Wednesday, 3 February 2010

aku menangis

sumber : image dari encik google

adudududuudduiii!!!

aku mmg tunggu kemuncak drama Rahsia Hati ni, walaupun aku bukan peminat tegar drama bersiri ini, ahaha... malas weih nak menunggu citer ni, aku tengok 1st episod and last. sebab ada si jajaka ensem ini la yg aku dok menunggu endingnya, tak kisah la happy or bad ending.

sumber : image dari encik google

dan baru je wajah wati (kump. elite tu) dah pun mengundang ayor mata aku. pergh! berkesan sampai ke hati, aku mmg suka dia berlakon. then, bilamana sahaja wajah aaron bersemuka, adoiii!!! makin banyak lak ayor mataku mengalir, tahap tersedu-sedu. aaaiisshh! macam sedih sangat je :p

citer ni, aku tatau happy or bad ending, ahahah! ye la. aku mana tengok bahagian tengahnya so aku simpulkan bad ending la sbb jejaka ini jatuh sakit. adei!!! part dia jatuh sakit tu, aku tak tahan weih, part tu la berjurai-jurai air mataku ini, ces! membazir pd bkn tmptnya. ahaha!

tapi sekali sekala aku menangis mcm tadi, best gak...terasa lapang minda dan emosi aku. bila last aku nangis eh??? seingat aku, masa 1st time tgk cik auni kot? ehehe!

*** sorry la, aku tak pandai nak ulas drama, so korang layan je la astro. nanti akan ada ulang tayang eh? daaa... ***

Tuesday, 2 February 2010

aku sendiri

jemu gak rasa bila citer pasal cik auni je, aku rasa dah mcm blog dia lak, hahaha! dlm pala otak aku ni ada gak terberangan nak buat blog tuk anak mcm kakNida tapi bila rasa nak buat teringat plak, anak sorang leh la buat lagi nnt dah masuk 2, 3, 4, waiyoo tak cukup masa tido la jwbnya :) takpe la share je.

aku? hahaha still macam dulu gak, cumanya pp agak naik sikit, berat pun naik turun naik turun 46kg ngn 47kg, hari tu sesipi nak cecah 50kg, tapi...bila timbang balik terus turun, adoiii! bagi kat cik auni, dia lak dah 9kg, hari ni hari jadi dia ke 7 bulan :)

hari ni aku try test baju kebaya aku, mana tahu kot² tak masuk lak kan? baju lama...rupanya he'eh ok lagi la, selesa seselesa yg dulu gak. aku makin mengecut kah? or baju itu sudah membesar? ahaks! - ayu gila aku hari ni!

nak story pasal perubahan sekeliling aku sgt byk, then perubahan paling penting ialah aku sudah pandai memandu kereta, ahaks! apa la kan? tu pun nak criter, mmg aku ni penakut dan jns org tak berapa konfiden, tapi satu perangai aku ialah redah je, hahaha! mmg aku tak pnh berangan langsung nak drive kat KL ni, apatah lagi memandu meredah lebuhraya, tapi disebabkan mesti jugak redah, makanya aku menjadi pandai...hahaha! hari ni gak la aku berani ikut lorong kanan (lorong laju) huhuhu! kereta bergerak sendiri kata kawan aku, kurang asam. tak padan dgn org.

kalo dulu blk keje leh berfoya-foya, skrg tak boleh. aku kena amek cik auni, berpeluh gak la mendukung minah tu, dia lak sudah mahu mengexplore sana sini, smua menda nak dipegangnya, jenuh. sampai rumah, aku kena bahagikan masa lagi, kemas rumah, masak, mandi, solat, lipat baju, angkat baju, jaga cik auni...kalo ada mr.abi aku leh je lenjan smua sbb dia tolong jaga cik auni, bila dia tidak ada....huiiii! menguji kesabaran dan kesemangatan betul :p tapi mmg tu la keje aku hari², kang malam minah tu, nak susu, tkr pampers, aku lagi, saat ni mmg aku sangat kagum dgn ibu yg lahirkan ramai org anak...mcm mana nak bahagikan masa tu kan??? superb. perempuan mmg superb.

mata aku sudah layu kekuyuan...aku undur diri dulu :p

*** aku masih berdikari ***

Monday, 1 February 2010

cik auni mengembang

Selamat hari wilayah, KL cuti jln lengang pukul 8 aku dah sampai opis, taklah semangat mana tapi tak sabar nak dgr cerita biha, rupanya aku baru kuar rumah dia dah pun sampai opis, gila awal :p dia memandu sendirian utk yg pertama kalinya (pssst dia bawak kereta baru :p)

Aku sangat teruja, aku sangat gembira, aku sangat-sangat gembira…menang loteri? Aish! Dok eh, tak bek main loteri, menang kereta baru? Owh! Tidakkk…

nak gi rumah zara...

Apa lagi kalo bukan perkembangan puteriku cik auni. Aku pergi majlis cukur jambul Arissa Az-Zahra (cik Zara) anak saudara aQies a.ka. makcik. Dan buat pertama kalinya, anak dara aku ni menunjukkan keterroran dia mengangkat montotnya utk langkah permulaan merangkak. Ergh! Aku sgt gembira :p ~ come on cik auni, come on! ~ walaupun tak bergerak, tetapi dia masih lagi mahu mencuba. sweet je!

*cik zara pun lahir lebih kurang sama ngn cik auni, cumanya cik auni masih lagi mendahului : cik auni (1.8kg = 35 minggu) dan cik zara (2.1kg = 36 minggu) kan? Sipi² je :p

Punch card kali ni cik auni dah tunjuk belang, membebel. Pening org nak melayannya, dan tindakan cekap mak su myra (aku mmg kagum adik ipar aku sorang ni jaga baby) dia telah memasukkan cik auni dalam walker (cik su mija nyer). Huhuhu! Wow! Buntang bijik mata aku, bukan main laju lagi cik auni membawa kereta barunya itu. Dia sangat cekap. Dgn keluasan rumah mertua aku itu memudahkan cik auni menjelajah sepelosok rumah :)

cik comot yg cute

Dan abah telah memberi kebenaran utk membawa kereta baru itu balik KL. Hahaha!

Cik auni : yeah! Aku dapat kereta baru…(dlm hati)

Abah : bawak la balik walker tu, tak guna dah kat rumah ni, disimpan je sayang…

Mr. Abi : harta pusaka turun temurun

Aku : wah! Auni dapat kereta baru

Abah : kereta 2nd hand :p

Mr. Abi : janji elok (sambil menjijing ke kereta)

Balik KL macam biasa singgah giant taman conought, belanja barang dapur. Wow! Ramainya orang…ponuh, cik auni dah bantai tido dalam stroller, tapi…selesa mana la stroller kan??? Sekejap je, dia bangun sendiri berusaha utk duduk.

Jeng! Jeng! Jeng! Skali lagi aku kagum…cik auni pandai duduk sendiri, waaa…terasa nak menangis keharuan. Kukuh dia memegang kiri kanan stroller tu. Tak bersandar, mata cantik, hidung cantik, mulut cantik, lalu sebelah orang ramai, smua mencuit. Adoiii…cik auni, you are the best. Tersengih lebar.

cik jakun

Dan selepas ini bermula la episod aku berperang dgn cik auni, hahaha! Dia dah pandai mengesot guna tangan, dah nak merangkak. Dah pandai membebel, mengemas…waaa!!!!

*** aku semakin pening, rumah ku semakin kecil ***