Wednesday, 6 January 2010

life is short so...make it sweet!

itu dia, bila dah start speaking London maka acara membebel secara tak tentu arah pun bermula, kat TV movie mulan sedang ditayangkan dan cik auni sedang menontonnya, sudahnya dia tidur...mr.abi dah pergi main futsal. malas i nak ikut tau, nanti bergosip je. hahaha!

actually tangah dok mengemas kinikan fail² yg telah porak peranda dlm pc milik mr.abi ni, agak banyak jugak harta yg mahal² milik mr.abi dlm rumah ni. ye la...aku baru tersedar. muahahha! lantak, dah ada kesempatan, guna je la. i'm his lovely wife ok.

dlm pada dok delete fail sana, pindah fail sini, terjumpa gambar yg sangat kenangan dan agak kontroversi (ko call la aku kalo nak tau lanjut) bagi aku but, i love this pics. buat cik Aqies dan cik EbiQ love both of u, i miss this momment too much ok.


aku kenal ngn cik Aqies ni, ergh aku lebih suka panggil dia makcik, haha! aku kenal kat bus stop depan opis, see betapa pentingnya hidup berkawan? let me think, rasanya makcik ni yg tegur aku dulu, and start onward, everyday aku akan breakfast, lunch, balik kerja dgn dia. merayau-rayau ke Masjid Jamek, Sogo, kedai buku, buat facial, Sg Wang, Puduraya, mana je kaki rasa nak pergi kitorang akan pergi. then, sehinggalah bertemu dgn cik EbiQ. semua dgn makcik. love u la makcik. actually, banyak lagi memori dgn makcik ni, kena buat buku...:p

dgn ebiQ, actually aku tak kenal dia sangat pun, sebab dia kawan Arbayiah (kawan baik aku jugak) aku sangat dah lupa, macam mana kitorang boleh jumpa balik kat KL ni, then start from this we all together. makcik dan EbiQ selalu jumpa sebab time tu ex-boyfren masing² training kat Jalan Semarak. (sorry to said) then aku pun sama mr.abi a.k.a tunang aku pun kat situ. walaupun tak selalu aku melawat tunang aku time tu tapi sekali datang, tak cukup tangan. macam nak berkelah.


saat paling aku ingat makcik ni, punya la dia lupa dia boleh criter pasal family EbiQ dgn aku, bajet macam aku tak kenal je kawan yg dia criter tu. hello kan aku yg kenalkan dia ngn EbiQ, hahaha! barulah dia tersedar.

aku sangat suka berkawan dgn dua org ni sebab, katalah apapun, buatlah apapun, diorang tak ambik hati, mungkin ada sikit sebab mulut aku ni agak lazers sikit, tapi dorang tahu itu mmg perangai aku, aku tak suka aku cakap, aku tak puas hati aku diam je. hahaha! boleh gittu...

kepada makcik, semoga terus success dalam menggapai cita² ok, kepada EbiQ, selamat menempuh kehidupan, tak lama lagi bergelar Puan macam aku. wow! aku la yg paling advance nampaknya...hahaha!

*** yg pasti senyuman tu tetap kukenang sehingga bila-bila. melayan kaki yg sakit tak baik² lagi. waaaa.... ***

Monday, 4 January 2010

ada jual kaki?

kat kedai spare part mana ada jual kaki? huhuhu! kalau la ada kan? kaki aku sangat sakit mcm orang yg tak pernah bersenam tiba-tiba kena lari 100meter, pergh! macam ada telur kat betis, goreng atau buat setengah masak mkn ngn kicap pun sedap, kenyang lagi....aku dah merapu mcm miss oren, (sorry ye fren, i mmg suka blog u yg merapu tu) wakakaka...

pagi tadi, aku mmg sangat-sangat menghindari peristiwa ini berlaku kpd aku, akan tetapi ia terjadi jugak, ku doa-doa setiap hari, akan tetapi terjadi jugak, lift rosak.

dgn beg sandang baju auni + handbag aku + cik auni 7.3kg, aku panjat tangga sehingga tingkat 14. bila ku bayang²kan semula, andainya perkara ini terjadi lagi, mmg pantas aku MC atau EL, sebab aku separa sedar bila sampai tingkat 10. nak pengsan, aku celik²kan bijik mata aku sebab aku dukung cik auni, sangat kesian dgn cik auni, dia pun penat, sampai terlentok kat bahu aku.waaaa.....aku kena kuatkan semangat.

aku turun balik smula, terasa melayang-layang, kaki aku m'gigil teruk, mcm tak rasa je tekan pedal minyak or brek kereta. owh! sikit lagi sampai opis. akhirnya aku sampai jugak, dgn harapan bila balik amek cik auni nnt lift sudah ok, kalo tak ok gak, huh! aku tggu smpai dia ok jugak. tak larat!!!

kesannya, mlm ni aku rasa kaki aku sgt sakit, aku nak gi cari tukang urut sebelum tido....wahaha! mr.abi la yg kena, pdn muka dia aku call tak angkat-angkat saper soh!

***byr maintenance bukan main ikut jadual, tak penah tak bayar, tapi mengapa lift masih lagi tidak berfungsi sebaiknya?***



Saturday, 2 January 2010

peninggalan 2009

entry pertama 2010, aku tak nak wish beria-ia sgt, sbb aku mmg tak suka menjelang tahun baru. sbb lagi umur aku akan bertambah lagi satu angka, adei this year i'm 26 already. tambah lagi 4 = 30. apa!!! 30thn...huhuhu! tapi aku tetap di gelar budak sekolah, waaaaa......

2009 adalah tahun yg meninggalkan kesan dan tanda seumur hidup aku, dan tanda itu akan aku bawa sepanjang kehidupan aku selepas ini. pergh! apa la tu agaknya kan?

semestinya la kesan pembedahan kelahiran cik auni, 2hb Julai 2009 akan aku kenang sampai akhir hayat. itulah kesan paling besar 2009, tarikh itu jugaklah yg menambah status aku dari isteri kepada umi. tarikh itu jugaklah yg merobah perjalanan hidup aku sehari-hari. tanpa cik auni aku pasti 2010 akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. cik auni penerang kehidupan seluruh keluarga aku. wah gittu!

apa aku harapkan pada 2010 adalah, semoga aku terus tabah dan sabar membesarkan cik auni, ergh budak ni makin lincah dan pantas, cepat je nak merajuk tapi dia juga seorang yg sangat peramah dan mesra, tak lupa juga pemalu dan teragak-agak bila pertama kali bersua muka. cik auni, harta paling berharga dalam hidup aku.

itu aje....hehehehe! so mari kita layan cik auni genap 6 bulan hari ini.

aku tatau nak cakap apa dah, bila dia buat muka cenggini!


mujur badan taff, kot tak mmg satu keje nak tarik dia dari bawah sofa tu...

tgk kaki dia, suka hati dia je naik atas rak tv tu...

*** aku harap 2011, adik kepada cik auni, cewah gittu....comel mcm cik auni jugak :) wiwit!!!***