Thursday, 11 June 2026

Cervical Lordosis dan Cervical Spondylosis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Lately, dok ketagih main sticker agaknya terasa tangan kanan ni ngilu je. Tapi ngilu yang sekejap ada, sekejap tiada. Sampailah hari hari Khamis lepas ngilu tu rasa berpanjangan, menulis pun tulisan jadi bersimpang siur, jenuh juga buat senaman tangan, tidak menjadi.

Lepas kena pneumonia lepas, entah macam mana serasa tangan dengan kaki kanan rasa heavy, hendak kata kebas tidak juga, rasa tebal dan berat. Tapi bila bekam dan urut, normal untuk dua tiga hari. Banyak kali juga tuan asben offer pergi hospital, biasalah si Syasya dengan hospital memang tidak geng, hendak makan ubat pun tidak suka apatah lagi ke klinik dengan hospital, aih~ 

Akhirnya drive pergi juga setelah dipaksa tuan asben, risau juga jika kena strok kan? makanya kita gigih la ditemani Auni dan Arrizqi. Tuan asben ajar pergi Putra Medical Centre (PMC), guna micare bawah nama tuan asben. Pendaftaran, yada- yada- yada dan menunggu. Pendaftaran sahaja sudah kena menunggu, giliran jumpa doktor tidaklah ramai, namun menunggu.

Doktor minta buat xray, selepas buat beberapa pemeriksaan fizikal. Masuk semula dengan fail xray, doktor kata something wrong with my tulang leher. Jadi dia buatkan surat rujukan pakar tulang, pulak daaah~ manakala kaki tidak ada apa-apa masalah.

Auni dan Arrizqi kita suruh dorang pergi shopping dulu, dorang terus menunggu dalam kereta dan kita menunggu pakar tulang Dr. Ramesh. Rezeki, Dr. Ramesh ada di hospital pada petang itu, merawat hanya di ruang kecemasan PMC.

So far, dengarlah penerangan pakar tulang tentang kenapa my hand rasa ngilu, sebaik sahaja dia buat pemeriksaan serupa doktor tadi dan tengok laporan xray. Rupanya kesan daripada bentuk tulang leher yang tidak normal menyebabkan saraf tangan kanan jadi terhimpit.


Lihat perbezaannya? orang normal bentuk C, kita punya bentuk lurus ye, kenapa? sebab bentuk tulang tu bukan segiempat seperti gambar kiri menyebabkan kita punya disc spaces jadi sempit. Bila sempit tu la yang tekan saraf tangan, gitulah kekdahnya.

Faktor? pakar kata mungkin keturunan, ada darah tinggi, kencing manis, merokok atau asap rokok sebabkan salur saraf jadi lebih sempit, pernah jatuh dan tabiat tidur arah ke kanan. 

Rawatan: Pakar suruh makan vitamin B1, B6, B12 dan buat regangan Cervical Spondylosis untuk rasa lega, sakit ni seiring dengan umur jadi memang tidak boleh pulih seperti 10 tahun yang lepas. Hanya boleh kurangkan rasa tidak selesa itu. Maka esoknya bermulalah, makan vitamin dan senaman, hahahaaa~ dah kata kita menua, taknak percaya yih~

So sekian cerita, kita akan busy sikit selepas ini. Macam-macam hendak diselesaikan, entah 2026 ini penuh cerita yang perlu dicari hikmahnya. Allah swt rindu sangat dengan kita ni, mudah-mudahan semua baik sahaja.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

22 comments:

Suria Amanda said...

Betul tu Ch@, mula-mula mesti risau ingat kena strok bila tangan kaki rasa berat. Alhamdulillah cepat-cepat pergi PMC buat X-ray, sekurang-kurangnya dah tahu punca sebenar daripada Cervical Lordosis & Spondylosis tu. Tabiat tidur dan postur badan memang main peranan penting kan. Selamat mengamalkan vitamin dan rajin-rajin buat senaman regangan ya Ch@. InsyaAllah, ada hikmah di sebalik ujian ni...terus kuat OK?

Mama Zharfan said...

shafakillah

adnil linda said...

sebab tu orang tekankan postur badan dari awal.. sekarang ni pun, selalu pesan dekat partner ofis, nak buat kerja2 berat, minta tolong,,jgn nak buat sendiri.. sebab benda tu akan effect di kemudian hari..
semoga keadaannya beransur pulih ya kak Cha

Roziah @ Cie said...

Bahasa perubatan memang sukar difahami. Nasib la dengar cakap tuan husband baru la tau puncanya apa. Semoga cepat baik.

Ako Retna said...

alamak cha... seram plak klu part leher dan tengkuk ni.. ya allah semoga yang baik2 aje ye

SN Faaezahh said...

Kena buat fisio tak ? Semoga selamat ye semua.

ch@ said...

kakak sa: alaaa nak kena buat regangan ke kak? malasnyaaa~ makan-makan takde ke?

ch@ said...

mama zharfan: syukran ukhti.

ch@ said...

linda: alaaa kena bebel pula, hahaaa~ tahu je tapiii begitulaaa...

ch@ said...

cie: kekeke, sbb makin lama makin ngilu, jika makin beransur hilang mmg ignore lagi arahan tu.

ch@ said...

kak retna: sebab seram tu la serah diri ke spital. tq kak retna.

ch@ said...

faa: doc. suggest fisio. dia bg gak video kena buat sendiri. mujur mmg suka buat yoga.

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

semoga setelah rutin minum vitamin dan melakukan apa yg diadvice dokter, berkuranglah nyeri dan sakitnya ya kak :) vitamin2 yg dikasih memang bagus untuk saraf... saya pernah mengalami tangan mudah kebas, tapi setelah rutin minum vitamin B complex, memang tak ada masalah lagi

Mznimnwr said...

tabiat tidur arah ke kanan tu.. maksudnya tidur mengiring ke kanan ke. yg tu hari2 saya buat huhu

Mulan said...

Take care Cha. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya ya

ch@ said...

fann: kak ni sejenis ak gemar mkn ubat2an ni namun kena start la nampaknya selepas ini. terlupa jap da menua.

ch@ said...

mazni: ye camtula pakar tu kata. takpe u muda lagi sis. leh tukar habit tu.

ch@ said...

kak mulan: inshaaAllah kak mulan. amiiin YRA.

Ammi said...

baca tajuk ingatkan something related to serviks..ahakss

ch@ said...

ammi: adeih~

Pizzah said...

Mujur pergi jumpa doktor awal. Jadi tahu apa sakitnya. Kalau sakit keturunan ni kadang buat kita risau juga. Yelah, tiba-tiba je tanpa kita tahu. Take care Cha.
Terasa begitu juga, tahun 2026 yang menduga hati dan perasaan. Sobs sobs sobss..

ch@ said...

fiza: hugs~