduh dugaan perut lapar. Namun, ku tahan saja kerana tidak mahu membazir. Aku hanya berbuka bersama daktiga sahaja. Berjaya tahan wei! Aku beli mengikut kehendak daktiga. Selesai membeli, kami kembali ke kereta, berpisah  di situ dan menyambung menunggu Auni-Adli pulang sekolah agama.

Auni masuk kereta bersama sekaki payung, eh? payung ini tadi, di bawa Adli waktu hujan tengah hari tadi. Tidak lama kemudian, Adli masuk dan bagaikan tidak sabar untuk pergi bermain, haih! Auni sudah pun bersalin kulit, dia hendak ke bazar bersama Alisya, sahabat baiknya. Bersemangat betul, aku berinya RM5 sahaja tidak mahu dia membeli banyak-banyak. Minggu depan aku pergi bersamanya, insyaaALLAH. Sudah besar ini anak. Mendengar bunyi letupan di belakang kereta aku menyuruh Adli duduk dalam kereta sahaja, tidak mahu dia bergaul sama dengan kawan-kawan yang pada mulanya  hendak bermain bola, sudahnya bermain mercun pula. Auni balik dari bazar bersama sebungkus air aiskrim vanilla, haaa rezeki- kenyang air sahajalah kita malam nanti.

Aku kembali ke sekolah kebangsaan bertentangan dengan bazar untuk menjemput Arrizqi. Si bongsu itu nampak sahaja aku di pintu pagar, senyumannya melebar. Cair! dia minta ayam gunting, namun aku malas hendak masuk semula ke bazar yang sudah mulai ramai. Arrizqi mudah sahaja di pujuk, kejap lagi upahkan nasi lemak singgit, senyaplah dia. Dalam perjalanan balik, mereka bertiga leka dengan handphone, aku sahaja yang setia membebel sorang-sorang. Singgah membeli nasi lemak singgit kakYa, siap minta kakYa bungkuskan bentuk nasi lemak singgitlah. Tergelak kami bertiga bersama dengan kak Siti yang sama berniaga di situ. Keranamu Arrizqi.

Terus sahaja memandu pulang ke rumah, malam ini perlu mendobi baju sekolah bagi mengurangi beban kerja esok hari. Sekian, cerita tentang hari ini. Cerita balai polis tu, nantila ye. Trauma tak hilang lagi ni. Selamat berpuasa norma baru.

Sedikit rezeki untuk sahabat yang sentiasa ada bila diperlukan.

Untuk sahabat kelas, insyaaALLAH- moga dimudahkan urusan pertemuan kami.

Jadilah sahabat yang selalu memberi tanpa mengingat dan selalu menerima tanpa melupakan.



Thursday, 11 March 2021

Korean Foods dengan kakak kegemaran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Badan rasa sihat dan ringan, alhamdulillah. Sempat lagi bergambar sekeping dua di tangga spa Nur Jannah, ketawa tetaplah ketawa, hendak turun tangga pun ada sahaja yang dijadikan bahan ketawa. Kami terus sahaja ke MrDIY, seawal booking spa lagi kakak sudah menyatakan hasrat untuk ke MrDIY, memang dekat sangatlah hanya berjalan kaki sahaja sambil mengisi masa dengan perbualan entah apa-apa. 

Bila dalam MrDIY aku berpusing tanpa hala, sendiri tidak tahu apa yang harus dibeli ditambah dengan suasana dalam tu agak kecil, tidak seperti MrDIY di The Store Sg. Buloh. Aku mencari mini shredder, tiada. Benda biasa yang mesti aku beli di MrDIY ialah, double sided tape dan stickers. Mesti! Lain halnya dengan kakak, apron lah, sarung tanganlah, senduk, sudip habis di beleknya. Keluar MrDIY masuk pula kedai serbaneka, lebih kurang sahaja barang niagaanya. Sama macam tadi juga, still kakak yang shopping, hahaha. Parah dengan kakak ni, ada sahaja yang hendak di shopping.

Keluar kedai serbaneka, kakak mengajak makan. Lama juga bercadang hendak makan menu Korean, jomlah kita. Uiiishhh! ini kali pertama dan terakhir aku makan ramen Korean ni, pedas ya Allahuakbar! Begitu juga dengan ayam goreng Korean, manis namun sama juga pedasnya. Berasap telinga, tergelak besar kakak melihat gaya aku makan. Rasa hodoh benar wajah ku dikala itu. Pedasnya kus semangat. Patutlah teh hijau yang kami pesan sampainya dua kali ganda size yang biasa. Padanlah kawan baik aku pernah kata, "ini bukan untuk kau Syasya, aku rasa kau memang takkan ulang makan bila kau dah rasa sekali." Ye betul!





Melihat betapa strugglenya aku hendak makan Korean Dishes, kakak menyuruh selesaikan tteobokki sahaja. Ye itu sahaja yang mampu ditelan selain kimbap. Itupun baru setengah, aku sudah mengah walhal berkongsi dengan kakak. Marilah kakak, tidak mampu kuhabiskan semua ini, tapau bakinya. Kami singgah pula ke SpeedMart, hahahaaa kakak lagi yang sakan bershopping. Daripada tidak mahu ambil bakul kononnya, bakul aku juga penuh dengan barang dia. Habis semua diletaknya, apa dia beli mesti dua, 1 untuk aku, aku bayar. Adoiii sabar Syasya, sabar. 

Setel di Speedmart, kakak mengajak ke nurseri jual munga-munga pula. Daripada usha-usha aku ikut beli juga walaupun sedar, tangan aku ni bukan terer sangat part bercucuk tanam ni. Jenuh telinga dengar dia membebel cara menanam daun kesom, aku beli daun kesom itu yang dibebelnya daripada bertolak dari nuseri sehingga ke rumah aku. Aku meminta dia menghantar sehingga ke pagar rumah, kan ke aku ke rumahnya tadi dengan dihantar tuan asben. Kakak sambung lagi, tentang menanam pokok, habis dibeleknya pasu, baldi, polibag tempat aku bercucuk tanam nanti. 
"kamu gemukkan dulu pokok ni, nanti kakak bagi pokok lain. Kamu hendak pokok apa?" that's my kakak.
"nantila, ini pun belum tentu hidup laie ni." aku menjawab  memang tidak konfiden langsung tapi hendak cuba juga.
"jangan kasi mati, misi gemukkan kan pokok daun kesom." adeih!

Sehingga di situ sahajalah pertemuan antara kami dan jika ada masa serta rezeki, kami akan repeat untuk dating sekali lagi. Mudah-mudahan murah rezeki kami semua, insyaaALLAH. Terima kasih kakak.

Anything is POSSIBLE when you have the RIGHT PEOPLE there to support you.- by: Misty Copeland.