Aku tidak berhasrat untuk turun bersosial, tambahan lagi tiada kak Hamidah dan Linda, aku kekok untuk beramah mesra dengan perempuan ini sesorang, belajar daripada pengalaman, dia tidak suka dengan aku. Tidak lama kemudian aku nampak kereta kak Hamidah lalu disebelah tempat aku menunggu, dia turun mengumpulkan anak-anak yang akan pulang bersamanya dan berbual dengan Suezana.
Elok Arrizqi masuk kereta, aku mendapat panggilan daripada Linda yang masih di SMK. Dia meminta pertolongan supaya aku membawa kembarnya balik bersamaku berikutan keretanya sudah tidak muat. Daripada tidak mahu turun tadi, aku turun juga untuk mencari dan memberitahu kembarnya pulang bersamaku. Hanya ada Qisha sahaja, Nada masih belum keluar pagar sekolah.
"anak-anak kak semua dah cukup, Syaaa tunggu siapa? tanya kak Hamidah kepadaku. Kerana anaknya juga sekelas dengan Arrizqi.
"tunggu Linda, dia minta tolong kita bawa kembarnya balik sekali." jawabku. Sempat bergurau dengan Ayra yang mengajakku bermain babacak. Comel.
"tunggu Linda, dia minta tolong kita bawa kembarnya balik sekali." jawabku. Sempat bergurau dengan Ayra yang mengajakku bermain babacak. Comel.
"ooo, kak balik dululah ye!" aku hanya mengangguk dan melihat sahaja dia berlalu ke kereta bersama deretan anak-anaknya. Mataku masih tercari-cari Nada, hrmmm nampak sama sahaja budak sekolah rendah ni. Dalam hati, berdoa agar Suezana terus balik ke rumah sahaja. Langsung tidak berhasrat untuk memulakan perbualan. Aku sudah tawar hati dan serik.
Lain yang ku harap jadi, lain pula terjadi. Lambat pula si Linda ni, sedangkan kembarnya sudah ada bersama dengan aku. Sedang kekalutan, Suezana keluar daripada keretanya semula. Alamak!
"Syaaa... kita belum bermaafan beraya bersama lagi!" aku tergamam, dua tangan ku hulur secara automatik menerima huluran salamnya. Allah maha besar, kuasa Allah swt pelawaan dia bermaafan, aku terima dengan tangan habis terbuka. Aku hilang kata-kata.
Dia menggenggam tanganku erat,
"kita minta maaf banyak-banyak, kisah dulu-dulu tu lupakanlah, kita buka buku baru, mula balik semula, kosong-kosong" aku berasakan kali ini dia ikhlas untuk bermaafan, siapalah aku untuk tidak memaafkan dia. Aku sudah lama menanti detik ini. Aku sudah lama ikhlas dengan dia untuk hatiku. Benar, aku hanya menahan perasaan sebak, sebaik sahaja berada dalam pelukannya.
"buat makan-makan nanti, ajaklah." nyatanya lagi sekali.
Allah maha besar. Terima kasih Allah swt memberikan aku peluang terbaik untuk belajar memulakan semula.
Kami berbual seketika, sebelum mengajak kembar Linda masuk keretaku. Linda sampai, berterima kasih denganku dan berbual dengan Es seketika. Kami sama-sama bertolak pulang ke rumah masing-masing selepas itu.
Perasaan aku? rasa sebak. Rasa bebanan hilang. Rasa tidak perlu jadi orang lain lagi bila berhadapan dengan dia. Oh my! terima kasih Allah swt, atas kurniaan persahabatan yang ada naik dan turunnya. Berkat sabar, berkat doa, berkat menunggu semoga kami semua sentiasa di bawah berkat rahmatmu.
No comments:
Post a Comment