Friday, 3 February 2023

Bawang merah dan cili.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Kisah semalam yang kemalasan hendak keluar rumah berikutan daktiga tidak ke sekolah semuanya, Adli, Arrizqi MC hingga Jumaat, Auni mendapat giliran bercuti kerana SPM. Jadi, sempena semuanya ada di rumah, chef bertugas awal nampaknya. Habis mengemas rumah, menyidai baju yang dicuci, bersilat di dapur. Nantilah sambung tadabbur dengan Ustaz Dr. Farid Ravi. Sedang bersilat di dapur, teringat pesanan Khaida, memberitahunya bila sabun sudah ada.

Aku menyambung pesanan, jika hendak ambil sabun tolong belikan bawang merah dan cili padi kerana aku malas hendak memandu keluar. Mulanya ok sahaja, alih-alih dia minta aku temankan ke bank dan ke pasaraya dengan alasan nanti boleh beli bawang dengan cili, aduhaiii sabar sahajalah. Mahu dan tidak aku bersiap juga, siapkan menu tengah hari, minta kebenaran tuan asben, dan melayan si Adli yang kerosakkan remote tv. Adoiii! 

Berkali aku pesan dengan Khaida, jangan sidai aku. Pasal dia ni tidak boleh dijangka juga, sudah aku bersiap sampai ke petang menunggu rupanya dia dah balik rumah, terlupakan akan aku. Aku sudah masak sangat dengan perangainya. Dia berjanji dia akan datang, kerana sudah agak lama dia tidak ke rumah ku.

2.45pm dia sampai, kami terus ke pasaraya. Tidak jadi ke bank, lahaiii. Temankan dia membeli barang, aku juga yang kononya membeli bawang dan ciliLAH SANGAT, know-know suku troli Khaida tu barang aku saja, siap dengan ayam dan jajan daktiga bagai. Ini yang aku malas masuk pasaraya ni, ginilah jadinya. Bajet RM10 tadi, jadi RM100, fuh!

Sebelum balik rumah singgah makan di kedai lama sangat nak pergi tetapi tidak jadi-jadi, Nasi Gadow Sambal Kaw. Beli satu share dengan Khaida, portion banyak gila.
"kau kata dah masak?" Khaida memecah keheningan.
"ha a, malas nak makan kat rumah." aku menjawab sambil menyudu nasi goreng berlauk paru bersambal geprek. Rasanya? hrmmm ok je, sebab parunya garing sangat so macam chewing gum. Gelak Khaida. Macam mana paru boleh jadi chewing gum. Istilah daktiga guna bila makan daging liat. Betul jugakan? 

Habis makan, dengan rasa segan silu aku minta nak beli sehelai alas nasi daripada dak kaunter, aku kata nak beli. Dak tu ketawa,
"minta je la kak, tak payah beli." dia hulur sehelai kertas minyak tu, cantik. Hujan turun sewaktu kami keluar daripada kedai. Dan terus turun dengan lebat menghala balik ke rumah aku. Kami lepak sekejap sebelum masuk rumah. Bertukar cerita dan gelak tak sudah-sudah.

Sedang menurunkan barang dan bertukar ambil sabun, hujan masih lagi turun. Aku memayungkan Khaida, dia mengemas sedikit keretanya. Tuan asben pun balik.
"balik dah tuan polis mek, gi la payungkan baru lomantik!" eh dia ni kan... 
"ok dah, wa blah dulu, terima kasih temankan wa. Lu gi payungkan laki lu." dengan selamba dia tinggalkan aku macam tu je, haih! Aku berjalan ke tuan asben, memayungkan sehingga masuk rumah, mengadu macam biasa, hehe! dan kisah bersambung lagi, si Khaida teks.
"amboi sweet2 ngat td"  Dia sempat nampak aku berpayung dengan tuan asben. Isk laaa! 

Sebaik mengemas barang belian, ternampak sosej dibeli Khaida dalam plastik aku, alaaa... lupalah ni. Esok-esok sahajalah nampaknya. Dia janji hendak ambil, namun macam biasalah, lupa. Sekian drama biasa daripada orang biasa-biasa, hehe!




No comments: