Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kali lepas ke mahkamah, kes disebut semula pada 9 Jun dengan dokumen yang tidak cukup dan kehadiran Nurul Fatehah sekali. Kehadiran ke mahkamah kali ini dengan harapan fail masuk dewan bicara. Jadi, daktiga sudah menempah tiket awal tidak ke sekolah seperti lazimya kita gerak awal pagi. Nurul Fatehah sudah pun check-in hotel berdekatan dengan mahkamah. Tuan asben beri cadangan untuk kita stay dengan dia namun kita tidak mahu kerana ada order perlu disiapkan.
Kami gerak awal pagi dan perjalanan lancar, berhenti sarapan di kedai yang lepas sambil menunggu Nurul Fatehah sampai. Ramai benar manusia awal pagi, penuh tempat duduk. Kami duduk di meja paling tepi betul-betul sebelah tempat letak kereta. Tidak lama menunggu, Nurul Fatehah tiba dengan senyuman.
Kami bersalaman dan berbual macam biasa, pesan menu pun menu dan minuman yang sama, hahaa tose dan barli suam. Tidak mahulah makan nasi lemak, ada yang mencari tandas kejap lagi. Selesai makan, kami gerak ke mahkamah yang berada tidak jauh dari tempat kita bersarapan. Kita pergi dengan Nurul Fatehah dan follow tuan asben.
Bila bertiga, kita harus berada jauh dengan tuan asben, untuk mengelakkan sebarang kejanggalan, lagi pula sudah lama tidak bertemu dengan minah seorang ni, dan bolehla gosip bout tuan asben, yihihihi~
Kali ini kita tidak berasa keseorangan dan agak tidak bergemuruh meskipun kes kita ni bukanlah biasa-biasa. Duduk menunggu dengan Nurul Fatehah dalam dewan bicara yang semakin lama semakin sejuk sambil bercerita itu dan ini memberi laluan, siap kita beri sepasang stokin yang dipakai kepada Teha, hahahaa~. (kita memang suka pakai stokin dua lapis). Kes by kes disebut satu persatu. Tiba giliran kami, eh pegawai pendaftar ni berkata lain pula. Walhal kali lepas, dia minta kami bawa Nurul Fatehah dan mengisi satu dokumen. Bila dokumen di hantar, dia tidak berpuas hati pula dan kes ditangguh lagi pada bulan Oktober nanti, lah~
Jadi, kes belum lagi masuk bicara, pada Nurul Fatehah kita mohon maaf sebab kecelaruan pegawai pendaftar. Selepas urusan mahkamah selesai kita kerah tuan asben mencari cafe, ngopi-ngopi sebelum Nurul Fatehah bergerak balik ke Kedah. Mulanya hendak lepak ZUS Coffee namun dua kali tawaf tiada tempat letak kereta at the end pergi Kenangan Coffee saja. Order menu sama lagi, weols puasa kopi sebenarnya masing-masing rasa dah mental ja dibuat dek tuan asben ni, maka kita order Signature Double Chocolate Frappe manakala tuan asben Hot Chocolate. Duduk berborak untuk finalization kisah mahkamah hari ini dan merancang beberapa hal untuk akan datang.
Nurul Fatehah terus memandu pulang ke Kedah, kami pulang ke rumah sambil berbual beberapa hal lagi. I just doing good end up don't think, just go with the flow, ALLAH ada.
![]() |
| Iklan gigi, ahahaaa~ |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.



6 comments:
nampknya kena p mahkamah lg la tangguh ke oktober plak
Moga dipermudahkans egala urusan Cha dan Fatehah juga..
Kita suka Kenangan Coffee hehehehe
Betul tu, go with the flow... janji kita dah usaha yang terbaik, selebihnya serah pada Allah. Sambil-sambil tu dapat juga jumpa Nurul Fatihah & reward diri minum frappe sedap. Semoga segala urusan selepas ini berjalan lancar ya Ch@..lamanya nak tunggu tarikh baru tu
nurul fatehah ni saper...apa2 pun, moga dipermudahkan segala urusan yer
Hmmm akak nak komen lebih2 tapi ada benda yang akak rasa sedih juga jadi....ok...bila bertangguh ni harap2 yang terbaik berlaku (tak nak le letak sini apa maksudnya).
susah juga ya nampaknya.. ingatkan dah ada keizinan senang je... semoga dipermudha segala urusan kalian..aamin
Post a Comment