Tuesday, 30 September 2025

House Manager Anniversary dan berurut.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam tidak macam biasa, kenapa? my asben ada dengan kita tapiii dia balik lepas habiskan kerjanya di Banting, huuu~

Jadi, waktu pagi dia ke gym, tukang urut bernama makDe datang ke rumah untuk mengurut aku. Lama rasanya tidak berurut. MakDe memandu sendiri meletak kereta di hadapan pagar rumahku. Aku menjemputnya masuk. Melihat ruang tamu yang sudah siap bersedia, dia menyapa
"siapa yang hendak berurut?" 
"sayalah makDe" makDe masuk dengan minyak urutnya. Mula dari kaki hingga ke kepala step by step, makDe tidak kosong, hahaa~ aku ni punyalah berangan hendak melelapkan mata ala-ala di SPA namun keramahan makDe bertemu regu dengan aku yang rancak juga bercerita menjadikan sejam setengah itu berisi dan tidak terasanya masa berlalu. Aku menjamu makDe dengan kopi kosong dan kuih muih sebaik selesai berurut, mungkin aku akan tempah slot berurut lagi apabila makDe pulang ke Sg. Buloh. Bayaran untuk berurut satu badan adalah RM80 kerana kita kenalan dari taman yang sama.

Aku agak terharu juga apabila makDe masih menyimpan nombor wA aku, sedangkan kali pertama dan terakhir kita berhubung sewaktu PKP dahulu, haaa~ lama bukan? aku membeli roti canai dan lauk tengah hari air tangan makDe anak beranak. Anaknya, Ude Delight punya servis katering. Alhamdulillah rezeki bertemu dengan makDe.
"betullah Sya, bila dah tengok betul-betul macam ni, nampak sangat budak sekolah tingkatan 4 atau 5" ujar makDe. Maigosh makDe...... 
"sebab tula makDe tanya tadi, siapa yang hendak diurut, tengok awak budak lagi" tergelak-gelak makDe mengejek aku, adoiyai~
"semua pinjaman makDe, ALLAH punya, bila-bila sahaja boleh ditarik semula, menua juga kita nanti" jawabku satu persatu mengiringi makDe ke keretanya.
"make sure, bila keluar nanti jangan sorang-sorang, kena ngurat!" ujarnya tidak habis-habis.
"aduyaiii~ sudah makDe, jauh sangat kita terbang nanti, takut tak boleh turun" makDe ketawa sebelum berpamitan dan berlalu pergi. Tidak lama makDe berlalu, tuan asben pun balik daripada gym. 

Tengah hari sebaik menghantar Adli dan Arrizqi aku turun depan sekolah kebangsaan, melihat aku berlenggang, kakMidah menegur ku.
"tapau la tu" aku senyum sahaja dan ke kedai makan membeli lauk tengahari, aku mencari Linda sebenarnya, yang ada kakMidah dan Nurul, jadi melepak je la sekejap. Aku balik dahulu apabila mereka bertiga menunggu anak masing-masing keluar pagar sekolah bagi mengurangkan kesesakan.

Menghabiskan masa menggulung daun pokok menunggu waktu Zohor dan keluar semula untuk mengambil Auni pula. Sewaktu menunggu Auni dan Intan balik sekolah berjumpa dengan Mashita, kita berjanji mengambil sabun cuci baju dan sabun cuci pinggan Toyyib, kita pelanggan setianya saban bulan. Pabila Auni dan Intan masuk kereta, kita bertolak ke SK semula temankan Intan cari makan tengah harinya dan hantar Intan balik rumahnya. Tidak mahu ke mana lagi, kita terus pulang ke rumah. Agak cergas dan ceria sedikit, mungkin lepas berurut badan jadi ringan luar biasa.

Petangnya lepak dengan Linda, meluah perasaan berbuku apabila tengah hari tadi hanya dapat berjumpa sekejap sahaja. Melihat anak-anak sudah keluar pagar sekolah, aku menunggu Adli dan Arrizqi dalam kereta, mereka masuk sahaja, kita menuju pasaraya untuk belanja barang dapur. Aku suka dengan mereka berdua ni, I just pilih barang aku mahu, dan menunggu di kaunter untuk bayar sahaja, mereka ambil barang, mereka tolak troli, mereka susun barang, mereka bawa barang. My mrPersonal Assitant, Arrizqi and mrBodyguard, Adli. 

Balik rumah, sebaik sahaja Adli buka booth kereta: 
"kakak, kemas barang ni, abang terus pergi mandi bang" arah Arrizqi kepada Auni dan Adli sedangkan aku masih bergaduh dengan kunci rumah. Auni, our Princess terus punggah barang dagangan sambil Arrizqi menyusun pinggan untuk makan malam. Sambil curhat sambil makan, bila aku ada sekali di meja makan, mereka tidak akan tengok hp. Lepas makan malam, aku mengemas meja dan dapur, Maghrib, Isyak dan mengaji barulah bebas dengan aktiviti masing-masing, hehe~ aku dan Netflix, mereka dan pc games. Begitulah kehidupan, alhamdulillah.




MEMBAWA rumah tangga dan anak-anak adalah tugas BERSAMA-SAMA, hendak masuk SYURGA bukan sorang-sorang. ~ Akhi Fairuz, Youcast Podcast Youtube.


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

Sunday, 28 September 2025

FARA, teman layan drama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minggu lepas sudah bermulanya Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi tingkatan empat. Ujian begini, mereka perlu wajib hadir ke sekolah bagi kelancaran ujian diadakan. Kisah bermula apabila keluarga Fara, teman baik Auni perlu hadir jemputan konvokesyen abang Fara di Terengganu. Jadi, ibunya puan Noraida (Ida juga) telah menghubungi aku untuk menitipkan anaknya di rumahku. Yeay! let's skip a good part.

Petang Rabu, selesai aku masak tengah hari, keluarga Fara menghantarnya ke rumah ku, siap bekalan beras dan bahan lain. Sudah macam jejak kasih sahaja sewaktu mereka hendak berpisah kerana mereka akan terus bergerak ke Terengganu tanpa Fara. Walaupun Fara hadir, rutin harianku masih sama. Fara ke sekolah bersama dengan Auni cuma mereka berada di kelas yang berlainan, Auni di 4 Sains Tulen, Fara di 4 Prinsip Akaun. Waktu balik, Fara perlu menunggu waktu balik Auni kerana kelas PA akan tamat lebih awal.

Seronoknya bila ada Fara, malam dihabiskan dengan menonton drama Bon Appetit Your Majesty  Terjerit terpekik kita berdua di malam hari yang kebiasaannya hanya aku, drama dan kuaci sahaja. Bila dengan Fara, suasana itu jadi meriahlah. Begitulah selama tiga hari malam, malam tadi Fara masuk tidur awal dan drama pun sudah sampai ke latest episod. Malam tadi juga aku sudah mula layan drama lain.

Pagi tadi sebelum keluarga Fara datang untuk mengambilnya pulang dan sebelum hujan lebat.
"Fara mushroom sup semalam ada lagi, tinggal untuk Fara tapi rotinya dah habis, makan dengan biskut tawar pun sedap" ujarku mundar-mandir. Masakan aku hendak biarkan dia pulang tanpa makan.
"ada lagi? ingat dah habis" katanya sambil menukar posisi dari baring ke duduk di sofa. Fara sahaja yang sudah bangun pagi ini, dia morning person.
"ada, dalam peti kena panaskan dulu"
"alaaa malas nak panaskan" jawabnya selamba. Fara memang begitu, sebab tu aku suka. Dia boleh baring santai atas pangku aku sambil main handphone. Sambil aku kemas dapur, aku panaskan sekali sup cendawan yang dia minta semalam. Siap sahaja, aku menyuruh dia habiskan.

Tidak lama kemudian ayah dan mamanya sampai, berpamitan menyerahkan berplastik cenderahati kepadaku. Apalagi kakNoraida ni, ada sahaja. Tidak putus meminta maaf kerana menyusahkan aku, ayah Fara juga begitu. Aku jadi naik terharu. 
"paipai Fara, sorry tau kalau masak tak sedap dan terlebih bergurau, jangan ambil hati, jangan serik datang lagi" ujarku. Sambil diperhati mama dah ayah Fara.
"eee mana ada, sedaplah. alaaa...sedih" Fara buat muka sedih menjadikan ketawa aku terburai. Sambil pegang tangan hayun-hayun menuju kereta keluarga Fara. Macam member-member.
"mama tak macam ni pun" Fara bersuara depan mamanya.
"saya garang di rumah" jawab kakNoraida.
"eh takble, mama kenalah garang. Kita dengan anak-anak pun tegas, dengan anak orang kenalah behave" jawabku menenangkan kakNoraida. Fara buat muka sedih lagi dari tingkap kereta. Dia ni kaaaan~
"kita jumpa di sekolah nanti, worry less" jeritku dengan lambaian. Sunyilah semula malamku nanti, tapiii tuan asben pula akan mengganti. Alhamdulillah~ katanya mahu balik selepas dua minggu dan juga ada tugasan di sini pada  hari esok. 

Aktiviti malam pertama: Cari drama yang best untuk ditonton bersama.
Aktiviti malam kedua: Cari dan meneka jantina turtle belaan Fara, (lupa snap picture) jadi tarikan dakkutip yang lima ekor tu.
Aktiviti malam ketiga: Layan drama Bon Appetit sampai lewat malam.
Aktiviti malam ke-empat: tiada, Fara masuk tidur awal.

aaaa....comelnya~comelnya
Gift from kakNoraida jaga Fara selama 4malam 3hari
Semoga keluarga Fara dan kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki berkah selalu. 

Berdiri: FARA & Icha
Duduk: Intan & Auni


WHOEVER IS HAPPY WILL MAKE OTHERS HAPPY  ~ Anne Frank, The Diary of The Young Girl.

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


Thursday, 25 September 2025

Overtime: Hiasan Kelas Adli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu-satunya yang pegang jawatan AJK Keceriaan Kelas, Adli. 
"umie, nanti tolong printkan huruf-huruf untuk hiasan kelas, saya dah pm gambarnya." Permintaannya tepat pada ketika aku shutdown pc, pejabat sudah tutup. Waktu operasi, hanya 7.30am hingga 7.30pm sahaja.
"hendak guna bila? banyak ke? A4 atau A5?" tanyaku semula sambil membelek bahan hantaran dari Adli.
"esok, hiasan kelas untuk fotografi, tengoklah dulu print sikit nanti saya suruh kawan saya tengok" jawabnya sambil menghampiri meja.
"siapa, girlfren ke?" tanyaku menebak random.
"dah ex" jawapannya buat aku tercengang.
"eh bila kapel? bukan abang tak suka ex? kenapa dah ex?" soalanku bertubi, teringat entri misteri x yang lepas.
"saya tak suka ex? ex matematik tu ke? entahlah siapa yang bertanya, siapa yang menuntut jawapan, kita keliru sesama sendiri hahahaaa~

Selepas Isyak, aku memulakan operasi. Buka komputer semula.

Dari Image - masuk Paint - cut masuk Word - adjust saiz and cetak keluar.
Nampak macam mudah tapi jenuh jugalah kerana image yang diberi bergabung 6 huruf sedangkan Adli minta satu huruf, satu A4.

"weih banyak, kena cas lebih" aku yang tidak berlebih kurang, aku sudah mengantuk sebenarnya.
"iya, umie beritau je la berapa, kitorang bayar guna duit kelas" jawab Adli. Aku rasa dia sudah memikirkan perkara ini. Sepatutnya malam ini aku ke Korea dan layan lipat baju sebakul atau main stiker. Adli berkira-kira apabila aku cas cetak berwarna RM1 sehelai. Pakej edit dan maintenance mesin pencetak sekali, ahahaha...~
"bayar umie RM35 lah nanti" ahahaaa, takkanlah aku ambil bayaran tu kan. Aku minta RM7 sahaja, tapi Adli bagi RM10. 
"umie dah banyak belanja saya" sweetkan dia? ahahaha tiber.
Hampir 12.30am juga semua huruf siap dicetak sepenuhnya.

cucun-cucun.

meja akulaaa kan~ kadang lupa aku ni fulltime housewife je kot.

HOBI IS THE SOUL'S JOY AND IN PLAY - O.A. BATTISTA


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.

Monday, 22 September 2025

Sarapan dengan teman lama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku menghantar hadiah ulangtahun untuk kakSue, sebagai balasan kakSue mengajak aku bermain boling tengah hari Jumaat atau bermain badminton sebelah malamnya. Syasya, bila cuti sekolah, dia sangat tidak rajin hendak memandu keluar  rumah, beli barang runcit pun melalui Pandamart. Berguling di rumah adalah satu kenikmatan.

Belum sempat aku membalas wA kakSue, dia mengajak aku bersarapan pada waktu pagi, aku mencongak jam dan hari, ok onz. Dalam pada yang sama aku heret Linda sekali, kakSue cuba mengajak kakLynda. Pada waktu yang dijanjikan, semua orang setuju untuk hadir.

Tempat bertemu Warung Che Bunga, aku rasa kedai makan ini terpaling terkenal di Sungai Buloh, walaupun terkenal, pertemuan ini di warung ini merupakan kali kelima aku datang, kali pertama buat Linda. Walaupun hari-hari kita lalu lalang WCB ini kerana letaknya di laluan utama pergi balik sekolah namun, hendak duduk melepak santai dan makan adalah tidak sempat. Apatah lagi melihat suasananya yang sentiasa dikunjungi pelanggan.

Berdekatan sekolah, berdekatan juga dengan surau, berdekatan juga dengan deretan gerai menjual pelbagai makanan ringan dan aneka jenis minuman sejuk berhadapan dengan sekolah kebangsaan, tempat  opis mak-mak nunggu anak balik sekolah. Eh, pokoknya semua adalah. Cuma pening hendak memilih saja. 

Aku ambil Linda di rumahnya, terus ke Che Bunga, kakLynda dan kakSue sudah sampai. Bersalam dan bermesra seketika kita bangun beratur untuk memesan menu. Melihat papan tanda yang dipasang sekeliling warung, menjadikan aku bertukar menu beberapa kali sehingga akhirnya memilih nasi kerabu, hari ini rasa nak cuba lada solok, hrmmm... aku makan tidak habis solok dan nasi tu, sebab sambalnya pedas sangat dan inti solok tu manis.

Geng tunggu anak balik sekolah batch terawal.
Me, Linda, kakSue (belakang) & kakLynda (taking wefie)

Me dan Linda: Nasi Kerabu + Lemon Asam Boi ais.
kakSue: sik lemak + teh 'o' ais
kakLynda: nasi dagang + teh 'o'ais

Selesai makan dan sesi curhat masing-masing, kakSue terus ke sekolah mengambil Fahim anaknya sebaya Auni yang sudah habis menjawab peperiksaan awal. Naik sekolah nanti Fahim perlu ke Pahang untuk training IT sebelum ke Korea, gitulah cerita kakSue. KakLynda pula terus pulang ke rumah, anaknya Zikri juga sebaya dengan Auni pernah satu sekolah tetapi kakLyn pindah sebaik sahaja mereka masuk darjah tiga. Linda? anaknya Qashreen satu kelas dengan Auni cuma dia di aliran Biologi, Auni di aliran Sains Komputer. Dia temankan aku untuk mengambil Creamer dan Vico di Klinik Zul Erwan, yang telah ku hantar semalamnya. Kita berpecah dan sekiranya ada rezeki, kita berjumpa semula nanti.

Selesai ambil anakkutip dua ekor tu, kita pergi ukur ntshop, saja cuci mata sebelum balik rumah. Balik rumah, suasana sunyi sahaja berikutan daktiga dengan aktiviti masing-masing. Aku ketepuan stok stiker sudah habis, huaaa....


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


Friday, 19 September 2025

Balik Johor: Sesingkat Pertemuan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad 7 September, Tuan Asben ngajak balik Johor, dia ngajak aku ambil kesempatan minta dia drive pergi dan balik, terasa tidak  bersedia untuk pulang ke Johor kali ini, cuti sekolah hanya seminggu, jika Syasya balik dengan anak-anak persediaan hendak balik tu makan masa tiga hari. Jika balik dengan tuan asben, kita boleh berbahagi tugasan, jadiii tidaklah keletihan sangat.
"kita gerak lepas Subuh" katanya. Percaya? onz je namun dengan tuan asben ni, jam 8.30am jugalah baru keluar dari rumah, siap pergi bersarapan~pungpangpungpang jam 9pagi juga masuk lebuhraya. 

Hanya berhenti sekali sahaja, isi minyak dan pam tayar kereta. Daktiga, sambung lena sampai ke destinasi. Kenderaan banyak tapi tidaklah sampai sesak yang melekat. Kita sampai di rumah tokmamapapa lebih kurang jam 2petang. Selesai Zohor, mengadap makan tengah hari tokmama dengan menu ayam masak merah dan sayur lodeh memang padanan terbaik kekdahnya.

Hari kedua 8 September, adik mama hendak datang ke rumah, mama sudah pelan hendak shopping macam-macam jadi tergendala, papa pula sudah siap pergi berbelanja bahan basah untuk tetamu datang bertandang. Makanya, aku hanya menjadi pembantu mama sahaja, menu hari itu:
  • ikan caru bakar
  • sambal tumis ikan bilis petai
  • kacang panjang masak lemak putih
  • telur dadar cili bawang
  • roti canai
  • kuih bom, kuih pulut serunding dan apam pisang
Mak usu sekeluarga balik selepas makan tengah hari, mereka datang menjemput ke jemputan anak kedua mereka, Ilyani di Grik, Perak pada bulan November nanti. Katanya mak usu, kehadiran kita adalah wajib. Betul juga, menghadiri jemputan adalah wajib. Menu cukup sampai ke malam apabila daktiga menghabiskan mi segera cawan stok tokpapa makan lewat malam, ahahaaa...

Mendengar saja kita hendak gerak esoknya lepas Subuh, tokpapa belanja pelbagai jenis roti manis, tokpapa berhajat hendak merasakan kita wang bayaran Sara nya, ada banyak lagi berbaki namun tidak sempat. Kita suruh simpan, ada rezeki kita balik lagi.

Kita bersiap betul-betul lepas Subuh, jam 8pagi sebaik bersarapan menu sama dengan waktu pulang Johor tempohari kita sudah atas lebuhraya, namun perut tidak biasa makan pagi tiga kali aku minta tuan asben berhenti di rnr membuang, sakit perut loh! Perjalanan lancar, tidak sesak. Jam 12tengah hari kita dah home sweet home. Alhamdulillah.

Balik kali ini, tidak sempat berjumpa dengan keluarga adik. Mereka sampai di rumah mama, aku sudah sampai di Pagoh. Aku cuba melambatkan keluar lambat di rumah mama tadi namun tidak berjaya. Cuti kali ini, aku betul-betul ikut cuti tuan asben tambahan daktiga dibekalkan dengan sebeban kerja sekolah yang perlu disiapkan jadi percutian jadi singkat dan ringkas.

Jadilah, dapat melihat orang tua ku walaupun sekejap, feel vibes kampung-kampung gitu meskipun rumah taman, hiii~

me balik Johor: tose + kopi tarik
balik Selangor: tose + teh ais

Auni menu konsisten pergi balik sama: roti kosong + melowes

Adli balik Johor: roti kosong + melossuam
Balik Selangor: roti kosong + teh ais

Arrizqi balik Johor: siklemak + teh o limau suam
Balik Selangor: sikgoreng + sirap suam
tekak dia ni memang aneh-aneh ja.

tuan asben: roti telur + nes 'o' suam
balik Selangor: roti bakar + telur separuh masak + nes 'o' suam

balik Johor tema Autumn.
balik Selangor tema Langit.

Langit dalam perjalanan ke Johor.

Langit rumah mamapapa.

Langit Selangor.

Family is the heart of a HOME. --)@

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


Thursday, 18 September 2025

Bekam 3.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelah badan aku mula rasa tidak best, badan mula rasa berat, kepala asyik sakit sahaja, emosi jangan cakap asyik rasa sebal dan rasa hendak telan orang, muka sudah mula pakai itu tidak kena, pakai ini tidak kena. Akhirnya, tuan asben mengajak aku pergi berbekam, yeay!

Ini kali ke-empat aku ikut sama berbekam (bekam kali ketiga aku tak buat entri), 15cup untuk separuh badan dan ke atas. Aku mula berbekam masa PKP tempoh hari, masa kali pertama pergi tu memang sepanjang jalan aku berdoa agar semuanya lancar dan baik-baik sahaja, so far alhamdulillah. Aku serasi dengan rawatan berbekam walaupun rasa selepas berbekam tu seperti kena pukul, hahaa... kitanya manja.

Kali ini aku fokus sebelah badan kiri, lama sangat berkerja duduk depan PC, sampai badan pun rasa senget, dada rasa sempit. Sampai sahaja di rumah Urut dan Bekam Sunnah Suami Isteri, kita disambut Syafiq selaku pemiliknya, tuan asben masuk dahulu sementara aku akan berbekam dengan isteri Syafiq, Izatti. Izzati keluar tidak lama kemudian, beramah mesra seketika aku diajak masuk ke billik rawatan hanya aku dan Izzati, gitu. 

Bilik simple je, seperti bilik di SPA rawatan untuk berbekam, aku diminta tukar pakaian dengan kain batik untuk memudahkan rawatan. Badan akan diurut dahulu untuk lembutkan permukaan kulit sebelum dicucuk dengan pen bekam (sejenis jarum sangat halus). Tak sakit, tapi lepas beberapa ketika akan rasa pedih dan merenyam gatal manja, rasa nak garu tapi ghisau. Jika tidak dijaga, boleh datangkan iritasi dan luka menjadi lebih lambat kering. Selepas itu bermulalah proses sedutan vakum darah kotor dan toksin yang tidak diperlukan badan ke dalam cawan-cawan kecil. 

Kali pertama aku buat dahulu, berketul-ketul darah beku keluar pada setiap cawan, ngeri... tapi selepas seminggu rawatan badan jadi lebih ringan, rasa lebih gembira jadinya, rasa boleh tersenyum sampai telinga dan kelihatan lebih berseri-seri.

Sedikit info:

Bekam ialah perubatan yang menggunakan tekanan rendah ("negative pressure"). Macam vakum tu la, sedut darah atau angin kotor keluar. Dua jenis bekam yang biasa, bekam angin dan bekam darah. Antara kebaikkan berbekam seperti:
  • melancarkan aliran darah
  • meredakan sakit kepala, sakit otot dan sakit belakang
  • melegakan penyakit sendi kronik
  • mengawal tekanan darah tinggi
  • membantu mengurangkan tekanan otot 
  • membantu melegakan keradangan
Kesan biasa selepas berbekam antaranya:
  • kemerahan atau lebam (bekas sedutan)
  • rasa ringan dan tenang 
  • rasa sedikit pening dan mengantuk
  • rasa gatal dan sedikit miang
Kesan sampingan jika tidak dijaga dengan betul:
  • jangkitan kuman
  • gatal berpanjangan
  • pendarahan berlebihan
  • demam
Tips untuk lekas sembuh:
  • minum banyak air
  • rehat yang cukup
  • elakkan mandi dengan air sejuk
  • dapatkan rawatan dari yang professional sekiranya berisiko
  • Kita bekam di sini
Alatan berbekam.
Bunyi pen bekam tu best, macam bunyi pen tekan-tekan.

Jadi sekian entri, esoknya aku balik Johor with my lovely husband, yeay! Sekarang ni aku hendak pergi Zul Erwan Veterinary Clinic untuk mandulkan si Vico dan Creamer. Jumpa nanti okey. Tataaa...


Healthy Body Happy Life --)@


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.


Friday, 12 September 2025

Hobi: Stiker.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejap tenggelam, kejap timbul si Syasya ni. Ada je, cuma sibuk dengan tugas hakiki dan hakikat. Siang di China sambil quilling, malam di Korea sambil main stiker, sampai kena gelak dengan daktiga. Bukan mak yang membebel ke anak suruh mandi, suruh tidur jadi terbalik pula apabila dibebel oleh daktiga.
"tak habis lagi ke umie?" Adli
"bawa tidurlah umie, dah 2.30pagi" Arrizqi sedangkan dia pun masih mundar-mandir dek mata tidak mahu lelap.

Aku suka tengok orang buat stiker, tidak kiralah stiker apapun, setakat ini aku jumpa tiga jenis material best untuk stiker:
1- jenis glossy
2- jenis matte
3- jenis lutsinar

Jika ada laser cutting machine, memang galaklah aku buat stiker tetapi TIADA. Kita gunting manual je. Kawan-kawan terdekat, yang jenis last minute meminta, memang dorang cari aku jika memerlukan. Berjanji bulan dan bintang kekdahnya dek nak guna URGENT. Aku onz saja sekiranya semua bahan diperlukan ada stoknya.

Kertas jenis matte ni boleh conteng atasnya, kertas paling digemari seorang Syasya.

Ni jenis transparent, kita try conteng dengan Pentel Fudetouch Brushpen, eh... jadiiii!

Kertas jenis glossy dan licin menjadi leceh sedikit sebab jika printer buat hal, ink akan jadi melimpah. 

Tiada laser cutting machine, kita gunting sendiri bebulat itu.

Tempahan dari kawan zumba untuk goodies hari ulangtahun kelahiran.

Sambil-sambil join handlattering challenge. Stiker lekat dalam planner.

Guna kertas jennis matte lagi, best sangat ni. 

Dicabar kakZiela untuk goodies browniesnya.

kakZiela again, simple is more.

kakZiela punya, kali pertama layankan permintaan dia. Gigih wei design guna Microsoft Word je, hahaaa~...

Permintaan Syiema geng zumba dedulu, entah dari mana dia tahu bakatku ini agaknya. Ceh, bakat.

Tempahan dari jiran belakang rumah, Mazlina. Ink warna buat hal, jadi hitam putih sahaja.

Stiker nama untuk Arrizqi.

Sekian entry untuk minggu ini, selamat bercuti semua. 


Hobbies are great distractions from the worries and troubles that plague daily living. ~ Bill Malone.


هذا من فضل ربي

This is by the Grace of my Lord.


Wednesday, 10 September 2025

Gegula Kapas: Rindunyala haih!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kosong~kosong~kosong~...

Setelah engkau ku milikiii~...

Dan aku terus membeli~... nampak warna apa? iya, kita cari yang hijau dan biru.
Sampai kena gelak dengan tuan asben. Budak-budak pun tak macam aku...

Sebenarnya...


Hijau tu kesukaan aku, tuan asben sukanya biru,
Semalam tuan asben outfitnya biru, ikut hari aura biru hari Rabu,
Hari ini khabarnya tidak ku tahu, akan tetapi hatiku menyatakan................
Aku rindu, ergh!

Okey tu je, bye! 

Kenapa ALLAH cipta rindu?
Sebab, ALLAH mengajar kita agar menghargai sesuatu yang ada sebelum ia menjauh.



- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.



Monday, 8 September 2025

Kidnap Isi Jantung Rumah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan kejadian selepas aku mendapatkan keretaku semula di rumah CheTa, masing-masing laju mendapatkan kereta yang sudah aku hidupkan enjinnya. CheTa sendiri belum turun dari keretamya.
"kau boleh keluar tak?" tanya CheTa sambil mengusha ruang ngam-ngam sahaja untuk minibas melepaskan diri.
"bolehla, muat ni" aku menjawab sementara yang lain sibuk dengan barang memasing. Selesai berpamitan aku memandu keluar rumah CheTa.
"korang nak balik ke?" tanyaku.
"taknak" Linda menjawab laju.
"kak ada aktiviti lain ke?" aku tanya puan CEO kita.
"tak ada, hari ni kak me time" amboi gitu.
"Ida nak ikutlah, Ida taknak jaga kedai" Fajjida merengek membuat aku gelak.
"aku baru nak makan bakso kat gerai hang" aku mengusik sambil memandu ke jalan utama.
"eh jangan. Nanti aku tak dapat jalan-jalan lagi" jawabnya.
"jadi, kita hendak ke mana? pergi makan? tadi dah makan? nak coffee-coffee? nak ke Bandar Baru?" tidak teringat pula ada Zus Cafe sebelah bangunan Petronas, aku terus sahaja memandu ke arah Bandar Baru membawa nadi jantung rumah tangga.

"yang Sya kata makan RM7 tu kat mana?" tanya kakMidah, dia duduk disebelahku setelah bergaduh dengan Fajjida yang berebut hendak duduk tempat duduk belakang.
"ooo tu kat sebelah jajan viral, tak sure lah pagi ni dah buka ke belum, jomlah kita ke situ" aku terus memandu ke tempat yang di tuju. Sementara hendak sampai memasing bertikam lidah, berborak macam hendak berperang kekdahnya. Aku perlu fokus. 

Letak sahaja kereta, kita terus turun menuju kedai Hanie Cafe. Pintunya buka bahagian tengah sahaja, ini acah buka ke tidak? dalam pada aku tertanya-tanya datang pekerja dari arah dalam.
"buka jam 11.30am" katanya. 
"tempat lain la Sya, lambat lagi nak tunggu, tempat tadi Sya" ajak kakMidah yang seperti tidak selesa. Aku pun tidak selesa sebenarnya. Sebab di luar tu ada satu meja panjang sudah dipenuhi tempat duduknya dengan pelanggan menanti kedai buka. Tadikan aku datang tertanya-tanya, kenapa tiada seorang pun yang tolong memberitahu kita "kedai belum operasi lagi" sebaliknya mereka merenung kita yang seragam sama ni macam kita bersalah pula siap dengan jelingannya, yiiih! Jujurnya, walaupun murah, aku agak tidak gemar suasana kedai makan tu, entahla.

Aku membawa mereka bertiga ke kedai kegemaranku, Restoran Teringin. Mereka hendak menu yang ringan-ringan sahaja, pilihan sangat banyak di situ. Semua tertumpu kepada aku, sampai hendak pilih tempat duduk pun aku juga yang kena, isk mak-mak ni semua manja. Sebenarnya, mereka memberi keutamaan kepada aku kerana sudah membawa mereka ambil angin luar rumah. Aku memilih tempat berpenghawa dingin.

Kita sambung bercerita, sambil memikir menu untuk dipilih. Fajjida bangun ke kaunter bertanyakan menu dan minta pelayan datang untuk ambil pesanan. Setelah satu persatu menu sampai kita makan bersama. Fajjida dengan mihun sup, kakMidah degan bakso, Linda dengan soto dan aku sendiri memilih mi kari, kan? aku mestilah nak lain jenis. Always are like that. Bertingkah sudu membancuh sambal kicap, aku hanya senyum melihat keletah mereka. Kebiasaannya, mereka kena layan anak masing-masing, hari ini rasa biarlah aku membahagiakan mereka bertiga. Aku salut dengan mereka gigih buat transport hantar anak pergi balik sekolah dan berniaga. Mereka terima aku pun, aku sudah bersyukur.

Habis sahaja makan dengan senang hati masing-masing bangun menuju kaunter, mereka kembali ke pintu selepas cashier kata sudah dibayar.
"Sya bayar ke? berapa Sya?" tanya kakMidah mengekori aku ke kereta.
"apa dia kak?" aku buat-buat tak dengar.
"Sya mana resit tadi? kak nak tengok harga" pintanya.
"dah hilang" ujarku, gigih dia mencari. "Kita hendak ke mana pula ni?" tanya ku mula menghidupkan enjin kereta.
"Linda nak beli ayam depan sekolah" jawab Fajjida.
"Sya makan tadi berapa ringgit?" kakMidah masiih tidak berputus asa.
"nanti jumpa resitnya kita tengok balik" jawabku. 

Aku tidak jadi ikut jalan belakang, balik ikut jalan depan pula.
"Sya jom beli Churros kat TSB" ajak kakMidah. Eh, mujur belum tekan minyak laju lagi. 
"amboi, mentanglah ada driver hari ni" usik Fajjida sambil ketawa. 
"bukan selalu kan Sya" Aku menurut perintah, sambil melawat kawasan TSB dan memberhentikan kereta di hadapan bangunan kedai, hanya Fajjida dan kakMidah sahaja yang turun. Aku mengirim Churros juga, namun kakMidah belanja saja. Dia memang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Sampai dihadapan sekolah rendah, Linda sahaja yang turun membeli ayam goreng crispy, tiga ketul RM10. Aku tidak tapau apa-apa kerana asam pedas daging kakMidah bagi semalam masih berbaki lagi. Daktiga pun, hanya minta telur mata dan kimchi sahaja. Aku menghantar Linda lebih dahulu, diikuti Fajjida dan terakhir kakMidah. Tidak berhasrat ke mana-mana lagi, aku terus sahaja balik rumah. Alhamdulillah, termakbul sudah semua hasrat dan hajatku membawa mereka ber"me-time".

Syahida: Mi kari + kopi ais
Fajjida: Mihun sup + fresh orange
kakMidah: Bakso + limau ais
Linda: Soto + teh ais

Pandai customer tu join tema kita.



When the sky is blue.................

Di rumah, aku sambung mendobi dan masak untuk daktiga. Terjumpa ikan selar kuning empat ekor, aku goreng dimakan dengan sup kentang letak su'un. Aku panaskan juga asam pedas daging kakMidah untuk dimakan bersama. Sekian memori untuk hari Maulidur Rasul tahun ini.

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
 

Friday, 5 September 2025

Maulidurrasul 1447h: Making Memories.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum azan Subuh aku sudah lengkap bersiap dengan wuduk sekali, usai sahaja azan Subuh berkumandang, aku terus menunaikan kewajipan, berdoa agar dipermudahkan segala urusan pada hari ini. Semua kelengkapan sudah ku persiapkan daripada malam tadi lagi, kita berjanji makanya kita kena tunaikan janji, aku tidak gemar membuatkan orang menunggu aku, biar aku yang menunggu. Memulakan perjalanan dikala hari masih gelap, segala pesanan untuk daktiga sudah aku titipkan dari malam tadi, jadi let's them be... cuti.

Aku menunggu kakMidah di luar pagar rumahnya, dia masih bergegas bersiap di dalam rumah. Biarlah, sambil menunggu berbalas wA dengan Fajjida dan Linda yang akan ku ambil mereka selepas kakMidah nanti.
"Syaaa..... sorry lambat" lembut sahaja nadanya, kakMidah ku gelar Puan CEO kerana dia yang sulong dikalangan kita. 
"iya puan, dah ready? ada apa-apa lagi tertinggal? rileks sekejap" aku melihatnya dalam suasana gelap, 6.25pagi. 
"Syaaa...... tudung kak tak jadiii" dia mengadu menghadap mukanya kepadaku, aku lihat elok sahaja. Aku juga praktis pakai shawl daripada malam tadi, kita kena ikut style yang telah di viralkan supaya semua seragam. Sudah lama benar tidak berjinak dengan shawl selepas semua disedekahkan, aku dapat pinjam daripada Mazlina, shawlnya agak pendek. Aku lenjan saja hanya dipakai untuk beberapa jam, harap bertahan.

KakMidah menunjuk jalan ke rumah Fajjida,ini kali pertama aku ke rumahnya risau mini bas tidak boleh buat pusingan u. Rupanya, halaman rumah Fajjida cukup luas maka selepas ini bolehlah aku kerap ke rumahnya, hehe.
"wei, aku baru nak wA, hang dah sampai na..." loghat Kedah pekatnya. Dengan menatang tapawe nasi goreng Fajjida mendapatkan kita berdua.
"alaa Ida pun kipas sebelah kanan" kakMidah tidak dapat menahan rasa iri, sebab kipas shawl kita sebelah kanan hanya dia disebelah kiri. Laaa... tidak sudah lagi kakak seorang ni.
"laaa... takpela kak, kak kidal kami kanan" Fajjida memujuk sambil makan nasi goreng. Dia mengajak kita makan namun kita tidak biasa makan pagi jika hendak berjalan. Selepas rumah Fajjida, ambil Linda yang sudah menunggu di halaman tabika. Kita berempat merungut kejanggalan memakai shawl, aduhaiii bawa mak-mak hendak pergi berjimba memang riuh. Kita akan pergi perarakan sempena maulidurrasul dengan CheTa. Ini lagi seorang, terpaling meriah.

Aku meletak kereta dalam garaj rumah Che Ta, sementara menunggu, yang bertiga tadi sambung bersolek. Yang bergincu, yang dok touch-up bedak, yang risaukan shawl. Kecoh usah kata, ada sahaja yang jadi bahan ketawa. Aku merakam memori bersama mereka bertiga, peneman terbaik macam the flash bila diminta pertolongan, alhamdulillah. Thanks korang.

CheTa sampai dengan Avanza hijau hasil meminjam kereta emaknnya supaya dapat bawa kita berempat ke tempat acara. Bila CheTa join the crowd, suasana bertambah havoc. Sudahlah disidainya kita daripada suasana gelap bertukar terang dengan alasan dia leka berborak dengan emaknya, memang mengucap panjanglah kita jadinya.

Selepas itu hanya dengar suara CheTa sahaja bercerita sekali rungutan "dah lambat-dah lambat" tapi sempat lagi singgah Petronas isi minyak kereta. Rancak sangat ketawa sampai tidak sedar melanggar bumper, menjadikan kita dibelakang melambung tinggi spontan jadi ketawa bercampur  melatah, Ya Rabbiii Ya Kariiim!!! Tidak lama kemudian berselisih pula pula dengan seseorang berpakaian sedondon, ahli pasukan yang menunggang motor, eh boleh pula dia hye~hye~bye~bye~ kat situ sampai keliru hendak masuk simpang mana satu. Aduhaiii, hendak menyampaikan tempat berkumpul jadi bermacam jenis hal.

Kita berkumpul di Padang Awam Kg. Setia, Kuang. Wah, cecantiks outfit mereka hari ini, sedondon, senada, seia dan sekata. Aku tidak pasti ada berapa pasukan, pening hendak mengira tatkala mentari pagi sudah naik meninggi. Kami sahaja pasukan ke 23, aku paling belakang dan paling kanan, bertugas bawa bunga manggar. Rasanya aku tidaklah tinggi sangat pun, alih-alih jadi terpaling tinggi dikalangan wanita hari ini, bidan terjun. Kita pun beraraklah menuju Masjid Nurul Yadin, Kundang. Mengah jugalah sebab berjalan dan berselawat, nada selawat itu sekejap kuat, sekejap perlahan, sekejap sunyi tiba-tiba ada ketawa, sekejap lagi mengah. Allahuuuuuu~...... apatah lagi, yang berempat ni macam tidak boleh berpisah, ada saja isu hendak dibahannya.

Lepak dan bergambar, kita makan hidangan pagi merangkap tengah hari, habis makan sebungkus mihun goreng penuh rencah dan karipap serta air sirap ais mai secawan, sedap baqhang... makan gelak, makan bersembang berjemaah begini memang menyeronokkan. Bila perut kenyang ajomslah, kita pulang, ahahahaaa betul-betul memeriahkan majlis namanya. 

Aku sempat ambil peluang buka akaun tabung haji free sahaja, letih dizikir dek tuan asben menyuruh aku buka akaun. Alhamdulillah, yang bertiga tadi setia menunggu aku selesai berurusan.
"aku tunggu sana tau" lama sangat menunggu Fajjida datang bertanya berita.
"okey, sorry ea" ujarku. Bila aku siap sahaja, Fajjida jerit lagi.
"mana kipas?" eh? 
"hang nak ke?" tanya aku semula.
"pi amek, aku nak. Free gift tu. Buat kenangan" alaaa kena bebel lak daaah. Tidak memasal aku berpatah balik semula kekaunter TH minta free gift. Betul-betul dapat kipas sekeping, adeh. Aku suakan pada Fajjida sambil berjalan menuju kereta CheTa.
"hang simpanlah, aku saja ja tadi. Tak paksa, hang tak amek. Simpan buat kenangan" Eh, dia ni... antara bertiga memang Fajjida sahaja yang suka bebel terang-terangan dengan aku. Linda tidak berani sangat, kakMidah bebel juga tapi lebih private. Sebenarnya aku suka je kena bebel, terasa kehadiran aku ni ada maknanya, gittu...

Kita tumpang banner.
Kita tumpang berteduh.
Nak mula ber'kungfu'.
Waktu dalam perarakan, tidak boleh bawa kamera keluar, jadi.......
Terus makan dan dah kenyang, mula tak behave dan masing-masing menghilang satu-persatu.
Atas: Kena sidai dengan CheTa.
Bawah: Sudah sampai waktu berkumpul.
CheTa dan kamera 360nya, eh ada lagi ea? ahahaaa... ploles tui!~

Hrmmm... camtu la, mak-mak anak 5, anak 4 anak 3. muahahaaa! semua ada anak dara, eh tiber/~
Dalam kereta CheTa.
Kembali beriang-ria dalam kereta CheTa menuju jalan pulang, CheTa mengajak coffee-coffee join dengan team lain, kita semua tidak mahu. Sebenarnya aku sudah ada agenda sendiri, muahahaaa. Jadi kita berpisah di rumah CheTa, untuk ambil keretaku semula. Sekian pengalaman kedua join perarakan sempena maulidurrasul, 12 RabiulAwal 1447h hari ini. Jumpa nanti dengan kisah membawa lari isi jantung rumah.

SALAM MAULIDURRASUL
12 RABIULAWAL 1447 | JUMAAT

Kipas.