Wednesday, 7 October 2015

Cahaya Kesyukuran Keadilan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Awal pagi yang luar biasa, terjaga dek kebisingan tuan Erwandi bersiap untuk ke opis. Cuti sekolah, mata pun bijak untuk memilih tidak terjaga namun aku gagah untuk bangkit, tuan Erwandi perlukan semangat pagi ini, beliau ada interview. Hari itu aku bersiap mengemas rumah untuk pulang ke kampung, well esoknya merupakan sambutan hari raya korban.

Askartiga biasalah, sentiasa ceria dan riuh bila nampak tuan Erwandi depan mata, apatah lagi kak Oni sudah mula bising-bising, "bila hendak pergi rumah tok mama". Ataupun, "cuti sekolah ni saya hendak pergi rumah cik Su la". Abang Aie pun sudah reti merungut, "abang bocan la umi". Kemain lagi kan...? yang aku pelik bila tuan Erwandi ada di rumah, tidak pula dorang bertanya terus. Why me? Balik sahaja beliau ke rumah terus berbisik pada aku.

"ada belikan Aie set robocar poli, hendak bagi sekarang kah?" 
"no, simpan dulu bagi masa birthday dia nanti" aku menjawab dengan tegas. Ini part yang aku sayang sangat dengan tuan Erwandi, beliau sentiasa mengetahui apa yang selalu ada dalam kepala aku. Betul, aku memang hendak hadiahkan Aie set robocarpoli menjelang ulangtahunnya yang ke empat nanti. Senyap-senyap tuan Erwandi sudah belikan. 

Perjalanan yang biasanya empat hingga lima jam ke Johor mengambil masa lebih panjang berikutan yang memandunya ialah aku, kekeke, 110km/jam ikut peraturan lebuh raya dengan penuh skema. Tambahan pula aku puasa, termasuk sekali masa berhenti berehat. Jadilah daripada dua-duanya tidur di RnR lebih baik aku yang memandu, sekurang-kurangnya memendekkan jarak perjalanan. Lepas berbuka, tuan Erwandi kembali memandu terus sampai rumah tok mama. Hampir ke tengah malam, haha.

Mama sudah siap menu hari raya korban, that's my mom, sentiasa bersedia. Pagi raya yang biasa-biasa sahaja, melepak, makan, pakai baju raya, melepak lagi, makan, pakai baju raya. Esoknya barulah berjalan ke rumah onyang askartiga, entah macam mana onyang pun pergi beraya- tiada di rumah. Singgah pula di rumah nenek saudara askartiga- adik mama. Alhamdulillah, sampai juga hajat makan bekalan bersama-sama, hehe.

Aku rasa sudah naik berkilo-kilo. Balik rumah nenek saudara, tok papa and tok mama sudah bersiap sedia dengan kek untuk Aie. malam tu juga celebrate birthday boy meskipun date sebenar jatuh pada hari Ahad. Seronok bukan main, dapat robocarpoli. Tok papa belikan baju sepasang seorang, belikan bola sebiji seorang, meriah-meriah! Then, hari Isnin baru bergerak balik rumah sendiri, Aie juga sudah bising-bising, "bila hendak balik rumah kita ni umi". Budak ini, cakapnya makin petah, makin pening aku dibuatnya. Mentanglah sudah dapat banyak hadiah. Sabar je la.









Gambar raya tiada, sudah cantik-cantik dorang main gusti-gusti pula. For abang Aie, 
Happy 4th birthday, you changed the world as soon as you entered in. Time flies so fast you become a lot stronger and bigger but you will always be by baby. Happy birthday 27092015

Sekian entry untuk hari ini, jumpa lagi entry akan datang. Daaa... Pendek tak entry ni? ke panjang jugak? hahaha.

Tuesday, 22 September 2015

Singkat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Ottokhe jinaseyo? Aha mesti ada yang menyampah karma tetiba aku Korea, tah betul ke idak tu, aku tibai je. Maaf. So hari ini aku saja mengisi masa lapang, hendak buat art da kehilangan pembaris kesayangan. Baik yang pendek, yang panjang, yang plastik, yang besi kesemuanya lesap. Nampak macam enteng, tapi itu la benda paling penting. Biasalah bila sudah kantoi peti simpanan, satu persatu barang aku hilang dikerjakan dek askartiga.

Setelah 4 minggu terperap dan memerap setiap Sabtu dan Ahad, hanya rumah, dan rumah, dan rumah the end tuan Erwandi bawa kami keluar berjalan juga. Lurus. Sudah nama pun keluar berjalan, memang betul-betul berjalan sahajalah. Apapun tidak beli melainkan singgah makan tengah hari di kedai nasi ayam, bukan sekadar nasi ayam. 

Paling sempoi keluar tanpa bawa handphone, bagus juga rasanya. Terasa betul-betul berjalan dan menghabiskan masa. Dalam pada tu, terasa ganjil juga pasal tidak wefie dan selfie. Hrmmm, sudah jadi emak-emak, apa ada pada handphone. Even sudah balik rumah, handphone langsung tiada orang hubungi, haha. 

Destinasi pada hari kejadian, yang dekat-dekat sahaja, One Utama. Misinya ialah just for release an empty heart. Seronok dengan keletah askartiga sendiri. Hendak berjalan 5 sederet ala-ala Power Puff Girl. Aie dan Qiqi di pimpin tuan Erwandi, Aku dan Oni berpimpin bersama, harunya bila Aie hendak berpimpin dengan aku juga, ahaaa, terpaksalah berjalan dengan rapat-rapat dicelahan orang ramai.

Paling kecoh melanda bila di meja makan, sesi pembahagian nasi oleh tuan Erwandi, kesian anak-anak sudah lapar, masuk kedai nasi ayam masing-masing bertukar jadi ayam betina, tahap aku rasa seperti dalam reban ayam dikelilingi ayam yang sedang mengeram. Aduhaiii, orang meja sebelah, sebelah sini, sebelah sana, masing-masing mempamer senyuman yang sukar dingertikan maknanya. Aduh, riuh sungguh meja aku ini.

Nasi dan sup sampai, puas aku dan tuan Erwandi menyuruh sabar, tunggu lagi hidangan sampingan lain. 
Aie: abang da lapar sangat ni, nasi ni sedap sangat. abang taknak ayam, abang nak sup ja.
Oni: kakak buat sendiri, kakak boleh buat.
Qiqi: sudu umi adik nak sudu. nak acik, nak acik ayam.

Masa makan senyaplah sekejap, bila nasi habis tenaga bertambah semula. Mulut pun tambah riuh. Qiqi menyanyi lagu ABC habis segenap ruang kedai hingar dan bingit. Ambil kesempatan tuan Erwandi berasap di luar kedai dengan askartiga, aku habiskan hidangan. Memang tidak rugi kalau bawa aku makan, memang akan licin habis aku kerjakan.

Selepas itu sambung berjalan lagi, memang tiada apapun hendak dibeli. Cuci mata sahaja. Perasaan aku macam ada sesuatu je yang terjadi dalam OU ni, balik sahaja terus aku periksa instagram, ahaaa, Diana Rikasari ada di MPH, rugi betul tidak ke MPH walhal itu tempat biasa aku menghabiskan masa. Mungkin tiada rezeki aku berjumpa dengan beliau. Siapa beliau? Beliau ialah penulis buku #88lovelife, di mana aku suka sangat hasil tulisannya.

Bila Aie asyik bertanya bila hendak balik rumah, kami pun baliklah. Belek mainan pun tidak ada hati hendak beli, belek kedai-kedai mampu tengok je la, dalam purse ada RM10 je, hahaaa. Sejak aku surirumah, kad bank tiada dalam purse pun aku tidak sedar malah tak mengisah langsung. So jam 12.45pm kami keluar rumah, jam 3.45pm kami sudah sampai rumah balik semula. Sekian terima kasih. Now, waiting result tuan Erwandi hendak balik cuti raya Aidiladha ke idak, I hope, dapatlah balik kampung beraya dengan parent aku, askartiga pun asyikla tanya bila hendak jumpa tokMama. Rindu sangat da gamaknya.





Sekian dahulu entry hari ini, selamat bercuti kawan-kawan, salam aidiladha buat kalian semua. Ah! sudah jadi kipas susah mati FTIsland pula aku ni, hahaha. Daaa...

Tuesday, 15 September 2015

Kokonie atau kakOni atau Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam sudah lewat, biasalah Sabtu malam kebiasaanya memang semua pun akan masuk tidur lewat. Kasi can esok cuti. Tetapi disebabkan tuan Erwandi masih lagi dalam jadual bertugas, makanya aku meminta bantuan daripada salah seorang emak kawan kepada Oni, kakWati. Anaknya sama-sama bermain bola jaring dengan Oni makanya kami akan menumpang kereta dia yang dipandu suaminya. Aku ni hanya pandai memandu di jalan raya yang lengang, yang mudah, yang dekat dan dalam kampung sahaja. Masuk jalan yang aku tidak pernah pergi, memang akan sesat. Aku ni hanya mempunyai hati kecil yang tidak berani untuk memandu di jalan yang luar kebiasaan aku tanpa ada orang temankan.

Tambahan pula tayar kereta tuan Erwandi macam kelihatan luar biasa lembiknya. Hanya mampu bertahan sampai dia pulang nanti. Alhamdulillah, dengar sahaja kena bangun pagi-pagi tumpang kereta kawan kakak Oni makanya semua masuk tidur awal. Awal pagi aku bangun dahulu, 7:30pg harus sudah berada di padang sekolah rendah tempat perlawanan bola jaring diadakan. Disebabkan menumpang orang makanya aku perlu bersiap sedia dengan lebih awal. 

Melihatkan emak yang sudah bertudung, semua pun bangun dengan mata segar bugar. Bersiap dahulu meninggalkan aku yang masih terhegeh-hegeh mengemas rumah.
"cepatlah umi, nanti emak kawan kakak tinggal kita" kata Aie yang sudah menanti di pintu siap berkasut. Qiqi tersandar di sofa dengan muka blur sebelum mendapat abang Aie untuk pakai kasut. Oni yang rajin menyiapkan Qiqi bergegas membantu.

Kami menanti kereta kakWati di hadapan sekolah Oni. Sementara menanti aku bagi peluang askartiga berlari di dapan sekolah, kasi warm up pagi-bagi biar tidak ada yang buat hal. Kereta kakWati tiba aku sambut dengan senyuman meleret. 
"da macam taska pula" kata kakWati melihatkan aku membawa askartiga menaiki keretanya satu persatu. 3 plus 2. Havoc kereta kakWati. Bising dengan suara Aie dan Qiqi sahaja. Aku minta maaf pada kakWati risau mengganggu ketenteraman dia. kakWati ok je. Meriah katanya.

Sampai di padang sekolah, aku kena cargas. Borak, borak juga tapi dengan mata melingas. Mata aku dua tetapi kena bahagi tiga sama rata, sorang ke hulu sorang ke hilir. Argh! ini yang aku rasa isk-isk-isk. Pada Oni aku pesankan ikut cikgu, ye la dia sudah tentu ada jadualnya sendiri. Aku melayan Aie dan Qiqi. Satu part Aie hendak buang air pula, sudah ku hangkut Qiqi sekali pergi tandas. Boleh sahaja tinggalkan dengan kakWati, tetapi tidak mahu menyusahkan dia. Sudah cukup baik dia mahu menumpangkan aku.

Sudah duduk cun-cun bawah khemah, Aie minta nasi lemak pula. Tidak ye, mereka belum makan lagi, kakWati pun ada pelawa kuih muih pagi tadi, tetapi mood aku tengah libanglibu aku macam perasan dan tidak je, segan pun ada. Aku bangun heret juga Aie dan Qiqi beli nasi lemak. Duduk menghabiskan makanan. Qiqi makan donat, Aie makan nasi lemak dan karipap.

Sedang Oni warm-up di tengah padang, Aie minta karipap lagi. Budak ni memang suka karipap. Aku belikan 5 biji dia mahukan yang dalam plastik tu ada dua biji sahaja. Sebelum dia buat hal, baik aku ikut je kata dia, sudah cukup baik dia tidak berlari sana-sini, hahaha. Ye, 5-2, aku makan dua biji sebab Qiqi sudah kenyang, dia makan sebiji so dalam plastik tinggalla dua biji. Problemo betul mamat ni.

Sambil menonton di tepi padang, Aie dan Qiqi main dengan anak kakWati, mujurla ada suami kakWati yang turut sama membantu memerhatikan Aie dan Qiqi. Bersyukur sangat perjalanan hari itu dipermudahkan sehingga tamat perlawanan bola jaring. Tidak mengapalah Oni, kalah pun. Ambil pengalaman, nanti boleh main lagi. Habis perlawanan terus sahaja pulang, Aie sudah mula merengek bila hendak balik rumah kita- katanya. Dia sudah mula rindu dengan bantal busuknya yang tidak di bawa. Qiqi sudah pun melepek di bahu aku.

 Muka awal pagi, ceria bukan main.


 Sebelum ini, yang baju hitam tu satu sekolah dengan Oni.


 Sisters.


Mr Karipap. 


Dahulu, Aku penah pegang posisi Oni. 


Proud to you Oni, emak main netball pun pada umur 12 tahun.


'WA' emak yang tulis tu. Tengah jadi pak pacak kena menulis pula.

You are beautiful, You are magical, You are capable, You are wonderful. Oni...hwaiting!!!

Sampai sahaja di rumah, ketiganya tidak sempat mandi terus terlelap keletihan. Aku? tidur jugalah, hahaha. Letih tu, 2kg turun sebab mengejar askartiga. Mujurnya keeseokkan hari, cikgu sekolah bagi cuti, hurey! Ok jumpa lagi. Sekian. Jerebu, tapi kena poie kedai juga, susu Qiqi habis. Kena lagi angkut askartiga ini, huhuuu...