Thursday, 31 December 2009

abi, i love u


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN-25 kepada mr.abi Norerwandi bin Sumardi, selamat datang ke angka 25 ye, barulah sebaya kan? ucapan ikhlas aku, hah macam tahun² lepas gak cuma tambah lagi satu sayangilah keluargamu sebagaimana kami menyayangimu, cewah ayat tak hengat.
menjadi juga surprise aku ngan cik auni (interframe), dua slice je kek dari SR, kedekut??? banyaklah aku kedekut, untung ada dua slice tau daripada tak dapat langsung. bukan apa, membazir beli besar² bukan ada parti pun, just teringin nak makan je. hahaha (ke aku mengidam) owh tidak sama sekali ye. dua slice pun tak habis, hahaha bukan hantu kek rupanya kitorang ni, cik auni pun menjamah sekali, sikit je yerk....

so kepada mr.abi, semoga terus success dgn kerjaya anda, ye la 24jam 48jam kat opis je, harap² isteri tersayang ni dapatlah sedikit bonus ek...haha!

oh ya! terima kasih jugak i atas pemasangan Streamyx kat rumah ek, letih la tu dgr aku mengeluh tiap² hari di atas kesewelan broadband yg ada anginnya. aku tidak lagi gusar tuk update blog kat rumah, tidak perlu menunggu hingga ke larut malam gitu :)

2010 bakal menjelma sekejap je lagi, ergh umur aku tambah lagi, mr.abi baru masuk 25thn aku dah nak 26thn. hoho! whatever pun, abi.....i love u till end my life mmmmuaaaaah!

**dalam surat branak cik auni; umur bapa 24thn. umur ibu 25thn, kekal la sampai bila²**


Monday, 28 December 2009

penutup

aku rasa ni cerita penutup tahun 2009 kot, kot la kan? hahaha! sambung tahun akan datang pulak!

CERITA 1
~ Desa Aman 2 dan Hulu Langat~

_
biasalah cik oni ku yg cumel, hah! ni orang kaya oni sedang tido, bkn main syok lagi. tido² ayam je, pastu celik mata main....

_
mr.abi layan cik oni tak lama pastu tinggal cik oni sesorang, dan tak lama pastu habis tumbang mainan tu disepak cik oni, ganas sungguh!

*baju cik oni disponsor oleh cik ma dan aunty dobot, bila nak bagi lagi kata cik oni. wiwit!


CERITA 2
~Hulu Langat, rumah pusaka~

punch card a.k.a balik langat, katanya ada majlis jalinan mesra - aku tak ingat tema, ada amek gambar tapi terdelete, tangan tak bedung sungguh! berlangsung kat rumah pusaka, jumaat petang aku sampai terus melepak rumah pusaka tu, mmg ramai la keluarga sedara mara sebelah mr.abi, apa lagi yg menarik dah tentula smua org geram kat si cute cik oni ni... dia je la yg jadik penghibur smua orang.

pagi sabtu sepupu sepapat aku terjun sungai, mandi sungai belakang rumah pusaka, xde gambo sbb aku tak joint, hahaha! kaum mak sibuk kat dapur, macam-macam menu ada... aku? jaga cik oni diam-diam! miahaha (tuang kerja sebenarnya).

petang, aku mula dtg menyibukkan diri, tetap dgn cik oni sbb dapur dah penuh dgn chef terkemuka lagi pakar memasak, so aku duduk menggebang kat kedai mak itam - dtg sbg wakil abah ngn umi sbb dorang gi kenduri. mr.abi mls nk ikut =)

malam, lepas maghrib acara bermula. makan....wow! penuh sudah meja hidangan, syg cik oni kat mr.abi ngn uminya, dia leh tido lak time tu...so kitorang pun makan sesungguh hati. aku duduk sebelah mr.abi diam-diam dan menjamu perut! dari satu menu ke satu menu yg lain, smpailah cik oni menyedarkan diri, kitorang pun habis mkn. cayalah! acara borak bersantai, berkaraoke pun terus-terus menerus. pukul 11pm, aku dan mr.abi balik sbb cik oni nak menyambung tidonya, elok masuk kreta dia pun lena smpai pagi.


CERITA 3
~Bangi, rumah uda~

pagi² ahad dah terdengar brita agak menyedihkan, tanah runtuh dan rumah mak uda tergantung. wow! terus berdegup jantung aku....terasa sedihnya. smua org bersiap ala kadar terus ke Bangi!
wow! 1st time aku tengok rumah tergantung means tanah bawah telah runtuh tinggal lapisan atas aje! ngeri sesangat...sempat men'snap' beberapa keping gembar. menangis mak uda, bernasib baik sebab malam kejadian uda sekeluarga masih tido di Hulu Langat.

kepada uda sekeluarga, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, bersabar banyak² ya...

**sekian laporan cuti tuk tahun 2009, anak² dah mula beli baju sekolah. eh! ada kena mengenakah? ya ada, sbb ramai orang bila nak shopping! huhuhu! wiwit!**

Thursday, 24 December 2009

cik ma dan cik auni


cik ma: oni...bunga ni oni punya kan?

cik oni : hah! bunga?

cik oni : macam ni la cik ma.....cik ma buat salah!

* gambar kat sebelah tu cik ma, bukan wanita beselubung hitam ataupun bayang² hitam ye...

cik oni : ermmm....suka hati cik ma la....

cik oni : cik ma tau tak? walaupun umi tak taff, pangku dia tetap oni suka, abi pun suka....upppssss!!! hehe....

meh la main ngn cik oni lagi cik ma. aunty dobot bila nak dtg lagi umi?

**aku pun dah tak hengat bila punya gambar ni, Izma a.k.a cik ma (opismate) baru bg kat aku, rasanya masa dia tumpang lepak rumah aku kot, tgk² dak oni ni buat muka sememeh dia tu...hahaha! **