Sunday, 2 November 2014

Hati saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam keluarga kecil saya ni, hati saya ialah Adli. Kenapa dia hati, saya punya cinta kepada kekasih saya, saya lahirkan Auni. Bila Auni sudah lahir, saya bersyukur kerana rezeki saya mendapat anak lelaki pula, jadi saya cinta sepenuh hati kepada kekasih saya. Sebab itu secara simboliknya hati saya ialah Adli. Tak faham? takpe-takpe, biarlah saya sahaja yang mengerti. 

Day 2, 5 cara memenangi hati anda.

Saya ialah seorang yang simple, lebih-lebih lagi bila sudah bergelar pengurus rumah tangga sepenuh masa. Jadi, pemikiran semuanya just yang mudah-mudah sebab terlalu banyak yang difikir akan menyebabkan stres pun datang. Untuk mengelakkan saya menaga cara paling cepat dan pantas untuk memenangi hati saya ialah hanya dengan berterima kasih.

Ucap je kata keramat tu, terima kasih umi, terima kasih umi, terima kasih umi, itu sudah cukup buat saya tersenyum lega. Anak-anak terutamanya suka berterima kasih kepada saya, buatkan susu, cucikan tangan, belikan aiskrim, sediakan apa yang mereka mahu, saya akan diberikan ucapan terima kasih umi. Terasa macam solehah sangat pula, hehe.

Ciuman sayang, disebabkan ruang lingkup kebanyakannya hanya di rumah, maka saya hanya punya suami dan anak-anak. Kami tinggal bersama. Jadi apabila saya sedang sibuk dengan kerja rumah, suami akan datang dan beri hug and kiss tanpa saya sedar, betul dia gemar buat begitu. Ah! malu pula menyatakan begini. Ok, ini bacaan untuk yang sudah berumah tangga ye. Anak-anak juga begitu, mereka suka kiss-kiss-kiss pabila saya tertidur, ahahaha-blushing. Stop it-enough.

Bawa keluar atau bercuti atau aktiviti luar jauh daripada rumah. Dahulu ini merupakan aktiviti wajib setiap kali pada hujung minggu. Saya suka berjalan saja-saja dan cuci mata. Apabila sudah punya suami dan anak-anak, aktiviti ini agak terhad sedikit. Saya akan berasa sedikit lega bila mendapat udara lain daripada rumah. Bukan bermakna rumah tidak best, cuma untuk dapatkan aura baru gittu.

Belanjalah saya, siapa yang tidak suka bukan? hahaa, lets go shopping. Tanya apa yang saya hendak, confirm saya akan jawab tah la, takde apa-apa kot. Pantang dipelawa, gembira tapi tidak tahu mahu beli apa. Sudah balik rumah, eh macam-macam pula yang ada dalam kepala. Rugi terasa. Jika beri saya kejutan, hadiah, lagiii suka. Boleh senyum sampai esok-esok-esok dan esok.

Last cara paling efektif and i love in it ialah, puji saya, ringkas. Bagi sahaja satu ayat manis, "hrmmm, sedapla nasi goreng umi ni" thats my Auni bila memuji. Dia juga suka puji saya cantik lebih-lebih lagi bila nampak saya pink. Orang pertama yang dia tengok bila bangun tidur sudah tentulah saya, sebab saya yang menyiapkan dia untuk ke sekolah atau hantar ke sekolah. Baru-baru ini dia menunjukkan saya sehelai kertas yang dia tulis 'nama emak saya ialah umi'. umi saya pandai memasak, menjahit baju, nelayan, jururawat dan pelukis, hahaaa. Macam-macam saya boleh jadi bila dengan Auni. Tak tahan tengok perkataan gedabak besar dia tu. Orang kecil tulisan tangannya, kus semangat. Tak apa, she is only 5 years old. Emak dia sendiri pun, 6 tahun baru kenal ABC. 

Hati: Saranghae.

Done, untuk entry hari ini. Saya minta maaf sekiranya entry ini ada mengguris hati mana-mana pihak yang membaca. Saya cuma berkongsi sedikit tentang diri yang bukan siapa-siapa ini. Kita jumpa entry esok, daaa. Salam sayang semua.



Saturday, 1 November 2014

Saya, bukan siapa-siapa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya hendak sahut cabaran 30 days blogs challenge yang saya jumpa di blog sha whitey mommy kebetulan, saya sedang mengadap blog pada 1 Nov. 2014 jadi saya bermula pada hari ini. Bila sudah sahut, in shaa Allah mari kita lihat entry pada bulan November ini.

Day 1, 1 Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda.


Minta maaf, pembaca terpaksa tengok muka empunya bloghijau yang tidak seberapa ini. Sejak anak-anak membesar bagai juara, emak dorang pun terikut sekali. Pipi melimpah, jerawat tiba-tiba bertambah. Gambar selfie suka berangan ni di ambil sebaik sahaja pulang daripada menghantar Auni ke sekolah, hehe. Minta maaf, sila tunjuk ajar.

Fakta tentang saya, 

Suka hijau, entahla sejak daripada zaman sekolah sehingga sekarang saya memang suka warna hijau, lagi-lagi bila melihat padang rumput yang menghijau, owh sungguh indah andainya dapat berguling dan bergelumang bagai waktu menjadi atlet olahraga satu masa dahulu. 

Gambar fail, koleksi dapur saya yang hijau. 

Suka paper art, saya ada blogoren untuk koleksi yang saya pernah buat untuk kawan-kawan, mereka minta saya buat, jadi saya buatkan untuk mereka dan saya tidak punya copy untuk saya sendiri melainkan abadikan sahaja dalam blogoren. Dahulu, hobi saya ialah menconteng atau melukis pada buku nota kawan-kawan. Jangan beri saya pen dan kertas, memang habis akan saya kerjakan. Bila mendengar ceramah atau pengajar di depan, sambil menumpukan perhatian yang tidak seberapa, saya akan conteng nota. Begitu juga sekiranya saya berasa bosan tahap entahlah tak boleh hendak gambarkan, saya akan conteng diary saya.

Ini merupakan karya baru saya yang diminta oleh bekas rakan sekolah saya.

Suka sedondon, mudahnya apabila sedondon ialah bawa anak-anak ke kedai, mereka sudah pastila bertempiaran rak ke rak, bila sedondon in syaa Allah orang sekeliling akan turut sama alert itu anak-anak saya. Mudah juga untuk saya perhatikan mereka bertiga. Ye, saya sudah punya anak tiga. (termasuk fakta gak ni, dua dalam satu).

Cinta saya, hati saya, dan jiwa saya.

Suka novel, selain sibuk dengan kerja rumah saya suka baca novel bila badan sudah penat, mata pula minta rasa hendak tidur saya akan menonton tv sambil baca novel. Sebenarnya, saya suka membaca, apasahaja. Tapiii baca sahaja la, kadang-kadang ada sikit yang simpan dalam kepala, selebihnya baca then lepaskan macam tu sahaja, hahaa. Saraf otak sudah berselirat hendak menampung maklumat.

Novel saya pada kedudukan tingkat atas sekali.

Fakta terakhir tentang saya, saya suka baca quote yang boleh mempositifkan diri. Semenjak saya menjadi seorang pengurus rumah tangga sepenuh masa (fakta lagi) saya tidak mahu lagi berada dalam mood terlalu merendah diri. Betul, urusan saya yang bergelumang dengan kerja rumah sahaja menjadikan saya seorang yang cepat terasa, cemburu, iri hati-sama  je kan? dengan orang yang berkerjaya. Akan tetapi jalan ini yang saya telah pilih bermakna, jalan ini jugalah yang akan saya lalui. Eh, saya ada satu quote atau sajak atau puisi-entah apa-apapun boleh tentang diri saya secara keseluruhannya.

Nampak biasa punya banyak rasa. Nampak tak apa-apa tapi hati berduka. Nampak ketawa bahagia hakikatnya memendam rasa. Nampak tenang bersahaja namun banyak rahsia. Nampak kental tiada tara tapi bagai tak berjiwa. Aku bukan siapa-siapa.

Haaa, amacam? sudah kenal dengan saya? tak kenal maka tak cinta bukan? hihiii. Sekian sahaja entry pada hari pertama cabaran 30 days blogs challenge. Jumpa esok hari, salam sayang.

Wednesday, 29 October 2014

Hari ulangtahun kelahiran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cahaya petunjuk rezeki sedang bermain babacak dengan abang Adli. Pandai pula abang Adli menghiburkan Arrizqi pabila kakak Auni ke sekolah. Kejap baik, kejap gaduh, baik balik semula, bergaduh lagi, biasalah abang Adli hendak conquer semua mainan, malangnya Arrizqi pun mahu juga. Ye, seorang sudah tiga tahun seorang lagi sudah dua tahun, anak-anak saya sudah besar. Membesar bagai juara, membesar depan mata, membesar saya dan suami yang jaga.

Saya pesan pada suami, jangan lupa beli kek untuk Arrizqi, memang saban tahun sambut ulangtahun kelahiran, kami sambut satu family sahaja, belum berani hendak buat besar-besaran. Gugup. Apapun, tahun ini tiada hadiah istimewa untuk Arrizqi, tidak seperti abang Adli pada umur dua tahun, mainan dapat, kek aiskrim Baskin Robin pun dapat. Untunglah! Merasa juga bila suami balik bawa kek aiskrim Baskin Robin. Memang mantapla rasanya, well siapa tidak suka aiskrim bukan?

Tidak banyak hal sangat yang berlaku dan berlalu. Semuanya berjalan macam biasa, siap masak tengah hari, kita makan kek pula. Yummy-yummy-yummy. Arrizqi, turns two. Kakak Auni dan Abang Adli turns two sudah punya adik, Arrizqi? still adik baby. 

Cute, ensem, mata cantik, banyak cakap, banyak kerenah, suka ketawa sampai mata sepet, sepet, gigi cantik, putih, bulu mata lentik, ah! siapa yang tidak suka puji anak sendiri bukan? Arrizqi si manja, abang kakak sibuk buat projek dia boleh duduk menebeng atas top kabinet dapur temankan emak. Kakak abang sibuk atur tempat tidur, Arrizqi cari pangku emak. Kakak abang sibuk dengan mainan, Arrizqi suka dengan sudu emak. Kakak abang sibuk dengan channel kartun, Arrizqi layan Korea sama dengan emak. Arrizqi, memang anak emak walaupun sepatutnya gelaran itu untuk abang Adli. Apapun, semuanya memang anak emak, hehee.

 Kek tu, haih!





Perjumpaan di meja makan.

Overall of the special day, macam ada tema pula, hahaa.

 Ulangtahun ke dua Arrizqi.

 Ulangtahun ke tiga Adli.

Ulangtahun ke lima Auni.

Sambungan entry kali lepas, kami (saya, Arrizqi dan Adli) ke klinik untuk pemeriksaan 2 tahun Arrizqi. Biasanya, suami membantu menjaga Adli di rumah, disebabkan suami ke Sabah untuk beberapa hari makanya saya perlu membawa Adli bersama. Owh! memujuk Adli sangat mudah, dia angguk sahaja apa yang saya pesan. 
"ye, abang tahu" walaupun dalam kepada saya, memikir apa akan jadi. Dalam hati saya berasa gemuruh tidak terkira. Entah apa yang orang kata, melihat dua beradik itu berjalan kiri dan kanan saya. Kembarkah?, abang adikkah?, sepupukah?. Mereka berdua memang mencuri perhatian orang, apabila kami didatangi seorang doktor pelatih yang sedang buat soal selidik. Soalan awal yang biasa juga saya kena jawab "iya, saya emak dioranglah" dan "30 tahun" dan "muda sangat ke?" di jawab dengan soalan juga dan rasa tidak percaya, poyo kan? boleh agak soalan apa yang ditanya bukan?

Habis sesi soal dan jawab, saya teman dorang bermain sementara menunggu giliran masuk bilik. Penat uols, menyesal pun ada pakai inner ninja dengan shawl. Berpeluh walaupun duduk sahaja bawah pondok berhadapan bilik pemeriksaan. Apa tidaknya, bila Arrizqi ada geng berlari, satu taman dia berlari pusing keliling, Adli jatuh sekali, Arrizqi jatuh sekali, haaa....tidak serik jugek! masuk bilik rawatan, berpeluh-peluh dengan bau asham. Itu belum lagi hal dalam bilik rawatan, macam-macam soalan keluar daripada mulut yang berdua tu. Sampai nurse pun tolong layankan. Biasanya bila Arrizqi seorang sahaja dia akan tidur tetapi tidak pada hari itu.

Upah mendengar kata emak, saya bawa mereka membeli barang dapur sehingga penuh troli. Mereka ikut sahaja belakang emak. Berpimpin. Lepas beli barang dapur, saya bawa mereka ke kedai mainan pula. Pilih jangan tidak pilih. Macam biasa, tetap mencuri perhatian orang. Pegang mainan masing-masing boleh pula berborak dengan staf di kedai. Aduhaiii, peramahnya mengalahkan emak. Jangan hairan bila mereka memanggil orang dengan panggilan "mama". Jika lelaki mereka akan panggil "atok", mereka tidak kisah bangsa, mereka tidak kisah bahasa. 

Balik rumah, saya tukar baju dan keluar semula ambil kakak Auni pula, satu hari yang sangat luar biasa penatnya. Keesokkan hari, abi mereka pun pulang. Lega? hahahaa, sikitla. Hakikatnya sama sahaja, kekeke. Apapun, saya suka je pekerjaan saya sekarang ini.

Ulangtahun pertama mereka.

Ok, rasanya cukup sampai di sini sahaja. Macam mana entry ni? ada nampak yang berbeza? hihiii, salam sayang jumpa di lain entry daaa...