Tuesday, 15 September 2015

Kokonie atau kakOni atau Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam sudah lewat, biasalah Sabtu malam kebiasaanya memang semua pun akan masuk tidur lewat. Kasi can esok cuti. Tetapi disebabkan tuan Erwandi masih lagi dalam jadual bertugas, makanya aku meminta bantuan daripada salah seorang emak kawan kepada Oni, kakWati. Anaknya sama-sama bermain bola jaring dengan Oni makanya kami akan menumpang kereta dia yang dipandu suaminya. Aku ni hanya pandai memandu di jalan raya yang lengang, yang mudah, yang dekat dan dalam kampung sahaja. Masuk jalan yang aku tidak pernah pergi, memang akan sesat. Aku ni hanya mempunyai hati kecil yang tidak berani untuk memandu di jalan yang luar kebiasaan aku tanpa ada orang temankan.

Tambahan pula tayar kereta tuan Erwandi macam kelihatan luar biasa lembiknya. Hanya mampu bertahan sampai dia pulang nanti. Alhamdulillah, dengar sahaja kena bangun pagi-pagi tumpang kereta kawan kakak Oni makanya semua masuk tidur awal. Awal pagi aku bangun dahulu, 7:30pg harus sudah berada di padang sekolah rendah tempat perlawanan bola jaring diadakan. Disebabkan menumpang orang makanya aku perlu bersiap sedia dengan lebih awal. 

Melihatkan emak yang sudah bertudung, semua pun bangun dengan mata segar bugar. Bersiap dahulu meninggalkan aku yang masih terhegeh-hegeh mengemas rumah.
"cepatlah umi, nanti emak kawan kakak tinggal kita" kata Aie yang sudah menanti di pintu siap berkasut. Qiqi tersandar di sofa dengan muka blur sebelum mendapat abang Aie untuk pakai kasut. Oni yang rajin menyiapkan Qiqi bergegas membantu.

Kami menanti kereta kakWati di hadapan sekolah Oni. Sementara menanti aku bagi peluang askartiga berlari di dapan sekolah, kasi warm up pagi-bagi biar tidak ada yang buat hal. Kereta kakWati tiba aku sambut dengan senyuman meleret. 
"da macam taska pula" kata kakWati melihatkan aku membawa askartiga menaiki keretanya satu persatu. 3 plus 2. Havoc kereta kakWati. Bising dengan suara Aie dan Qiqi sahaja. Aku minta maaf pada kakWati risau mengganggu ketenteraman dia. kakWati ok je. Meriah katanya.

Sampai di padang sekolah, aku kena cargas. Borak, borak juga tapi dengan mata melingas. Mata aku dua tetapi kena bahagi tiga sama rata, sorang ke hulu sorang ke hilir. Argh! ini yang aku rasa isk-isk-isk. Pada Oni aku pesankan ikut cikgu, ye la dia sudah tentu ada jadualnya sendiri. Aku melayan Aie dan Qiqi. Satu part Aie hendak buang air pula, sudah ku hangkut Qiqi sekali pergi tandas. Boleh sahaja tinggalkan dengan kakWati, tetapi tidak mahu menyusahkan dia. Sudah cukup baik dia mahu menumpangkan aku.

Sudah duduk cun-cun bawah khemah, Aie minta nasi lemak pula. Tidak ye, mereka belum makan lagi, kakWati pun ada pelawa kuih muih pagi tadi, tetapi mood aku tengah libanglibu aku macam perasan dan tidak je, segan pun ada. Aku bangun heret juga Aie dan Qiqi beli nasi lemak. Duduk menghabiskan makanan. Qiqi makan donat, Aie makan nasi lemak dan karipap.

Sedang Oni warm-up di tengah padang, Aie minta karipap lagi. Budak ni memang suka karipap. Aku belikan 5 biji dia mahukan yang dalam plastik tu ada dua biji sahaja. Sebelum dia buat hal, baik aku ikut je kata dia, sudah cukup baik dia tidak berlari sana-sini, hahaha. Ye, 5-2, aku makan dua biji sebab Qiqi sudah kenyang, dia makan sebiji so dalam plastik tinggalla dua biji. Problemo betul mamat ni.

Sambil menonton di tepi padang, Aie dan Qiqi main dengan anak kakWati, mujurla ada suami kakWati yang turut sama membantu memerhatikan Aie dan Qiqi. Bersyukur sangat perjalanan hari itu dipermudahkan sehingga tamat perlawanan bola jaring. Tidak mengapalah Oni, kalah pun. Ambil pengalaman, nanti boleh main lagi. Habis perlawanan terus sahaja pulang, Aie sudah mula merengek bila hendak balik rumah kita- katanya. Dia sudah mula rindu dengan bantal busuknya yang tidak di bawa. Qiqi sudah pun melepek di bahu aku.

 Muka awal pagi, ceria bukan main.


 Sebelum ini, yang baju hitam tu satu sekolah dengan Oni.


 Sisters.


Mr Karipap. 


Dahulu, Aku penah pegang posisi Oni. 


Proud to you Oni, emak main netball pun pada umur 12 tahun.


'WA' emak yang tulis tu. Tengah jadi pak pacak kena menulis pula.

You are beautiful, You are magical, You are capable, You are wonderful. Oni...hwaiting!!!

Sampai sahaja di rumah, ketiganya tidak sempat mandi terus terlelap keletihan. Aku? tidur jugalah, hahaha. Letih tu, 2kg turun sebab mengejar askartiga. Mujurnya keeseokkan hari, cikgu sekolah bagi cuti, hurey! Ok jumpa lagi. Sekian. Jerebu, tapi kena poie kedai juga, susu Qiqi habis. Kena lagi angkut askartiga ini, huhuuu...

2 comments:

Masya said...

kalah adat bertanding, yg penting pengalamankan cha betul tu... tahniah dkt oni .. onie mmg kakak yg luar biasa ...

ch@ said...

sisYana: setuju sangat. lagi pun tak sesuai sgt anak2 ni main netball. kena berebut-rebut, lasak-lasak. dorang kan patutnya dipupuk silaturrahim.