Kita wanita pergi solat Jumaat korang. Biasanya rutin Jumaat, hantar Adli dan Arrizqi ke Masjid Zahidiah untuk dorang solat Jumaat, Jumaat kali ini, kita sendiri pergi solat Jumaat. Teruja? ofkos. Aku bersiap awal. Aku ajak tuan asben pergi masjid, sejam awal. Eh, dua jam awal. Tuan asben asyikla zikir dataran tawaf penuh. Mestilah, orang yang keluar masuk tu sama je banyaknya.
Disebabkan tuan asben tidak mahu pakai ihram, maka kita kena cari pintu naik tingkat satu untuk solat di sana. Siang Jumaat yang aktiviti bebas, aku ni belum baca Al Kahfi lagi jadi marilah kita gerak ikut jalan umrah malam tadi namun.... eh, jalan ke pintu King Abdul Aziz sudah di tutup, argh sudah.
Maka berjalanlah kita berdua ikut barricades yang sudah dipasang sepanjang jalan untuk masuk masjid, melalui pintu yang lain. Sekejap-sekejap tuan asben pegang lutut, sampai aku rasa aku sudah susahkan dia. Tapi, aku memang minta dia temankan disamping aku belajar selok belok struktur pintu dan jalan masjid ni. Kita masuk pintu 79, buka kasut dan naik tangga, ramai je mereka yang berkaki ayam. Lantai masjidilharam sentiasa bersih dan dibersihkan.
Aku ikut tuan asben, makin diikut eh makin semuanya nampak lelaki sahaja, salahkah aku?
"ayang, macam saf lelaki je ni? saya patah balik la ye?" tuan asben berhenti, memerhati.
"entah" jawabnya. Jawapan yang memang tidak melegakan kegusaran.
"takpelah, saya patah patah balik p sana. Jumpa kat bilik je nanti" aku mengundur diri. Pusing balik arah masuk.
"okey" dan kita berpisah. Kau di sini aku di sana.
Aku melalui pegawai bertugas wanita berpurdah, matanya sahaja melirik aku, aku senyum angguk dan berlalu, seram mak! haaa barulah betul. Cuma, semua saf yang ada karpet sudah dipenuhi jemaah. Macam-macam pattern, ada yang bergelimpangan, ada yang baca Al Quran, ada yang bersolat, ada yang berbual, ada yang termenung. Aku masih mencari kedudukan.
Kaabah? memang tidaklah nak nampak jika sudah jauh terkebelakang begini. Dalam hati memang tidak putus berdoa dipermudahkan urusan aku. Sipi-sipi dapat hujung karpet hasil menyelit dan menyelah. Wanita Turkey agak berusia, memberi sedikit ruang pada aku. Dia sedang baca Al Quran, senyum. Aku duduk menghela nafas sambil memerhati sekitar.
Zohor tu, dua jam lagi gais. Jemaahnya sudah penuh dan masih diisi-isi-isi lagi. Tidak berlengah, aku solat sunat dahulu walaupun masanya panjang lagi. Entah bila, disebelahku juga sudah diisi, sebelah ni laluan untuk berjalan sebenarnya, diletak juga bekas air zamzam sebaris dengan tiang. Eh, masih juga lagi boleh memuatkan orang? Masjidilharam seperti ajaib, nampak ramai namun bila tiba waktu solat, boleh sahaja memuatkan semua orang.
"Dari Malaysia ke?" sedang aku berzikir, aku ditegur orang sebelah yang tempatnya di jalanan, dia menutup jalan dengan sengaja.
"iya, Syasya" jawabku. Aku pasti dia juga Malaysia, kita masing-masing pakai tag agensi yang boleh diagak dari mana asalnya.
"Tiqah, saja tutup jalan. Dah penuh biar tidak ada yang masuk lagi" terang Tiqah sambil betulkan sejadah.
"bukan kali pertama umrah kan?" tanya ku, mellihat tindakan dia yang bersahaja begitu.
"ha a, kali ni datang dengan emak. Emak di belakang. Tinggal anak-anak dengan suami" jawabnya.
"kita kali pertama, dengan suami je. Lama lagi ni, jom kita baca baca Al Kahfi Tiqah?" aku memusingkan badan untuk mencapai Al Quran.
Ada seorang budak betul-betul duduk bawah tempat Al Quran, aku minta dia ambilkan satu untukku. Tiqah membaca Al Quran menggunakan handphone sahaja. Selesai Al Kahfi, aku sambung berzikir, tidak mahu mengganggu Tiqah. Sesekali badan aku teralih di sentuh jemaah lalulalang. Sehinggalah khutbah Jumaat bermula, Bahasa Arab daaa~
Aku boleh faham sedikit sahaja, selebihnya hrmmmmmmmm~ faham guna niat. Namun, menguatkan azam aku hendak belajar Bahasa Arab apabila dengar suara imam menahan sebak semasa menyampaikan khutbah. Sunyi sahaja masatu.
"nanti dia sampaikan dalam English" kata Tiqah, namun..... tiada pun. Tahu-tahu azan Zohor dan kita solat Jumaat dua rakaat dan diikuti solat jenazah seperti biasa.
"ada rezeki kita jumpa lagi Tiqah, petang ni kita ada sabil. Esok-esok ikut tentatif mutawwif" aku berkemas.
"itulah, InShaaALLAH. Kita pun tidak tahu lagi macam mana perancangannya hari ini, ustaz ajak pergi makan-makan" jawab Tiqah menghulur tangan bersalaman. Kita berpelukan, berphoto dan bertukar nombor wA. Berpisah, aku perlu mencari pintu keluar. Aku ikut sahaja laluan sewaktu masuk tadi. Berhimpitan dengan pelbagai saiz jemaah, ada masa aku berhenti memberi laluan, ada masa aku menyelit, tangga wei ghisau tergolek dok, keluar masjid cari ruang kosong sedikit dan mata melilau melihat landmark hotel. WC 3 let's go, nampak macam sudah boleh lalu jalan balik hotel tu. Maka terselitlah aku berjalan keseorangan sambil seronok tengok gelagat orang sekeliling. Owh, aku memang tidak rajin untuk keluar handphone, aku fokus. Jika tidak, aku sesat entah ke mana, sebab aku rasa kerdil betul dilautan orang ramai yang berjalan keluar masjid.
Aku dapat wA tuan asben yang tersesat, sudah alang sesat aku minta dia tapau je makan tengah hari, cari nasi lauk daging. Aku tidak gemar sangat turun mencari makan, satu aku jadi rambang mata melihat terlalu banyak menu di tingkat bawah Al Safwah Orchid Hotel ni. Dua, tidak akan dapat tempat duduk, pelanggannya terlalu ramai. Tiga, akan kerap kena panggil untuk singgah kedai mereka,
"kakak cantik, masuk dulu murah-murah" hahaaa~ aku hendak belajar Bahasa Arab, dorang cakap melayu, LAH~! tapi yang aku suka cuci mata, jejeling sikit tengok staff-staff promosi perfume, dah la wangi, kekacaks pula, segak dengan sut depa, muka arab kan? astaghfirullah zina mata Syasya, hahaa~ Setiap kali keluar masuk hotel memang lalu kedai perfume dorang.
Selesai makan kita rehat sementara tunggu Asar. Selepas Asar kita ada sabil, pemberian sedekah makanan di tanah suci. Sumbangan daripada family, ustaz akan pesan pack makanan dan air dan kita agihkan sama-sama. Face to face. Tangan ke tangan untuk ambil berkahnya. Merasalah aku dan family mengagih makanan kepada jemaah yang lalu lalang.
"sabil-sabil, beriyani-beriyani~!" berderu yang datang. Alhamdulilah.
Malam itu aku hanya solat Maghrib dan Isyak di musolla sahaja, masuk sahaja pintu musollah tepat seorang kakak menyapa aku. Tengok muka, memang Malaysia la nampaknya. Dengan senyuman dan rapat-rapat aku menempatkan diri di sebelahnya. Dia ramah menegur aku, selesai berkenalan.
"cuba teka anak kita berapa?" tanya kakJannah, tiba-tiba. Aku gelak. Dia memang peramah betul.
"10orang" aku random.
"eh betullah" jawabnya sambil menepuk-nepuk bahuku.
"macam mana kau teka betul?" tanya kakLin. Dia yang senyum dengan aku dulu masa masuk tadi.
"nama pun teka random je la" aku menjawab dan selepas tu aku solat sunat masuk masjid.
Duduk bertafakur, aku dengar kakJannah hendak pergi buat tawaf sunat, lekas sahaja aku hendak ikut.
"kau pasti? pukul 2pagi" tanya kakLin memerhatikan aku, dia ni seperti mak-mak sahaja, kelakar.
"pasti kak pasti"
"kau bagitau suami dulu tau?" ujar kakLin lagi, selepas kita bertukar nombor wA
"iya, baiklah. isk risau sungguh" aku jawab sambil bersalaman.
"kita pergi pukul 3am la Sya, kat lobi" ujar kakJannah.
"boleh, pepehal rojer" jawabku dan menghilang dalam lift. Lift pun macam mana jemaah lelaki boleh naik lift depan musolla perempuan, aduiiii~
Dan pagi itu, jam 3pagi aku turun lobi sendirian selepas mendapat keizinan tuan asben, kakJannah dan kakLin jaga aku sepanjang kita tawaf 7 pusingan. KakJannah banyak membantu kerana dia sudah banyak kali buat umrah, kakLin as emak-emak guard aku memang macam bodyguard.
"kau jangan jauh-jauh, kau jangan hilang, aku susah hati nanti" katanya. Baik kakLin, kita taknak kak susah hati, dapat kakak-kakak baik ni pun dah seribu satu syukur.
Pagi itu aku bersolat Subuh di musolla sahaja, satu yang best solat di musolla ni ialah akan rasa seperti bersolat di masjid Malaysia. Selain vibes masjid Malaysia, jemaah Malaysia yang ramai juga menjadikan suasana tu tidak kekok. Kita boleh menyapa seperti sudah lama berkenalan.
![]() |
| Keindahan masjidilharam tingkat satu. |
![]() |
| Tiqah. |
![]() |
| Coklat beli di ladang rose. Sedap yang hijau ni. |
![]() |
| KakLin kiri, kakJannah kanan. Sampai hari ini, kita stay talk with others thru wA. kakJannah kata, nanti kita jumpa dalam syurga, maigosh~ |
![]() |
| Ustaz ajak kumpul namun pintunya mana satu tah, jadi pusing dibuatnya. Sentiasa penuh dengan jemaah. |
Video sabil jadi pecah, jadi kita simpan dalam hati je la. Photo sabil tu pun sudah habis terdelete tanpa dapat dikesan.
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.



.jpg)
