Wednesday, 7 May 2025

Core Hari Kemenjadian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Korang okey ke tu di bumi? kita belum rasa nak balik bumi lagi ni, hahaaa. Ayat mengusik generasi terkini, aku pun tumpang sama. Setelah semalam jerih diusik adik beradik, sepupu rapat, teman sekolah rendah, teman sekolah menengah, teman tempat belajar, teman tempat kerja, teman rumah lama, teman briskwalk, teman merangkap jiran, teman nunggu anak balik sekolah, termasuklah teman blogger, TERIMA KASIH.

Aku diusik hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di status wA siap dengan lagu. Yang pertama mengusik sudah tentulah adik beradik tuan asben. Masa kejutan sampai pun, aku sudah tergamam. Tanya soalan sampai tiga kali pada yang menghantar tu. Tahun ini Auni menjadi orang pertama memberi ucapan ulangtahun kepada aku, lebih istimewa dia menghantar ucapan dalam berbentuk video pendek yang dia grafik sendiri, comel sangat. 


daripada Auni.


ahah! dia bikin lomantik.

Berbeza dengan tahun lepas, semua aku sediakan sendiri, daripada ucapan sampailah ke kek, semuanya buat sendiri. Tahun ini, banyak dapat kejutan. Mungkin masing-masing sudah menua, jadi ucapan yang biasa sepotong ayat bertukar menjadi ucapan panjang penuh emosi. 

Aku pun sejenis manusia, yang bila tahu ulangtahun seseorang, aku usahakan untuk ingat dan beri mereka rasa dihargai. Bagi aku hari menjadi lebih istimewa jatuh pada hari ulangtahun kelahiran dan hari ulangtahun perkahwinan. Sudah emak-emak begini, jika tidak diri sendiri siapa lagi hendak hargai diri sendiri, eh? bolehla.

Antara ucapan yang buat aku luluh semalam:



teman blogger sejak 2009.

teman sekolah menengah sejak 1999.

terpaling transparent, teman blogspot is bestie. love u chingu.

teman sekolah menengah, iya lelaki. crush aku masa sekolah. dah habis sekolah baru dia dapat tahu aku suka dia, ahahaha! masih kawan pengganti arwah Ahmad Sapix.


"HB Syasya, semoga Allah anugerahkan segalla yg baik2 buat awak sekeluarga, amiiin." - mama.

"Happy Birthday yg ke-14, semoga berbahagia dunia dan akhirat warohmatullahiwabarokatuh di bawah payungan Allah SWT. - adik.

hahaaa 14tahun ye, terbalikkan.

Dan hari ini, aku terima lagi ucapan ulangtahun kelahiran daripada teman paling rapat dengan aku, memang biasa saban tahun akan lewat sehari, kakak Zila dan Khaida akan berlumpa menjadi siapa yang terakhir untuk memberi ucapan. Namun aku berasakan Edzna atau pun Shuriza bakal menjadi orang terakhir, hahahaa. Masing-masing kelakar. Teruntuk rakan-rakan blogspot, terima kasih atas ucapan harmoni kalian semalam. Alhamdulillah. Lagi sekali, terima kasih atas ucapan dan doa yang baik untukku, didoakan juga agar semuanya dilimpahkan berkat rahmat atas rezeki setiap masa. TERIMA KASIH. Spread love!

Yesterday!


8 comments:

Suria Amanda said...

Selamat hari lahir cha..semoga yang indah- indah aje dalam hidup awak ye...have a wonderful celebration..sila sambut sebulan..hahahaha...next will be me on JUne...

Mama Zharfan said...

sanah helwah!!

anamizu said...

waahhhhh kami nak pindah planet lain lah ehehe

Ezna Khalili said...

Selamat Hari Jadi ya...oh ada nama kawan Edzna. Sebutan dah sama dah ni.

ch@ said...

kakak Suria Amanda: terima kasih akak. bulan depan okey, kita tgk hari apa yg kena. semoga yg indah2 juga buat kakak SA.

Mama Zharfan: syukran ukhti.

anamizu: nak bagitau, pluto penuh. hahaaa!

kakak Ezna Khalili: yes, bestie yg jalan ke Pasar Seni dgn kita hari tu.







Aphizha said...

Belated Happy birthday Cha. Semoga panjang umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan yang baik baik di masa hadapannya. Aamiin...

uncle gedek said...

Pibeday you!

ch@ said...

Aphizha:
thank you, semoga doa tu dimakbulkan untuk awak juga. semua nak baik-baik belaka.

uncle gedek:
tengQ, u!