Friday, 5 September 2025

Maulidurrasul 1447h: Making Memories.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum azan Subuh aku sudah lengkap bersiap dengan wuduk sekali, usai sahaja azan Subuh berkumandang, aku terus menunaikan kewajipan, berdoa agar dipermudahkan segala urusan pada hari ini. Semua kelengkapan sudah ku persiapkan daripada malam tadi lagi, kita berjanji makanya kita kena tunaikan janji, aku tidak gemar membuatkan orang menunggu aku, biar aku yang menunggu. Memulakan perjalanan dikala hari masih gelap, segala pesanan untuk daktiga sudah aku titipkan dari malam tadi, jadi let's them be... cuti.

Aku menunggu kakMidah di luar pagar rumahnya, dia masih bergegas bersiap di dalam rumah. Biarlah, sambil menunggu berbalas wA dengan Fajjida dan Linda yang akan ku ambil mereka selepas kakMidah nanti.
"Syaaa..... sorry lambat" lembut sahaja nadanya, kakMidah ku gelar Puan CEO kerana dia yang sulong dikalangan kita. 
"iya puan, dah ready? ada apa-apa lagi tertinggal? rileks sekejap" aku melihatnya dalam suasana gelap, 6.25pagi. 
"Syaaa...... tudung kak tak jadiii" dia mengadu menghadap mukanya kepadaku, aku lihat elok sahaja. Aku juga praktis pakai shawl daripada malam tadi, kita kena ikut style yang telah di viralkan supaya semua seragam. Sudah lama benar tidak berjinak dengan shawl selepas semua disedekahkan, aku dapat pinjam daripada Mazlina, shawlnya agak pendek. Aku lenjan saja hanya dipakai untuk beberapa jam, harap bertahan.

KakMidah menunjuk jalan ke rumah Fajjida,ini kali pertama aku ke rumahnya risau mini bas tidak boleh buat pusingan u. Rupanya, halaman rumah Fajjida cukup luas maka selepas ini bolehlah aku kerap ke rumahnya, hehe.
"wei, aku baru nak wA, hang dah sampai na..." loghat Kedah pekatnya. Dengan menatang tapawe nasi goreng Fajjida mendapatkan kita berdua.
"alaa Ida pun kipas sebelah kanan" kakMidah tidak dapat menahan rasa iri, sebab kipas shawl kita sebelah kanan hanya dia disebelah kiri. Laaa... tidak sudah lagi kakak seorang ni.
"laaa... takpela kak, kak kidal kami kanan" Fajjida memujuk sambil makan nasi goreng. Dia mengajak kita makan namun kita tidak biasa makan pagi jika hendak berjalan. Selepas rumah Fajjida, ambil Linda yang sudah menunggu di halaman tabika. Kita berempat merungut kejanggalan memakai shawl, aduhaiii bawa mak-mak hendak pergi berjimba memang riuh. Kita akan pergi perarakan sempena maulidurrasul dengan CheTa. Ini lagi seorang, terpaling meriah.

Aku meletak kereta dalam garaj rumah Che Ta, sementara menunggu, yang bertiga tadi sambung bersolek. Yang bergincu, yang dok touch-up bedak, yang risaukan shawl. Kecoh usah kata, ada sahaja yang jadi bahan ketawa. Aku merakam memori bersama mereka bertiga, peneman terbaik macam the flash bila diminta pertolongan, alhamdulillah. Thanks korang.

CheTa sampai dengan Avanza hijau hasil meminjam kereta emaknnya supaya dapat bawa kita berempat ke tempat acara. Bila CheTa join the crowd, suasana bertambah havoc. Sudahlah disidainya kita daripada suasana gelap bertukar terang dengan alasan dia leka berborak dengan emaknya, memang mengucap panjanglah kita jadinya.

Selepas itu hanya dengar suara CheTa sahaja bercerita sekali rungutan "dah lambat-dah lambat" tapi sempat lagi singgah Petronas isi minyak kereta. Rancak sangat ketawa sampai tidak sedar melanggar bumper, menjadikan kita dibelakang melambung tinggi spontan jadi ketawa bercampur  melatah, Ya Rabbiii Ya Kariiim!!! Tidak lama kemudian berselisih pula pula dengan seseorang berpakaian sedondon, ahli pasukan yang menunggang motor, eh boleh pula dia hye~hye~bye~bye~ kat situ sampai keliru hendak masuk simpang mana satu. Aduhaiii, hendak menyampaikan tempat berkumpul jadi bermacam jenis hal.

Kita berkumpul di Padang Awam Kg. Setia, Kuang. Wah, cecantiks outfit mereka hari ini, sedondon, senada, seia dan sekata. Aku tidak pasti ada berapa pasukan, pening hendak mengira tatkala mentari pagi sudah naik meninggi. Kami sahaja pasukan ke 23, aku paling belakang dan paling kanan, bertugas bawa bunga manggar. Rasanya aku tidaklah tinggi sangat pun, alih-alih jadi terpaling tinggi dikalangan wanita hari ini, bidan terjun. Kita pun beraraklah menuju Masjid Nurul Yadin, Kundang. Mengah jugalah sebab berjalan dan berselawat, nada selawat itu sekejap kuat, sekejap perlahan, sekejap sunyi tiba-tiba ada ketawa, sekejap lagi mengah. Allahuuuuuu~...... apatah lagi, yang berempat ni macam tidak boleh berpisah, ada saja isu hendak dibahannya.

Lepak dan bergambar, kita makan hidangan pagi merangkap tengah hari, habis makan sebungkus mihun goreng penuh rencah dan karipap serta air sirap ais mai secawan, sedap baqhang... makan gelak, makan bersembang berjemaah begini memang menyeronokkan. Bila perut kenyang ajomslah, kita pulang, ahahahaaa betul-betul memeriahkan majlis namanya. 

Aku sempat ambil peluang buka akaun tabung haji free sahaja, letih dizikir dek tuan asben menyuruh aku buka akaun. Alhamdulillah, yang bertiga tadi setia menunggu aku selesai berurusan.
"aku tunggu sana tau" lama sangat menunggu Fajjida datang bertanya berita.
"okey, sorry ea" ujarku. Bila aku siap sahaja, Fajjida jerit lagi.
"mana kipas?" eh? 
"hang nak ke?" tanya aku semula.
"pi amek, aku nak. Free gift tu. Buat kenangan" alaaa kena bebel lak daaah. Tidak memasal aku berpatah balik semula kekaunter TH minta free gift. Betul-betul dapat kipas sekeping, adeh. Aku suakan pada Fajjida sambil berjalan menuju kereta CheTa.
"hang simpanlah, aku saja ja tadi. Tak paksa, hang tak amek. Simpan buat kenangan" Eh, dia ni... antara bertiga memang Fajjida sahaja yang suka bebel terang-terangan dengan aku. Linda tidak berani sangat, kakMidah bebel juga tapi lebih private. Sebenarnya aku suka je kena bebel, terasa kehadiran aku ni ada maknanya, gittu...

Kita tumpang banner.
Kita tumpang berteduh.
Nak mula ber'kungfu'.
Waktu dalam perarakan, tidak boleh bawa kamera keluar, jadi.......
Terus makan dan dah kenyang, mula tak behave dan masing-masing menghilang satu-persatu.
Atas: Kena sidai dengan CheTa.
Bawah: Sudah sampai waktu berkumpul.
CheTa dan kamera 360nya, eh ada lagi ea? ahahaaa... ploles tui!~

Hrmmm... camtu la, mak-mak anak 5, anak 4 anak 3. muahahaaa! semua ada anak dara, eh tiber/~
Dalam kereta CheTa.
Kembali beriang-ria dalam kereta CheTa menuju jalan pulang, CheTa mengajak coffee-coffee join dengan team lain, kita semua tidak mahu. Sebenarnya aku sudah ada agenda sendiri, muahahaaa. Jadi kita berpisah di rumah CheTa, untuk ambil keretaku semula. Sekian pengalaman kedua join perarakan sempena maulidurrasul, 12 RabiulAwal 1447h hari ini. Jumpa nanti dengan kisah membawa lari isi jantung rumah.

SALAM MAULIDURRASUL
12 RABIULAWAL 1447 | JUMAAT

Kipas.

26 comments:

Suria Amanda said...

Ingatkan pi mana...rupanya join perarakan maulidur rasul...wah beat la...pengalaman tu..psst..Kak SA pun x pandai pakai shawl

Bola Katok said...

Salam Maulidur Rasul. Siap ada perarakan mak-mak dan bapak-bapak ni. 😊

adnil linda said...

Alhamdulillah..seronoknya join perarakan Maulidur Rasul..Linda zaman sek dulu jelah

Roziah @ Cie said...

Tak pernah lagi join perarakan Maulidur Rasul ni. Kat area sini takde.

Ezna Khalili said...

Kawasan saya ni hari ahad nanti perarakan. Tak join tahun ni tak sihat pulak.

Kakmim said...

Lain mcm ni kaler purple, kalau hijau barulah cik puan shasha.. hehehe

uncle gedek said...

Seronot nya! Meriah!
Team avanza hijau jugak ke? hehehe

Mulan said...

Tumpang seronok meraikan.

Mznimnwr said...

Fuyohh geng mak2 pun mekap pakai skintific!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Uwaaaah purple purple, cantiiiik warna purple nya. Favorit warna saya nih kak 😍😍. Seruuuu kalo ikut perarakan begini dengan teman2. Krn tak berasa berat. Lebih meriah juga.

Saya nak belajar pakai shawl. Belum pandai, belum rapi. Pernah berhasil sekali, tapi selama pakai, macam tak nyaman. Macam takut berantakan lah, takut lepas pentul 😅😅. Tapi kalo lihat teman2 yg pakai, bisa rapi, jadi kepingin 😍😅

ch@ said...

kakakSA: Dedulu shawl ni mmg kegemaran, bila dah menua, rasa malas nak melilit. Ihiks, mak-mak teruja join perarakan.

ch@ said...

Bola Katok: Salam Maulidur Rasul. Mestilah ada, mengembalikan nostalgia zmn sekolah dulu-dulu.

ch@ said...

adnil linda: Alhamdulillah, dapat seronoknya. One day, mesti ada rezeki Linda join juga, InShaaALLAH.

ch@ said...

Cie: One day, mesti ada rezeki Cie join juga, InShaaALLAH.

ch@ said...

kakakEzna: Semoga lekas sembuh kak. Tak apa, ada rezeki lain yg menanti kemudian.

ch@ said...

KakMim: Kaaan, tahun lepas baby plus navy blue kak, memang tak dapek nak hijau bila join komuniti yg suka warna cerah-cerah begini. Kitanya tak "in" dgn warna pastel.

ch@ said...

uncle gedek: Haaa... tu ar pasal, kenderaan pun ikut tema uztajah. Memang meriah!

ch@ said...

kakMulan: Terima kasih singgah kak. Alhamdulillah, seronok.

ch@ said...

Mazni: Masa akak tengok dia kuarkan, my reaction pun camtu. Wuiyooo, Skintific. Dia punya masksheet Luminous okey.

ch@ said...

Fanny: Fanny mesti cantik tambah macam budak-budak bila pakai shawl. Muka kekanak riang sangat. Cubalah belajar Fanny, pakai je pin banyak-banyak, hiii~

Aphizha said...

Seronoknya dapat berarak join perbarisan Maulidur Rasul. Zaman sekolah je dulu pernah. Terhibur baca sedondon, senada, seia dan sekata tu. Auto nak nyanyi lagu dia. hihi...
Meriah dan kecoh masing-masing. Itu yang menceriakan hari kita.

Mama Zharfan said...

cantiknya semua berbaju(jubah) pepel tu!

ch@ said...

sisAphizha: Boleh bayangkan suasananya bukan? bukan sebarang ayat tu, hiii~ . Biasa keluar dgn family, jadi semua mak kena handle, bila keluar dgn kawan-kawan jadi auto manja.

ch@ said...

Mama Zharfan: Jarang berlaku bukan...? hiii~

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Salam maulidur

ch@ said...

CKL: Salam Maulidur Rasul, terima kasih sudi datang singgah.