Sunday, 15 December 2024

ULANGTAHUN KELAHIRAN 2024

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menyambut ulangtahun kelahiran gaya tersendiri, kita buat kesimpulan sahaja. Memasing sudah memegang kad pengenalan biru.


Tiada majlis besar-besaran pun, malahan kek pun tiada. Ulangtahun jatuh Auni pada hari sekolah, di sebabkan sudah lima belas tahun, aku hadiahkan jam tangan yang aku beli daripada seorang teman sekolah, Man@Pak Tua. Ambil kesempatan mememori sebelum ke sekolah.


Jauh-jauh hari sudah buat permintaan hendak cuti sekolah pada ulangtahun kelahiran, dia fikir dia siapa? aku paksa juga ke sekolah dengan syarat belikan dia Takoyaki sebagai kek hari istimewa. As per request Adli. Penjual takoyaki bermurah hati memberi lebih 6 biji, boleh berkongsi seisi rumah. . Rezeki Adli menyambut ulangtahun ke 13. 
"kek tu mahal, jauh pula nak pergi beli. Belikan saya takoyaki je. Sebelum ni kek saya cocopie." - Adli.


Sama juga hari ulangtahun kelahiran Arrizqi jatuh pada hari persekolahan, tahun ini seronok sedikit sambut dengan mama kepada teman sekelasnya, mama Nazir. Sebenarnya, aku yang terlebih seronok kerana mama Nazir juga teman baik aku, selalu sama-sama menunggu anak pulang sekolah. Aku beli dua kek untuk Arrizqi, satu merai di rumah, satu raikan dengan mama Nazir, kak Midah. Arrizqi yang minta untuk sama-sama potong kek dengan kak Midah, sebagai kenangan ulangtahun kelahiran terakhir di sekolah rendah. 

karektor pun hampir serupa.

Alhamdulillah dapat juga menjamu teman-teman terdekat yang sama menunggu anak balik sekolah. Hajat tercapai, sebelum masing-masing pulang ke rumah dengan senyuman. 

Sementara tuan Asben masih di rumah, menghabiskan cuti sakitnya, ambil kesempatan bawa Arrizqi buat kad pengenalan, selamat tinggal mykid, aku yang semakin menua. Di bawanya sekali aku buat kad mybank yang baru, sudah tamat tempoh asyik kena peringatan saja, rimas aku. Kita buat semua dalam masa satu hari. Alhamdulillah!


sementara menunggu.

Bila aku letak gambar di atas dalam instagram:
Teman: Anak bongsu tu anak nombor berapa? kenapa mak dia cam muda sangat?
Aku: dia anak nombor tiga, me is forty. OKbye!

Eh jap, ada lagi satu belum letak. Yang terpenting sekali mesti interframe. Ulangtahun dia kali ini, semua buat sendiri. Daripada ucapan untuk diri sendiri, cari hadiah untuk diri sendiri sehinggalah membeli kek untuk diri sendiri. Makan sendiri, gemuk pun sendiri. Meraikan dengan Auni, dia tolong photokan sahaja disamping dapat uacapan daripada mereka yang mengingati. Terima kasih semua kerana selalu ada.

turns 40. thank you ALLAH for blessing me with another year of life, filled with love and joy.

Ok, itu sahaja. Ulangtahun kelahiran tuan Asben belum sampai lagi, biasanya terus wrap cerita setahun, muahahaaa.

Hangat-hangat tahi ayam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

Macam manalah simpulan bahasa ni boleh wujud, boleh rasa ke suhu ayam tahi tu? sudahnya kita belajar daripada sekolah rendah begitu, maka begitu sahajalah. Seperti bloghijau ini, dekat hendak setahun baru update lagi, itupun dek kerana maraton baca blog sendiri sampai bateri telefon habis. 

Tengok gambar daktiga yang menyepah seantero rumah, jadi rindu pula nak mengarang. Lagian, lepas menonton drama cina watak suka betul update blog, eh nak update jugalah.

Marilah kita mengarang dan menyusun ayat semula. Semoga tahun 2025 mendatang menjadikan aku lebih rajin dan tenang selalu serta update bloghijau. See ya!


Friday, 3 May 2024

Lupakan sengketa, kita berbaik sahaja.

Sebaik sahaja Auni keluar daripada sekolah, aku terus memandu turun ke SK untuk ambil Arrizqi. Turun awal tidaklah terperangkap dalam kesesakan. Sebaik sahaja, meletak kereta ternampak kereta Suezana dan dia ada bersama anak bongsunya Ayra duduk menunggu anaknya yang sekelas dengan Arrizqi. 

Aku tidak berhasrat untuk turun bersosial, tambahan lagi tiada kak Hamidah dan Linda, aku kekok untuk beramah mesra dengan perempuan ini sesorang, belajar daripada pengalaman, dia tidak suka dengan aku. Tidak lama kemudian aku nampak kereta kak Hamidah lalu disebelah tempat aku menunggu, dia turun mengumpulkan anak-anak yang akan pulang bersamanya dan berbual dengan Suezana.

Elok Arrizqi masuk kereta, aku mendapat panggilan daripada Linda yang masih di SMK. Dia meminta pertolongan supaya aku membawa kembarnya balik bersamaku berikutan keretanya sudah tidak muat. Daripada tidak mahu turun tadi, aku turun juga untuk mencari dan memberitahu kembarnya pulang bersamaku. Hanya ada Qisha sahaja, Nada masih belum keluar pagar sekolah.
"anak-anak kak semua dah cukup, Syaaa tunggu siapa? tanya kak Hamidah kepadaku. Kerana anaknya juga sekelas dengan Arrizqi.
"tunggu Linda, dia minta tolong kita bawa kembarnya balik sekali." jawabku. Sempat bergurau dengan Ayra yang mengajakku bermain babacak. Comel.
"ooo, kak balik dululah ye!" aku hanya mengangguk dan melihat sahaja dia berlalu ke kereta bersama deretan anak-anaknya. Mataku masih tercari-cari Nada, hrmmm nampak sama sahaja budak sekolah rendah ni. Dalam hati, berdoa agar Suezana terus balik ke rumah sahaja. Langsung tidak berhasrat untuk memulakan perbualan. Aku sudah tawar hati dan serik.

Lain yang ku harap jadi, lain pula terjadi. Lambat pula si Linda ni, sedangkan kembarnya sudah ada bersama dengan aku. Sedang kekalutan, Suezana keluar daripada keretanya semula. Alamak!
"Syaaa... kita belum bermaafan beraya bersama lagi!" aku tergamam, dua tangan ku hulur secara automatik menerima huluran salamnya. Allah maha besar, kuasa Allah swt pelawaan dia bermaafan, aku terima dengan tangan habis terbuka. Aku hilang kata-kata. 
Dia menggenggam tanganku erat, 
"kita minta maaf banyak-banyak, kisah dulu-dulu tu lupakanlah, kita buka buku baru, mula balik semula, kosong-kosong" aku berasakan kali ini dia ikhlas untuk bermaafan, siapalah aku untuk tidak memaafkan dia. Aku sudah lama menanti detik ini. Aku sudah lama ikhlas dengan dia untuk hatiku. Benar, aku hanya menahan perasaan sebak, sebaik sahaja berada dalam pelukannya.
"buat makan-makan nanti, ajaklah." nyatanya lagi sekali.
Allah maha besar. Terima kasih Allah swt memberikan aku peluang terbaik untuk belajar memulakan semula.

Kami berbual seketika, sebelum mengajak kembar Linda masuk keretaku. Linda sampai, berterima kasih denganku dan berbual dengan Es seketika. Kami sama-sama bertolak pulang ke rumah masing-masing selepas itu. 

Perasaan aku? rasa sebak. Rasa bebanan hilang. Rasa tidak perlu jadi orang lain lagi bila berhadapan dengan dia. Oh my! terima kasih Allah swt, atas kurniaan persahabatan yang ada naik dan turunnya. Berkat sabar, berkat doa, berkat  menunggu semoga kami semua sentiasa di bawah berkat rahmatmu.